CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, February 27, 2010

...... Salam Maulidurrasul ......

Monday, February 22, 2010

~~ Si-buuuuk~~



Blog ni rasanya akan terbengkalai beberapa minggu ( eceh , mcm tk biasa plak hee ) ... kerana kesibukan yang teramat sangat . Kesibukan mengaji dan kembali aktif dalam perkemas membuatkan kepala otak aku asek terasa nak pitam jek bila nengok jadual~ ... adui ... Allahumma Yassir ...

Kuliah pun dah start ... lalala~ ponaat nyaa.....~ yang penting.. selagi syeikh nur masih ada ni , pepandai lee aku cilok mana2 dars kat azhar yang dah sedia ada tu sementara~ boleh ke mcm tu ah ? hmm tkpela... yang penting ngaji ...

tetiba terindu syiir hasan ibn thabit plak~...
" Wa ahsanu minka lam tara qatha aini ...
Wa ajmalu minka lam talidin nisaa'
khuliqta mubarra'an min kulli aibin
ka anuka qad khuliqta kamaa tashaa' "

Wednesday, February 17, 2010

.... Episod 193 ..... - Tak semudah itu - ( Kacaukah jiwa ini updated )



Post ni terilhamkan dr post orang yang tulis kata2 ni ;p , hehehe "Saya pasti bakal suami saya pun sedang berdebar-debar menanti siapakah bakal isterinya seperti berdebar-debarnya saya juga.. " * winks *


Majlis akad nikah yang berlangsung kelmaren terlalu ringkas untuk saya . Ya , saya tahu majlis jamuan pasti meriah , tapi tak akan semeriah kalau disambut dengan keluarga besar di negara sendiri . Perjalanan pulang dari muqattam seorang diri membuat kan fikiran saya melayang sejenak . Tak mungkin itu terjadi kepada pelajar kita. Tak mungkin .

" eh , dah habis dah ? dah nikah ke ? " " Simple sangat la.. biar betul ... beh takde drama2 nangis2 salam mak bapak , lepastu kalut2 siapkan majlis sanding semua " . Saya keliru sekejap . Sebenarnya perkahwinan itu memang simple dan semudah itu tetapi kita yang merumitkannya , atau ianya sebenarnya serumit seperti apa yang berlaku di tempat kita tetapi di sini kita terpaksa buat ala kadar kerana masih bergelar pelajar .

Persekitaran sy mendidik sy untuk menerima fakta bahawa perkahwinan itu adalah antara perkara paling leceh dalam hidup . Memikirkannya sahaja rasa macam tak sanggup , persiapannya sahaja makan berbulan dan mungkin bertahun .

Perasaan kagum dan cemburu itu ada dalam diri ini sewaktu melihat senyuman lega dan syukur pasangan pengantin selepas majlis akad . Bukan cemburu kerana tk dapat kahwin xp , tetapi kerana mereka antara yang terpilih untuk mengikut cara yang telah diajar Sayyidunal habiib Rasulullah Sollallahu alaihi wasallam . Tanpa mubalaghah dan lagha .

Perbualan bersama Ust muna semalam membuat aku termenung kembali memikirkan perkara ni . Bukan fikir nak kahwin , xp , tapi fikirkan fikrah yang semakin hari semakin ramai orang yang termenung fikirkan kahwin . Being finacially very stable, is that really a solution to a long live marriage..Not able to get a certain amount of money for the whole expenditure of the wedding ceremony means we will not be able to provide a good and happy life for the new family that we are going to settle on . itu ke ukur taranya ? duit duit dan duit...~

" Is it really hard " Tanya ust Muna waktu tengah sembang2 tentang kahwin kerana ternampak dua' tashiluz ziwaj di atas meja seorang ahli beit. " U actually have to read it a few times and not once , but i do not remember how many times we r suppose to read " " No its okay ust, we are not really interested actually , because we are not ready i guess , that was just for fun " " We just get excited sometimes when it comes to discussions on marriage , but we are never serious about it . Its hard . Its not easy for us to settle down when we are still students . And it is still hard after we graduated coz we have to look for jobs , and it will still be hard for us untill we are financially stable " Terang sy panjang lebar.. sebenarnya panjang lagi la tp sy pendekkan jek .. " Even the girls ? " Tanya ust muna . " Yes , even us " sy jawab ngan senyuman terlebar yg sy boleh kasi. " That is not right " " Yes i know that is not right , but that is what happpens right now " :D - *faint*

Asalnya pernikahan ni semestinya simple dan tidak pernah menyusahkan . Beruntung antum yang dapat rasakan nikmat simple utk nak membina masjid ni . Dan kami yang memang tak dapat nak lari dari perlu merasakan tahap2 dan proses meminta izin yg agak berliku ni ( heee) akan sentiasa berdoa kami juga dapat tempias nikmat yang antum rasakan....

Memang jauh , memang berliku.... semoga DIA dan kalam cintanya tetap ada memimpin dan menemani sepanjang kita menyusuri jalan ini .... -

' Apa sahaja yang kita lakukan sekarang ini adalah semata2 untuk mendapatkan redhaNYA ' - Syeikh Nur

Ive been missing syeikh nur so much, tapi skrg bila dah ada , i cant seem to give my whole time for him ... only Allah knows how hard this is for me~... :'(

Tuesday, February 16, 2010

.....Bila nak jumpa semua org lagi.....



Kepada semua kengkawan yang dah terpisah antara benua2 yang ada lam dunia ni... yang dah nak kahwin , yang dah tunang ... yang dah nak tunang... yang dah nak masuk minang..yang dah nak dipinang... yang masih sibuk taknak kawen ~ rindu korg k :')

Friday, February 12, 2010

....Episod 192.... - Kacaukah jiwa ini ? =) -



Setelah genap sebulan aku menghilangkan diri dari kelas muwatta' syeikh yusri atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan , akhirnya tadi sampai jugak aku kat muqattam tu . Kelas hari ni rasanya seronok sangat . Setelah sekian lama tak ke kelas2 kerana sibuk exam dan melayan tamu, alhamdulillah .. tadi dah dapat lepaskan rindu nak baca doa istighathah ramai2 , dapat jumpa baby cumey affaf daaaaan~....

Arrival of the cute little Affaf ~ heee

Setiap kali affaf datang jek kelas syeikh yusri , aku confirm akan distracted daripada pengajian . Aku tak tau kenapa tapi budak kecik ni terlalu cute untuk di buat bodohkan ~ . Maka seperti biasa , selesai je syeikh baca doa , aku pun tercari2 di manakah afaf dan ibunya .. rindu sesangat kat dia....

Oleh kerana dah lama tak datang , tak sangka , ramai betul akhawat yang hadir . Ingatkan lepas subuh jek ramai . hmmm....aku cuma mampu senyum2 simpul jek heee . Masya Allah akhawat msia ni . Semuanya mujahidah belaka . Siap sewa tremco ;) . Sehingga kini aku tak sampai lagi muqattam tu lepas subuh kerana masih merasa letih dengan perjalanan ke alex kemaren . Insya Allah lepas ni lah ... insya Allah ^_^'~...


Memandangkan akhawat yang rasanya baru2 nak hadir syeikh yusri ni ramai jumlahnya , aku pun mengengsot kebelakang untuk memberi ruang pada mereka nak duduk depan syeikh , jadi nampak ler syeikh kan , baru khusyuk sket ngaji ... Aku pun amek la corner2 yang best la jugak . Antara faktor mengapa corner tu best adalah kerana boleh bukak niqab heeee~... Al-kesah ...Waktu tengah khusyuk dengar penerangan syeikh tentang pendermaan organ , ten tedenng~ Affaf dan ibunya pun masuuk... mula lah aku tertoleh2 , padahal duduk sebelah je pun... Antara motif aku duduk situ pun sebab kot laaa affaf tu mai , confirm dapat dukung die dulu ...


Habis jek muwatta' terus aku menerkan budak kicik tu untuk dicium2... Habis jek hikam atha'iyyah aku pun teruskan terkaman aku sekali lagi ... tapi kali ni aku dukung dia sampai rasa macam nak kidnap pun ada....


'Arus ke 'Arusah ??? .... suka hati la nak pilih yg mana ~

Selesai solat jumaat syeikh ada announce , katanya nak nikahkan dua pasangan malaysia lepas kelas nanti... Nak kata excited tu tak la jugak.... sebab bukan aku yang nak nikah pun~... xp , tapi habis kelas jek aku tanya la ummu affaf " Akak nak stay tak ? kalau akak stay fatya stay sebab tak puas ni dukung budak nii!" .. " Kamu nak tengok ke? " " Macam nak kak sebab tak pernah lagi nampak orang nikah kat sini .. " " Akak pun macam nak jugak , kita stay la ~ "
Hee... Di dalam ramai2 org tu , akhawat yang lain nampak tenang la kan duduk kat tempat masing2 kecuali aku dan ummu affaf ni ... " Eh , akak sorg jek berdiri ni hehe tapi takpala akak dah madame dah , mana pengantin perempuan , awat takdak ah ? eh mana ni fatya " " Ish akak ni , mana la fatya tau kat mana pengantin perempuan tu " Aku pun alat2 dukung affaf tu berdirilah jugak , keypo2 nak nengok pengantin " Laa , kamu pun berdiri terus ..." " takpa aih ... kengkunun affaf ni cover la..... " " Nak cover apa ? sume org kenai la kat affaf " .. haha... kental k kitorg dua... aduyai~ ...

Jiwa Kacau ... first time aku dengar walaupun aku tau term ni wujud lama dah... kot~..eh? hehe...

'Eh kak , ust tu jadi syahid laa... ' " Ust mana ? " ' Alaa~ ust tu laa ' ... " Uih ust tu , jiwa kacau tu ~ hehe " ' Ish pasai pa jiwa kacau plak ? ' " Yalaa, sebab pa dia tak kahwin lagi "

" Lahh kak pengantin kedua pun ust tu jadi syahid gak " .. " ahhh lagi kacau la tu " .. haha ...Aku pun tak boleh nak stop gelak kerana term tu pada aku kelakar ... " Laa.. macamana la tak makin kacau ni kak.... blum kahwin tapi asek jadi syahid org je~ " huhu ...


In a nutshell~.. ( BERSAMBUNG ) ....

Tuesday, February 9, 2010

Byeee akim...


Hope u enjoy ur stay here budak kecik~ ...
May u have a safe journey to kuwait ....
and.... sambung azhar ehk ??heee


Tempat pertama dia nak pegi adalah giza ,

malangnya ... ni merupkan tmpt terakhir kt ajak die jln


Malam ni nak gi alex dgn train 10.30 pm untuk antar akim g elborg airport . haiz.... wat a day ~ ^_^"

Cinta laut dan langit - updated -

Tak kira , aku nak jgak bagitau cerita full .


Laut dan langit bercinta~ ... kerana itu mereka berkongsi warna yang sama ...
Awan hanya ada langit sebagai peneman , jadi bila langit bercinta dengan laut, awan cemburu
Setiap kali datang waktu senja laut akan menghantar mesej2 cinta kat langit ,
langit akan memerah , tersipu2 malu ...
Awan akan menjadi sedih lalu menangis .. maka turunlah hujan .....
Angin yang berteman dengan langit... bila melihat awan menutupi langit
angin pun datang meniup awan pergi ...
Ending dia ... langit dapat jumpa laut balik...

Version dada~ .. lepas angin dah tiup awan , pelangi pun keluar.... Happy ending :)

Wednesday, February 3, 2010

....Episod 191..... - Cinta langit dan laut ^_^' -



Hari kedua di Mansoura kami nekad apa pun yang terjadi , ada musyrif ke takde xp kami tetap nak pegi dumyat n ra'sul bar . Kengkunun nak carik kerang la kan.. banyaaak laa kerang kitorg ... sapa suh pi lambat huhu .

11.30 gitu gi amek hakim kat tir'ah lepastu naek taxi gi mau'af thalkha , perjalanan yang memakan masa lebih kurang 15-20 minit . Bandar thalkha dan mansoura ditemukan dengan satu jembatan besar. Entah kenapa aku suka jembatan tu . munkin kerana dia adalah sebab dua bandar bertemu .. bermesra .. dan mungkin bercinta ~ hee.. tk habis2 pasal cinta. Dari mau'af thalkha kami naik tremco untuk ke dumyat , ida kata lam satu jam gitu . Oleh kerana ida tak berapa konfiden dengan jalan kalau kt dah sampai dumyat nanti , alkesah di call lah ust nan ( x tau sapa k hee) untuk tanya2 kengkawan dumyat dia yang dah habis exam untuk temankan . Maka berjumpalah kami dengan ust azmi n kawannya .

Dari mau'af dumyat tu ust azmi kata lam setengah jam lah naik tremco tuk sampai ra'sul bar.. tk kesahlah kan yang penting sampai . Aku memang excited nak amek kerang , tp ust azmi kata " kerang adalah ustazah waktu pagi.. skrg ni tkde dah rasa " ..ok la ok la..

Bila tremco berhenti ingat dah dekat dah... rupa2nya.. adalah dalam setengah jam lagi kitorg kena jalan... Maka berjalanlah kami semua... Buat la benda2 biasa yang orang buat bila tengok salah satu keaaiban yang Allah cipta... sungai dan laut bertemu ... seolah2 ada pemisah antara mereka tapi tak ada.. memang Masya Allah ... lepas tengok sunset kitorang pun blah dari situ ....

Dalam perjalanan kaki balik nak naik tremco tu , aku jalan dengan hakim ... waktu tengah sembang2 dengan dia tiba2 dia tanya aku soalan .. " Kak fakya , tau tak cerita cinta lau dan langit ? " " Huh, ko ni kim ntah apa2... bila masa ada cite tu pulak " .. " Adalah akim tak ingat baca kat mana .. kejap eh akim ingat balik cite tu " .. Sambil2 dia tengah fikir tu sempat dia tanya aku " Kak fakya tak tau ke cite cinta ni ?" " Tak ah , kak fakya cuma tau cite asam dengan garam "... Aku siyes sgt konfiden dia paham lawak aku tu ... sekali tros dia tanya " Apa cerita cinta dia kak fakya ? " " Laaah .. takkan tak tau .. asam dengan garam bertemu dalam kuali .. " Dada pun join kitorg sambil gelak2 ... " Dah kim ko jgn percaya kak fakya ni mengarot jek " ...

Cinta Langit dan Laut

Macam ni cerita dia .... @ Once upon a time ... Langit bercinta dgn laut ( mungkin sbb selalu jumpa kee laut rasa langit selalu temankan die kee entahlah ) Sebab tu lah laut ikut warna langit ... satu hari tu , Awan cemburu , lalu awan pun datang menutupi langit .. jadi langit tak dapat tengok laut dan laut tak dapat tengok langit.... Laut jadi sangat sedih sehingga Angin dpt tau tntg kesedihan itu dan cuba menolong laut . Angin datang meniup awan pergi supaya laut dapat berjumpa kembali dengan langit ... Akhirnya.... Laut dan Langit dapat bersama ~.. THE end ... bEsT kan cite cinta ni ? haha...

Last sekali , tima kasih sesangat kat ida yg sanggup teman kitorg pi memana... siap kene tangkap ngan musyrif la hapa la.. hehe...Mudah2an Allah mudahkan perjalanan awk mencari si DIA hehe... n tima kasih kat ust azmi n kawannya yan temankan walaupun esok ada paper mantiq , tetap sabar layan kitorg,... Semoga Allah mudahkan paper tu n natiah nye sekali.. Najah insya Allah... N also kat kak mun yang tumpangkan kitorg , semoga paper akhlak falsafah tu pass with flying colours.. jiayo kakak~ hee.. , n ust ibrahim dan kengkawan medic nya yg tumpangkan hakim... tenkiu neh

Tuesday, February 2, 2010

.....Episod 190..... - Bila mesir bersorak .... -




Perjalanan aku ke mansoura hari ahad kemaren tidak seperti yang dijangkakan . Makan eskrem depan road dengan suasana mansoura yang tidak seserabut cairo hanya tinggal kenangan untuk malam itu . ( tp makan la jugak cuma tak tenang , heee )

Bermula dengan bismillah ~

Bertolak dari kaherah jam 1.30 ditemani ida , kak mun , dada n akim . pemergian aku ke mansoura kali ni memang tak dijangkakan . Jadual yang agak padat terpaksa cuba diubahsuai semata2 untuk melayan tetamu kesayangan dari kuwait yang datang semata2 untuk menjenguk kami di mesir ni .

Mula2 memang excited nak bawa akim naik bas east delta yang siap ade aircon . memang lah tak grand mana tapi atleast something la kan , daripada bas 80 shtrah nak pi darasah tu .. hee . Dalam keexcitedan kitorg tu , tengah sibuk2 tunggu ida n kak mun beli tiket kat mahattah ulali tu ... " Eh dada, takkan ni bas die kot , open air segala... sesuai la sangat untuk aku yang nk muntah skrg ni tp untuk koraang ?? hee " .. Dada pun mula la jugak menyumpah seranah sambil b'doa itu bukan bas yang akan kitorang naek... Malangnya... malang itu berbau ... kami pun tunjuk tiket kat sorang pakcik ni pastu die kata ini laa bas korang....teng tereeenngg...

Tanak complaint la~ sebab takde benda pun nak complaint~ ... walaupun open air ... musim2 sejuk ni , best jek .... perjalanan yang menyeronokkan ..hee.. ( entahlah apa yg seronok padahal bas jalan tempat yang sama gak , nak kata terjumpa artis memana ke tak jgk~ ) .

Orang kalau dah lapar selalu buat apa??

Sampai jek mansoura lebih kurang kol 5 , gi uma kak mun kejap letak barang2 kitorg lepastu teros pi sika ajak hakim makan ( eceh nak jgk ckp akim pdhal kitrg pun lapo gak ) . Lepas makan teros jalan jalan jalan n jalan untuk pi kedai nak beli niqab . Waktu jalan tu memang laa sonok ... sebabnya jalan kat sana tu sunyi sepi ... macam takde orang... ekteli dorg tgh tgk bola... final african league... mesir lawan siapa ehk ?ghana kot kalau tk silap .... sambil2 tgh pilih tu hakim pun pi laa join org2 ni tgk bola , habis jek bayar.. hakim pun tercegat depan pintu " Korang~ mesir memang! "... kitorang pun terkejut gile gile bila nampak org2 mesir yg dah kesukaan ni terkinja2 meraikan kemenangan tu atas pick up atas lori atas kereta atas motor atas besikal ... semua laa... siap men api lagi.. bakar2 road tu ... siap bakar flag jazaer lagi... entah apa ntah kaitan die pun tk tau suke ati diorg la...

Yang hepi sememangnya mereka... dan yang merana sememangnya kitorg... walaupun ade la lam setengah jam lebih kitorg layan freeshow tu... tetap merana k . Sebab susah gile nak dapat taxi balik muhafazah~ aduii~.. kitorg pun terpaksa la jalan jalan n jalan .... sampai kat syari' mudir tu ... dapat taxi~ alhamdulillah...

Kantoi ? Apa makna kantoi? adakah ia satu jenis spesis ular yang hanya terdapat di dirasat ? heheh ...

Pi muhafazah setakat nak makan eskrem jek ... lepastu kitorg cuba lagi dan lagi untuk dapat taxi... malangnya .... malang berbau lagi.... kitorg pun jalan n jalan n jalan untuk sampai dirasat.... kerana? nak kena jumpa ust fahmi @ abu abdullah untuk amek hakim utk gi uma yg die kena tumpang tu .... ingtkan kawasan dirasat .. rupanya kawasan tir'ah , tinggai la hakim bersama abg2 medic ..

Lepastu kitorg pi uma ida kat syari' rom utk amek2 brg.. lepas tu tros keluar nak balik muhafazah... tetiba jek.... tgh tunggu taxi tu... ada dua orang ust tercegat kat blakang... ida da cuit2 aku... "oii kantoi oi kantoii "... Aku pun tk brapa nak faham .. aku pusing laa , nampak ust tu dua org diorg diam jek kat blakang, aku pun pusing depan balik ngan selambanya mcm diorg takde... kalau kat cairo dr jauh ust dah panggil " Ustazaaah takde musyrif ke? hati2 ustazah~ "... Biasa mcm tu jek la... ini idak ust tu diam je... mana la aku paham bahasa diam ni ...

Salah seorg ust tu pun bersuara setelah die melihat aku tk brapa nak paham die sebab die tak ta'arruf apa2 pun heehee..( tgh type ni pun aku tak bole nak thn gelak bila tengat malam tu ) Beginila perbualan aku ngan ust tu , ida tknak ckp kerana ida merasa dirinya telah dikantoi dan merasa cuak kerana selama ini die adalah seorang musyrifah hahaha"Ustazah.. nak gi mana " ... " erm nak balik tempat kami tumpang tu "... " Kat mana " ... " hmm.. muhafazah ust " ..." ouh org singapura ke? " " hmm Bahaya ni ustazah.. malam2 ni ... " ... ust tu smbung lagik " takpelah biar ana jek hantar " .. " Ouh ust nak hantar boleh jek ... tak kesah " . ida pun cuit2 aku balik...tetiba dengan selambanya , aku pun tk bape nk pasan keselambaan aku..." eh ust ni muka mcm kenal ah.. betul lah " ... ust tu pun tertoleh dan aku pun toleh balik ....tp serious.. muka die familiar gile gile. Pastu ust tu tanya lagi " Ustazah takde musyrif ke ? " Aku pn tk tau cmana ntah nak terangkan kat die... jadi aku ckp laa " Tadi ada ust.. sekaragn takde dah " Habis jek aku ckp.. mula laa ida n dada gelak2 kat balkng...

Sesi ta'arruf alat2 tu pun selesai , ust yg km tk tau nama die tu pun tahankanlah taxi untuk kitorg...... " eh idah .. ni ust2 pmram ke? " " iyeeela siapa lagi.. " " ouuuuhhh" Itu jek yg aku mampu jawab..huhu . Taxi berganti taxi , sampai la taxi yg ke berapa ntah ... amu tu kata nk gi muhafzah tariq die ma'ful ... aku pun apa lagi .. " Ust... jalan die tutup kan ? habistu macamana ni ? ... nak kene jalan kaki kee? " .. Aku tk tau laa sebenarnya aku ni berani... tapi nak takut apa , musyrif jek pun bukan gorilla yg nak makan kitorg tgh jalan... manusia biasa je~.. " Itu la ustz.. rasanya kene jalan kaki ni... sebab jalan tutup " " Ahh ok la ust jalan kaki jek laa kitorg tk kesah "

Waktu tengah jalan tu lagi laa lawak... tapi aku dah tk mampu nak cerita sbb die terlalu lawak ...yg penting ust tu masya Allah .... die bebual2 jugak tanya apa yg patot ditanya .... Masya Allah lah kira malam tu , sebab terjumpa ust tu , kitorg pun tk sangka jalan tutup .

Alf syukran la kat ust yang musyrifkan kitorg malam tu.. sempat lagi die pesan kat ida , lain kali panggil jek mana2 ust msia untuk musyrifkan.... sbb ust tu terkejut gak dengar budak sg tinggai kat muhafazah pastu dua org jek... nak buat cmana .. dah akhawat kt kat mansoura 5 org jek ... yg lain qiraat .. THNK U ust...~ Barakallahu fiik ...

Aku faham kengkadang musyrif tak bebual langsung kerana malu atau nak menjaga atau entahlah marah sgt ke kat akhawat yg tkde musyrif tu .. tapi ... tk salah rasanya kalau tanya2 soalan yang penting2 mcm ust tu buat... sib baik jumpa ust yg mcm tu .... dah tu kengkadan musyrif jalan kat depan sangat... cuba bayang kalau tetiba akhawat tu hilang kat blakang... apa guna bermusyrif macam tu kan ? adui... mcm2 jek..

Aku bukanlah seorang musyrifah ... dan aku slalu gak panggil musyrif... tapi dgr cite2 akhawat2 yg aku kenai pasal musyrif kengkadang yg jalan depan sgt tk toleh2 ni maleh gile nk dengar ... tasamuh la ye... tasamuh .... kalau nk tunjuk diri tu syadid gile pun bertempat lee... kami bkn robot yg tk layak untuk diberi salam atau ditanya kabarnye...

Monday, February 1, 2010

..... Episod 189..... - ini ke cinta?.. haiz -






( post ni cm random ... aku bebual jek apa aku nak... tk kuasa nak pk senonoh ke tk )


" Awaaak , kt tgh ada prob ni dgn dia... kt stress laa " ... entah brapa kali aku dengar ayat ni dari kawan2 yang sibuk bercinta... berejam depan henpon , berejam jugak depan laptop ... fesbuk nye lain , msn nye lain , ym nye lain ... semua gara2 sedang ada masaaalah dengan si dia..~ aku pernah rasa bercinta ni buang masa... sebab faktor2 bergayut berejam2 kat tepon ... tapi skang ni kalau kt tgk akhaffud dharurain ( eceh... pepandai kepala otak aku ) ... rasanya bergayut berejam2 waktu kt kat awang2an tu nak banding dengan berejam2 buang masa gaduh baik lagi yg first tu ... sekurang2nya hepi .

Entahlah .. aku dah kering idea nak komen pasal benda ni...kenapa nak kene bertekak2.. gaduh2... tunang pn tk lagi.. jgn kata tunang... kawen pn tk lagi... macam tu ke cinta sebenarnya.. ?macam tu kee?

Berbeza. Berbeza dengan cinta yang selama ni aku pelajari dari dalam buku penyair2 cinta terkenal ... Jamil tk pernah berkata buruk tentang buthainah ... jamil tk pernah buat sesuatu yang menyakitkan hati buthainah ... jamil tk pernah meninggikan suara pada buthainah .... kerana jamil sangat cintakan buthainah dan tak sanggup melihat buthainah terluka ....

Buthainah sanggup lari meninggalkan keluarga untuk bersama dengan jamil tapi jamil punya harga diri ...cinta nya bukan berasaskan nafsu semata ... dia lari sendirian .. cuba untuk melupakan buthainah kerana die tau kalau buthainah nekad nak ikut dia... buthainah akan terima padahnya...

Itu cerita cinta yang ada dalam buku teks skola aku . Banyak lagi cerita cinta yang jalan cerita nya sama. Hatta dalam filem ayat2 cinta pun , Martabat cinta itu tinggi dijulang...tapi sebenarnya... cinta ni penuh dengan benda2 yg menyakitkan kee...adui...

Kesimpulannya.. aku respect sesangat sesiapa yang mungkin in a relatitonship dan serious dgn benda ni... tp kalau dah dalam sebulan tu 2,3 kali nak kene menangok depan laptp , depan hp , terpk2 pasal benda2 remeh ni... pi bukak kitab kuliah ke mana2 kitab kee hafal quran kee lagi baik kot... insya Allah Allah bukakkan jalan penyelesaian ...

Satu benda je aku tak boleh nak angkat dengan org bercinta ni sebenarnya... panggilan2 manja yang digunakan... aku rasa nak nanges... cinta yang asalnya suci rasa mcm ternoda dengan panggilan yang tak digunakan pada tempat yang paling layak untuk dia .... kalau kt bercinta dengan 5 orang... dah dengan 5 orang dah kita panggil sayang ( contoh ) ,hilang dah kehormatan sayang tu rasanya ...

Orang kata .. kat mesir ni.. tak gitu gini ... yelah kt cakap orang... nnti kang terkena kat diri sendiri ... na'uzubillah...ini satu peringatan jugak untuk diri sendiri ... takpelah , mungkin orang yang selalu terjerat lam dunia percintaan ni ( ceh , cm lg ct xp ) samaada tak terjumpa2 orang yang mereka betol2 serious nak cari dan sering terjumpa org yg salah , atau memang ada banyak sangat time untuk dibuang2 ... atau sebenarnya diri sendiri tu belum bersedia ... saje nak cuba2 cari pasangan ....



satu lagi...TOLONGLAH...~ bila dah jumpa plak org yg suka kat kt jangan kuarkn segala keburukan dia mcm la kita ni malaikat... yang penting~ Jangan impikan nak dapat wanita setabah hajar kalau kt tak sehebat nabi Ibrahim.... dan jangan mimpi nak dapat wanita secantik zulaikha kalau kita tak setampan yusuf.... dan jangan pernah terlintas pun nk dptkan wanita semulia khadijah ummul mu'minin... kalau sunnah Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam pun kt tk reti2 nak amalkan ....


Allahummahdina wahdi bina waj'alna sababan limnihtada


*seriously in love with the video above