Bismillahil ghafuurur rahiim
" Awak , nak buat discussion tak , buku2 yang simple2 jek . some english books kee yg ringan2 laa .. kita cuba istiqamah seminggu sekali ke.. ajak budak2 lain , kalau bukan buku mungkin article2 yang best2 " . Kepada sesiapa yang selalu cadangkan kepada saya untuk buat discussion macam ni , saya minta maaf kalau sampai sekarang saya tak buat lagi . Kepala saya mungkin mengangguk , bibir saya mungkin menguntum senyuman seolah2 bersetuju , tapi tidak untuk hati dan masa saya.
Tujuannya jelas . Untuk berkongsi informasi dengan teman2 yang lain . Caranya sahaja yang tak berapa berkenan di hati ini . Bahannya juga membuatkan saya merasa tiada masa untuk melayan, kerana tuntutan pengajian2 di masjid2 yang lebih awla menghalang . Di saat kita tahu sesungguhnya pengisian fiqh , aqidah atau lughah kita sangat2 lemah dan sangat2 memerlukan bantuan ... patutkah kita sibuk nak membincangkan bahan2 subjektif yang bersifat perkongsian semata2 . Nak bincang boleh sahaja.. tapi kenapa terlalu mendesak , seolah2 kepentingannya melebihi kepentingan mengaji dengan masyayikh .
" Ok awk , apa kata, kita kumpulkan kawan2 semua lepastu kita buat muqaddimah sikit2 , pastu kita mulakan " . Perbincangan yang bersifat subjektif diikuti dengan bahan2 daripada buku2 motivasi , pada saya cukup perkongsiannya kita buat melalui emel yahoogroups , risalah2 yang boleh dimuatkan dalam majalah dan juga dari perjumpaan2 tak rasmi yang sering ada antara kita . Tak perlu nak adakan satu slot khas semata2 untuk 'discussion' ni . Kalau yang diperkongsikan itu sesuatu yang 'jiddiy' lalu diselang selikan dengan petikan2 motivasi , saya menyokong usaha tersebut . Lagi2 kalau ditambah dengan orang yang kita ketahui ranum bauh fikirannya bila mengeluarkan pendapat dan arif tentang apa yang ingin dibincangkan .Tetapi kalau masing2 nanti datang dengan fikiran yang kosong , asasnya hanya heart to heart talk semata .. daripada kita buat seminggu sekali , sebulan sekali lebih baik kot rasanya .
Saya masih lagi boleh 'tolerate' jika betul perbincangan sebegitu masih ingin dibuat kalau saya mempertimbangkan keadaan adik2 tahun satu yang mungkin tak biasa dengan diskusi yang berat . Tapi saya tak boleh nak bertolak ansur kalau orang yang dicadangkan untuk mengetuai diskusi itu adalah saya , dan saya seolah2 disuruh untuk membaca buku2 tersebut semata2 untuk diskusi ni . How fake is that . Pada anda , mungkin benda tu benda mudah. Pada saya ia benda yang susah . Kalam saya , sebagai seorang senior pada adik2 akan dilihat sebagai satu qanun , saya bukan orang yang pandai memujuk dan mencanang2kan perasaan kasih sayang saya pada mereka dan selepas itu hilang entah ke mana . Saya seorang yang tegas dengan perasaan bila berkongsi rasa , jadi saya bukanlah orang yang sesuai untuk tugas itu .
Kasih sayang dan perhatian yang sebenar bukanlah pada kata2 manis dan pujuk rayu yang keluar dari bibir semata2 ... tapi sejauh mana kita mampu berkorban untuk mereka ..
Kalau tanya saya , saya nak je diskusi kan kitab yang sedang dipelajari di gami' , jadi boleh terangkan pada kawan2 yang tak faham dan kumpulkan soalan2 yang ingin ditanya kepada syeikh untuk kelas yang seterusnya .... Tapi ... apa yang anda inginkan berbeza dengan apa yang saya fikirkan .( Di saat kami ingin mendiskusikan kitab safahat min sabril ulama ' , anda bertegas inginkan yg itu . )
Haiz... sungguh , kalau nak kata saya ngada2 .. katalah . Saya ada cara saya sendiri untuk menzahirkan peranan saya sebagai seorang senior . Bukan pada kata2 .. tapi pada titik peluh dan masa yang saya habiskan bersama mereka . Wallahu'alam .
Afwan pada yang terasa .
Monday, September 14, 2009
.... Episod 175.... - Discussions -
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment