CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, September 5, 2009

...Episod 173.... - Masih mencari -



Melihat kembali perjalanan ku di bumi kinanah yang sudah mencapai usia dua tahun ... Aku rasa bersyukur.... tak ternilai rasanya setiap langkah ku di sini . Aku tahu aku perlu tebus kembali airmata ibu sewaktu ingin melepaskan aku ke sini kerana nilainya terlalu tinggi . Teringat kata ust aji pada adik2 yang baru sampai .. “ Kat sini nanti , korang akan dihujani dengan ujian .. korang takkan expect benda tu akan jadi kat korang .. soo ... Sabaaarrlaaah “ dan natijah sabar itu juga yang sebenarnya mendewasakan aku yang... haiz.. taknak cakap lah .. huhu .


Membaca semula post2 sebelum aku sampai mesir ni dan ketika aku masih lagi mentah menyusuri hidup kat sini , aku rasa sesak sebenarnya . Lebih2 lagi bila memikirkan ada lagi berbaki beberapa tahun aku kat sini ... entah aku sanggup entah tidak untuk teruskan apa yang aku dah mulakan . Sejauh mana sabar aku sebenarnya .. . sekarang ni je tak sabar2 rasa nak balik Singapore , tapi bila dah sampai sana nanti takut rindu mesir pulak . Rindu nak hidup sebagai seorang pelajar .


Post ni wujud sebab aku rasa kabur dengan apa yang aku akan dapat end of the day . Penat lelah ni semua... untuk apa eh ? haiz...Skang ni aku rasa nak duduk termenung jek ... karot kan ? tau ...~ tapi aku rasa aku perlu kot duduk kejap dan reflect semula kenapa aku ada kat sini ... kenapa aku sanggup nak lalui jalan ni... kenapa aku sanggup nak pikul tanggungjawab ni ... kenapa aku sanggup tinggalkan keluarga untuk dtg sini ... kenapa aku sanggup ? itu yang aku nak tau ...


Buat masa skrg ni .. sementara Ramadhan masih ada... dan sementara kelas syeikh Nur masih berlangsung.... aku cuba manfaatkan masa yang aku ada.... Apa akan jadi lepas tu , apa rancangan aku ... kelas apa yang akan aku hadiri... Aku serahkan pada DIA untuk pimpin aku dalam membuat keputusan2 yang bijak bestari..heee ...


Pssst... i really miss my pre u years... Kepada UMAR dan HUSSIN yang kat Madinah dan HIDA yang kat Syria tapi dah balik Singapore , MARDHIYAH , AISYAH dan ATIQAH yang masih di Syria , SYIFA’ MASYITAH AISYAH n kak RAUDHA yang kat Msia , SULIZA RAUDHAH ZEELA FATIMAH yang sama2 kat mesir tapi dah balik sg jugak :P , n last but not least FARHANAH yang temankan aku kat mesir ni tak balik sg..SALAM RAMADHAN ... tahun depan nak jumpa korang kat bazaar..huahua...


“ Mak sebenarnya berat nak lepaskan kakak pergi ... tapi kerana ilmu , mak lepaskan jugak~” . Terima kasih mak :’) .

2 comments:

amu mejie said...

mak nangis gembira ke tu? save beras mak kata...he~ ai fatya...ramadhan kareem~

Abdullah Haris Zakaria at-Takeeriy said...

mak yg memahami..bagus2