Bismillahil ghafuurur rahiim
Allahumma Solli wa sallim 'ala sayyidinal habib
Semenjak dua menjak ni , saya sering diserang migraine. Entah tak tau apa puncanya . Kali terakhir saya ' berteman ' dengan migraine adalah 6 tahun yang lalu . Dulu, puncanya adalah tekanan waktu belajar . Tertekan dengan kehadiran rakan2 yang terlalu competitive . Tapi sekarang nak compete hapanya ... maddah pun dua jek fasl ni .. Ish , entahlah .
Semenjak dua menjak ni juga, saya sering kalah dengan emosi marah saya. Sikit2 nak marah. Benda kecik pun saya bingit . Obama yang datang tu pun jadi masaalah besar dalam hidup saya ( padahal takat kena tunda jek exam ) .Saya rasa diri saya bermasaalah. Tapi saya tak tau macammana nak mencari punca .
Entah macamana , saya buat keputusan mendadak untuk duduk mansoura beberapa hari ni . Dan ini adalah post pertama saya di mansoura . Perjalanan ke mansoura dengan bas benar2 mendera kepala saya, denyutan di sebelah kiri kepala saya ditemani rasa mual dan silau cahaya lampu adalah penderaan terhebat yang pernah saya alami selama saya ada migraine ni....nak makan panadol,saya rasa sakitnya belum sampai tahap perlu pada panadol ( sbb dah banyak sgt amik panadol, intake selanjutnya hanya akan sy ambil jika benar2 tak tahan ) .
Sampai sahaja di mansoura, terasa lega sangat . Lega kerana kemualan saya semakin berkurang dan lega kerana saya dah berjaya lari buat seketika dari kekecohan qaherah . Niat di hati memang nak uzlah ngadap buku jek ,nak merawat jiwa yang dah semakin kurang diberi perhatian kerana terpaksa menurut kehendak akal yang sentiasa minta diisi . Balik qaherah nanti dah takde masa dah nak layan perasaan2 ni .
Apa pun yang terjadi , hari rabu ni saya kena sampai qaherah . Malam ada kelas nahu . Khamis jumaat dan sabtu juga ada kelas yang perlu dihadiri . Ikutkan hati memang nak tinggal sini lama.Tapi teringat pesan ust , " Kalau nak talaqqi kitab , pastikan sampai habis kitab tu ".. Mudah2an Allah berkati dan rahmati setiap langkah saya ke mansoura untuk merawat jiwa yang..... ?
5 comments:
Jadikan tempoh 'uzlah' itu,1 sesi muhasabah diri.Insya Allah ia berikan 1 kekuatan utk meneruskan perjuangan...selamat beruzlah!!!
ke mana pon anda..tp tetap dengan membawa perasaan yang sama...itu jugaklah anda akan rasa dan itu jugaklah mud anda ...walupon anda berada di eskimo yang penuh dengan penguin yang wat hal masing-masing..jadi hijrahkan jiwa anda terutamanya....selamat bercuti fatya..he~
Salam,
Hati-hati ya, jaga kesihatan juga kalau nak belajar atau talaqqi. Nanti asyik dok migrane nak masuk ilmu pun susah.
to pendahaga ilmu : Insya Allah~ .. mesti awk rindu kt kan ? huahuahua ... esok nak balik dah kakak ngah oi~ ..
to amu : Thx lah for the words ... betui sgt la kata amu tu , tp mai mansoura ni pun saja nak rehat jaa ... bukan nak pi obat marah tu punn
to Farirashidi : Syukran ye akhi atas ke concern an nya itu ... insya Allah baik dah migraine ni ... doakan lah ye.. ilmu tu senang nak masuk .. :)
Malam adalah malam di mansoura. Malam yang sepatutnya menjadi malam.. paham tak?"...x!..baca lak n3 ni malam2..rasa mata pon nk malam jugak..sbb x phm istilah malam yang membuatkan malam ku kelam..paham x?..xpaham xpe..he~ selamt pulang ke kota keserabutan.dental logo
Post a Comment