1430 tahun yang lalu . Cahaya Iman menerangi alam yang gelap dan kelam . 1430 tahun sudah berlalu . Ia bukannya semalam . Bukan kelmaren tapi 1430 tahun yang lalu . Sejauh jarak masanya dengan kehadiran kita di bumi sekarang ini , .. sejauh itu jugakah .... cahayanya yang dulu silau mata memandang , kini semakin hampir padam . ............
( Masih menyusun kata ... )
Pernah tak kita terfikir , seorang insan yang tak pernah mengenali diri kita , sanggup berkorban segala-galanya untuk kita . Sanggup menumpahkan darah sendiri demi kita . Sanggup dihina dicaci dicerca dicedera dan DIA tetap mengingati kita . Cuba letak diri kita di tempat DIA. Sanggup tak nak lalui semua tu .. ??? bukan untuk orang-orang yang dekat dengan kita , bukan untuk mereka yang ada di depan mata kita... jauh sekali untuk mereka yang menyayangi kita .... bahkan , untuk orang - orang yang kita tak pasti akan mengingati pengorbanan kita kembali atau tidak ... untuk orang - orang yang akan memperkecilkan kita , menghina dan mempermainkan kita.... Sanggupkah kita ?? tetap teguh bertahan seperti DIA , masih adakah ruang untuk timbul perasaan cinta pada mereka? ....
Peradaban dunia .. dan caturan minda yang bernadakan satu konspirasi, untuk menjadikan dunia kita medan bagi yang berkuasa bernyanyi dengan lagu sadis mengherdik kekalahan dan kesilapan kita kerana termakan umpan mereka, membuatkan kita semakin hari semakin jauh daripada DIA . Langkah kita terbatas . Pengetahuan kita tentang DIA terbatas . Pandangan kita tentang DIA kabur berkabus . Semuanya diselimuti kekeliruan . Siapa DIA sebenarnya.. ? ramai yang tertanya ... kerana ramai yang tak pasti ... kehadirannya suatu ketika dulu , bak kilauan mutiara , atau hanya satu palitan darah di pedang , lambang keganasan dan ketidak adilan .
Walau ramai yang cuba mempertahankannya , walau ramai yang cuba menjulang tinggi namanya ... walau kini , ramai yang mengenaliNya walau hanya dengan nama , ramai juga yang cuba menjatuhkan namaNya kembali . Syakhsiah mulia pada dirinya .. hanya satu dalam dunia . Seorang Insan Kamil yang akan sentiasa hidup dalam hati makhluk yang masih berjiwa hamba .
Cahayanya tak pernah terlihat dengan mata ini , kerana zaman memisahkan .. Takdir dan waktu tidak pernah mengizinkan pertemuan antara kita , tapi , sebelum dirinya diangkat bertemu yang ESA , sewaktu dirinya keras menahan sakit sakaratulmaut , Kita tetap dalam ingatannya dan lafaz akhirnya ... ummati .. ummati .. ummati ..
Maafkan kami ya Rasulallah , kerana lupa seketika , pengorbanan yang telah dilakukan hanya untuk kami yang tak layak menerima apa-apa dari Insan SemuliaMu .
Hingga kini ... Aku masih lagi mencari mutiara yang hilang , yang hanya kelihatan cahayanya yang kelam .... yang semakin hampir padam ... Entah bila ia akan berkilau semula ... Mengulang sejarah Nasr dan Fath yang pernah termaktub rapi dalam kotak sejarah Islam ...
Ya Rasulallahi yaa sanadi .. Anta ba'dallahi mu'tamadi :'(
Sunday, January 25, 2009
....Episod 129.... - Mencari Mutiara Yang Hilang -
Posted by Fathiah at 2:29 AM
Labels: Merindukan seorang murabbi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment