Hari keenam : Israel serang Gaza
01 Januari 2009 , Awal Tahun Baru
"Awal pagi, jam 1.00 pagi-Subuh 01/01/09(waktu Mesir)..Israel menyerang Gaza dari semasa ke semasa(jentera perang udara Israel: pesawat perang F-16 dan helikopter jenis model apache) Menurut sumber, dalam serangan tersebut beberapa bangunan kementerian Kerajaan Palestin di Gaza menjadi sasaran. Antaranya bangunan Majlis Perundangan/Legislatif, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kehakiman. Juga, 5 buah rumah awam dan sarafah(pengurup wang) yang tidak kaitan dengan HAMAS. Sebagaimana yang dilaporkan, bangunan-bangunan Kerajaan yang dibom pada hari pertama diserang semula oleh Israel sehingga ada yang diserang sebanyak 5 kali. ....... "
Hari ketujuh : Israel serang Gaza
02 Januari 2009
" Israel membenarkan warganegara asing yang berada di Gaza keluar dari Gaza melalui sempadan(perlintasan) Erez. Menurut sumber, setakat ini 300 warganegara asing termasuk suami-isteri berwarganegara Palestin telah berbuat demikian.
Menurut sumber, tindakan Israel ini adalah bagi memulihkan pandangan umum terhadapnya malah sebagai usaha untuk menekan HAMAS agar menerima 'gencatan senjata' berdasarkan syarat-syaratnya.
Bagaimanapun, HAMAS hingga saat ini menyatakan tidak akan mengangkat bendera putih bahkan akan meluaskan serangan roket ke Israel.Mengulas serangan darat, Israel masih belum memberi apa-apa isyarat setakat ini.
Israel melakukan 4 serangan di Gaza hari ini. Menurut sumber, serangan tersebut berlaku pada jam 4.00 pagi dan berterusan hingga sejarang........ "
Jumlah mangsa(penduduk Palestin Gaza) yang syahid akibat serangan Israel di Gaza meningkat 425, manakala 2200 lagi cedera termasuk yang kritikal. Jam 1.30 petang (waktu Mesir)
Mu'dzam negara di dunia ini saya pasti menyambut kehadiran awal tahun baru semeriah yang mungkin . Lebih - lebih lagi di Singapura . Membayangkan diri saya berada di tanahair , saya juga mungkin akan mengikuti sekurang-kurangnya countdown di Saluran 5 . Tetapi , jasad yang kini berada di bumi Mesir , bersebelahan dengan bumi Palestin membuat kan kami peka dengan apa yang berlaku pada mereka. Mungkin hari ini kami dapat tidur dengan nyenyak , dan mereka... setiap minit tidurnya dalam jaga .
Membaca berita seorang budak yang ingin membeli roti untuk mengisi perut yang sedang lapar , terkorban dalam perjalanan pulang ke rumah membuatkan duduk saya tak pernah tenang . Nyawa seorang yahudi , wajarkah dibalas dengan 50 nyawa penduduk palestin ? Satu ketidakadilan yang didiamkan oleh dunia . Alasan israel mempertahankan negara ( yang bukan milik mereka ) dan nyawa diterima setiap perkataan oleh mereka yang berkuasa , tapi rakyat palestin yang setiap minit cuba untuk menyelamatkan nyawa-nyawa yang tidak berdosa dikata degil dan tidak berasas .
" Korang .. apa agaknya yang tengah jadi kat palestin sekarang ni eh? " Tanya seorng teman . Saya tersentak sebentar . ........ ( bersambung 0
Papan Tanda Surau
5 days ago
0 comments:
Post a Comment