CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, January 25, 2009

....Episod 129.... - Mencari Mutiara Yang Hilang -

1430 tahun yang lalu . Cahaya Iman menerangi alam yang gelap dan kelam . 1430 tahun sudah berlalu . Ia bukannya semalam . Bukan kelmaren tapi 1430 tahun yang lalu . Sejauh jarak masanya dengan kehadiran kita di bumi sekarang ini , .. sejauh itu jugakah .... cahayanya yang dulu silau mata memandang , kini semakin hampir padam . ............









( Masih menyusun kata ... )

Pernah tak kita terfikir , seorang insan yang tak pernah mengenali diri kita , sanggup berkorban segala-galanya untuk kita . Sanggup menumpahkan darah sendiri demi kita . Sanggup dihina dicaci dicerca dicedera dan DIA tetap mengingati kita . Cuba letak diri kita di tempat DIA. Sanggup tak nak lalui semua tu .. ??? bukan untuk orang-orang yang dekat dengan kita , bukan untuk mereka yang ada di depan mata kita... jauh sekali untuk mereka yang menyayangi kita .... bahkan , untuk orang - orang yang kita tak pasti akan mengingati pengorbanan kita kembali atau tidak ... untuk orang - orang yang akan memperkecilkan kita , menghina dan mempermainkan kita.... Sanggupkah kita ?? tetap teguh bertahan seperti DIA , masih adakah ruang untuk timbul perasaan cinta pada mereka? ....

Peradaban dunia .. dan caturan minda yang bernadakan satu konspirasi, untuk menjadikan dunia kita medan bagi yang berkuasa bernyanyi dengan lagu sadis mengherdik kekalahan dan kesilapan kita kerana termakan umpan mereka, membuatkan kita semakin hari semakin jauh daripada DIA . Langkah kita terbatas . Pengetahuan kita tentang DIA terbatas . Pandangan kita tentang DIA kabur berkabus . Semuanya diselimuti kekeliruan . Siapa DIA sebenarnya.. ? ramai yang tertanya ... kerana ramai yang tak pasti ... kehadirannya suatu ketika dulu , bak kilauan mutiara , atau hanya satu palitan darah di pedang , lambang keganasan dan ketidak adilan .

Walau ramai yang cuba mempertahankannya , walau ramai yang cuba menjulang tinggi namanya ... walau kini , ramai yang mengenaliNya walau hanya dengan nama , ramai juga yang cuba menjatuhkan namaNya kembali . Syakhsiah mulia pada dirinya .. hanya satu dalam dunia . Seorang Insan Kamil yang akan sentiasa hidup dalam hati makhluk yang masih berjiwa hamba .

Cahayanya tak pernah terlihat dengan mata ini , kerana zaman memisahkan .. Takdir dan waktu tidak pernah mengizinkan pertemuan antara kita , tapi , sebelum dirinya diangkat bertemu yang ESA , sewaktu dirinya keras menahan sakit sakaratulmaut , Kita tetap dalam ingatannya dan lafaz akhirnya ... ummati .. ummati .. ummati ..

Maafkan kami ya Rasulallah , kerana lupa seketika , pengorbanan yang telah dilakukan hanya untuk kami yang tak layak menerima apa-apa dari Insan SemuliaMu .

Hingga kini ... Aku masih lagi mencari mutiara yang hilang , yang hanya kelihatan cahayanya yang kelam .... yang semakin hampir padam ... Entah bila ia akan berkilau semula ... Mengulang sejarah Nasr dan Fath yang pernah termaktub rapi dalam kotak sejarah Islam ...

Ya Rasulallahi yaa sanadi .. Anta ba'dallahi mu'tamadi :'(

Friday, January 23, 2009

.... Episod 128 .... - Syukran , thank you , terima kasih , merci .... -

Salamullahi'alaykum

All this while , i've always wanted a bouquet of flowers to be given to me as a gift , .. and i've always wanted any scented stuff from natural looks ... and a few weeks back , i realised that i need this book .. which i thought everyone of my ahli beit had the book except me ( it actually top the list of books im gonna buy at ma'rad ) .................. Guess what ...?

All those thing mentioned above ... is on my desk . Right in front of my eyes . And i cant stop smiling. I would really realy really like to thank my ahli beit , rumah syarif and also my cousin for the gifts that they have forked out maybe a large sum of money just to get me all those stuffs for my birthday . Alfu syukran 'alaykum .

Sejambak ros merah .. ( ada 20 kuntum ) , wangian dari natural looks dgn lilin berbentuk bunga warna ungu , dan juga kitab Aqlul Fiqhi . Terkejut... ye terkejut . Hadiah pertama , dari rumah syarif . Bila hadiah tu dihulurkan , saya rasa excited sangat sebab saya suka sangat jenama tu . Masih ada lagi barang2 wangian white musk yang saya beli setahun yang lalu . Oleh kerana harganya yang agak ... hmm .. boleh tahan lah mahalnya ... saya hanya mampu melihat saja setiap kali lalu didepan kedai tersebut sambil menghidu bau wangi yang ada .

Hadiah kedua sejambak ros merah . Malam 21 jan . bila saya masuk ke dalam bilik , dan ternampak bunga2 yang ada ... saya tersenyum lebar. Dan saya tak mampu nak menghalang mata saya dari basah digenangi airmata . Satu pemberian yang tak dapat nak saya gambarkan betapa gembiranya saya menerima hadiah tersebut . Dari dulu , saya sentiasa kata pada diri sendiri , kalau ada yang nak memberi .. untuk hari jadi , cukuplah bunga sebagai hadiah nya . Semakin hari , perasaan suka saya terhadap bunga semakin bertambah . Memang pelik , tapi kehadiran bunga dalam bilik dan di tempat saya belajar seolah-olah menjadi pemangkin semangat saya .

Hadiah yang ketiga . Baru terima semalam . hehe . Bila hadiah dihulurkan , sekali pegang saya tahu isinya buku . Bila dah tengok betul2... dan bila saya nampak kitab Aqlul fiqhi yang menjadi hadiah , hati saya melonjak kegembiraan . Untuk kali yang ketiga, saya diberikan hadiah yang memang saya sangt2 inginkan .Alhamdulillah .

Saya tak pernah menzahirkan kepada sesiapa... apa yang saya inginkan . Yang tahu pergolakan hati saya hanya DIA . Dan dia sampaikan kata2 hati saya pada mereka ....

Selama ini saya tau DIA mendengar kata2 hati saya .... cuma mungkin masanya belum sesuai untuk DIA berikan apa yang saya inginkan .... kalau untuk mendapatkan sejambak bunga , saya perlu tunggu setahun lebih ... untuk mendapatkan sesuatu yang akan menentukan masa depan saya , sudah tentunya memerlukan bukan hanya kesabaran tapi juga kekuatan untuk teruskan semangat juang saya atas muka Bumi - NYA ini .

( untuk mereka yang call dan msg selamat hari jadi .. terima kasih kerana sudi nak ingat hari jadi saya :) ... terharu la jugak , saya mintak maaf kerana tak ada satu pun msg yang saya balas .. bukan tak mahu tapi atas sebab2 tertentu saya tak mampu nak balas. )

Sekali lagi pada semua.... Syukran ..

Ilahi ... anta maqshuudi wa redhaka mathlubi ..

Wednesday, January 21, 2009

............. Im Holding it back ............

A faded white painting
and my fragrance that seems to fade away
All get concealed by the glaring cloud


My heart that has no words
Slowly starts to move my feeling
those times that slips through
are in my hands


Im holding back the tears
i walk...
trying to lessen the weight of my heart
to a place that is neither close nor far
where a different me stands
I will not cry


I bring my two hands together again
to a place that will hear it


Though it seems stupid
we are always together
the pain that i want to let go
dries the tears that flows through my body


Holding back the tears ..
i run ..
adding to e weight of my faith
to a place that is neither high or low
where a different me stands again ...
with a small smile... i can laugh ..

translated from a korean song ... nice lyrics

Friday, January 16, 2009

.... Episod 127....- Sabarlah wahai hati -

Seorang adik .. melangkah lemah ke arah pintu bilik , dengan wajah layu .. dengan langkah yang jelas letih tak bermaya ..cuba memberikan sebuah senyuman ....

Waktu itu .. aku hanya mampu memerhati... masih kurang jelas apa yang ingin ku tanyakan ... Walaupun jauh dalam hati ini aku mengerti lelah dan kerisauan yang sedang berligar di benaknya .. Kerana aku pernah lalui masa2 itu .... Aku pernah merasa saat - saat keliru dan runsing memikirkan kertas soalan .... yang jawapannya tak ku temui kepastiannya ...

" Macammana paper tadi ? " ... " Dah dua paper aku screwed up .. aku dah takley afford nak screw another paper " " jawapan aku cuma satu kertas jek " ... " Ko try la lagik , cuba drag ... jangan biarkan jawapan pendek , dah university ni .. " " Aku tau , tapi entahlah ni kenapa .. Aku bukannya belajar last minute ... tapi .. " ....

Sepanjang perbualan ... aku hanya mampu tersentak dan terdiam . Aku terasa bisu . Tak tau kata2 apa yang perlu ku ungkapkan . Perasaan kecewa seorang adik .. Perasaan yang pernah aku rasakan suatu ketika dahulu ... Aku cukup faham sakitnya rasa kecewa yang ada . Cukup Faham .... Segala lafaz yang tak dapat nak diluahkan membuatkan hati ini memaksa aku meluahkannya di sini ... Sehingga kini , lidah ini masih kelu ...

" Aku rasa aku akan bawak maddah ni lah .. " - Adik , teringat kata2 seorang teman ketika ditanya ,' mcmna paper tadi , ok? ' , jawapannya : Ustz, ana dah usaha , dah doa , sekarang ni ana tawakkal , dan redha . Kengkadang kita lupa dik , lupa nak berikan sepenuh tawakkal kita pada DIA . " Faidza 'azamta fatawakkal 'alallah .. Innallaha Yuhibbul Mutawakkiliin " . Ingat selalu , DIA ada . DIA nampak usaha kita :) .

" Hai kalau macam ginilah , balik lagi bagus , buang duit jek datang sini " . Adik , kalau datang sini , hanya untuk belajar exam , lulus cemerlang dan kalau gagal sifirnya adalah buang masa buang duit buang segala2nya , memang tak patut datang pun . Kita ambil exam tu sebagai wasilah diri kita diterima dunia . Tak sepatutnya jadi hadaf hidup mati . Kita sama2 kat sini berjuang untuk jadi ulama ' warathah anbiya ' . Apa pun setbacks yang terjadi , itu bukan urusan kita. Yang penting kita dah usaha . Uni Al-Azhar memang tumpuan utama , tapi , dia hanya peratus kecik lobang ilmu yang ada. Kita datang sini bukan untuk sehelai kertas yang bernatijah lulus semata2 .. tapi untuk tujuan yang lebih besar , ILMU .

Adik , Al-Qaulu dua'a . Dan doa ' adalah senjata kita . Doa juga tanpa kita sedari mainkan peranan penting sangat2 dalam hidup kita. Jangan sekali2 katakan perkara yang negatif . Insya Allah , miracle can happen . and it will happen by the grace of Allah . ok ?

Untuk adik2 yang lain , yang mungkin hadapi kekecewaan yang sama untuk paper2 yang dah lepas , banyakkan doa ye? :) , Percayalah dengan kekuatan Doa dan Tawakkal .

:) Aku bercakap dari suara yang pernah mendengar kata2 ini dari as sabiquunal awwaluun , dan pernah merasa apa yang sedang kau rasa sekarang ...

Ilahi ... Kun ma'i wa laa tatrukni

( kalau hati bertanya ... Mataa nasrullah ? Percayalah .. Inna nasrallahi qariib .. Sabarkanlah hati kita .. )

Wednesday, January 14, 2009


Tuesday, January 13, 2009

....Episod 126 ..... - Futuuur -



Futuurr ..
tak tahu lah
dari mana datang ..
bila...
kenapa ...
Tiba - tiba je dia ada....
dan bila dia ada ...
renungan tiba2 jadi kosong...

Siang malam pagi petang ..
termenung kosong jek kerjanya ...
apa yang sarat dalam fikiran ni ...
entah eh ...
Nak kata berangan ..
kosong khalis.. xde benda dalam fikiran ...

Rasa mcm nak balik sg pun ada ..
kenapa ni ..
imtihan lgk berapa hari jek ..
nak kata penat ..
x buat kerja pun ...
nak kata lelah ...
tak angkat berat pun ...
nak kata runsing ..
kerja yg kene buat belajar jek ..

entahlah ..
tak tau kenapa ...
ni kee yang org kata futuur ..?
takde semangat ...
hilang tiba2 ..
hilang pi mana..?
entahlah tak tau ..

Sekarang ni rasa ..
mcm nak baring kat tengah2 rumput ...
yang ada banyak bunga ...
lepastu tgk langit jek ...
langit biru yg ada burung terbang ..
pastu nak cuaca terang jek ...
taknak malam datang...

Boleh tak ...


Di saat bumi suci palestin merah berdarah ... aku sibuk fikirkan keselesaan diri sendiri ... patutkah ? - Futuur futuur go away plz...


Friday, January 2, 2009

.... Episod 125 .... - Gaza Berdarah -

Hari keenam : Israel serang Gaza
01 Januari 2009 , Awal Tahun Baru


"Awal pagi, jam 1.00 pagi-Subuh 01/01/09(waktu Mesir)..Israel menyerang Gaza dari semasa ke semasa(jentera perang udara Israel: pesawat perang F-16 dan helikopter jenis model apache) Menurut sumber, dalam serangan tersebut beberapa bangunan kementerian Kerajaan Palestin di Gaza menjadi sasaran. Antaranya bangunan Majlis Perundangan/Legislatif, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kehakiman. Juga, 5 buah rumah awam dan sarafah(pengurup wang) yang tidak kaitan dengan HAMAS. Sebagaimana yang dilaporkan, bangunan-bangunan Kerajaan yang dibom pada hari pertama diserang semula oleh Israel sehingga ada yang diserang sebanyak 5 kali. ....... "


Hari ketujuh : Israel serang Gaza
02 Januari 2009


" Israel membenarkan warganegara asing yang berada di Gaza keluar dari Gaza melalui sempadan(perlintasan) Erez. Menurut sumber, setakat ini 300 warganegara asing termasuk suami-isteri berwarganegara Palestin telah berbuat demikian.


Menurut sumber, tindakan Israel ini adalah bagi memulihkan pandangan umum terhadapnya malah sebagai usaha untuk menekan HAMAS agar menerima 'gencatan senjata' berdasarkan syarat-syaratnya.


Bagaimanapun, HAMAS hingga saat ini menyatakan tidak akan mengangkat bendera putih bahkan akan meluaskan serangan roket ke Israel.Mengulas serangan darat, Israel masih belum memberi apa-apa isyarat setakat ini.


Israel melakukan 4 serangan di Gaza hari ini. Menurut sumber, serangan tersebut berlaku pada jam 4.00 pagi dan berterusan hingga sejarang........ "


Jumlah mangsa(penduduk Palestin Gaza) yang syahid akibat serangan Israel di Gaza meningkat 425, manakala 2200 lagi cedera termasuk yang kritikal. Jam 1.30 petang (waktu Mesir)


Mu'dzam negara di dunia ini saya pasti menyambut kehadiran awal tahun baru semeriah yang mungkin . Lebih - lebih lagi di Singapura . Membayangkan diri saya berada di tanahair , saya juga mungkin akan mengikuti sekurang-kurangnya countdown di Saluran 5 . Tetapi , jasad yang kini berada di bumi Mesir , bersebelahan dengan bumi Palestin membuat kan kami peka dengan apa yang berlaku pada mereka. Mungkin hari ini kami dapat tidur dengan nyenyak , dan mereka... setiap minit tidurnya dalam jaga .

Membaca berita seorang budak yang ingin membeli roti untuk mengisi perut yang sedang lapar , terkorban dalam perjalanan pulang ke rumah membuatkan duduk saya tak pernah tenang . Nyawa seorang yahudi , wajarkah dibalas dengan 50 nyawa penduduk palestin ? Satu ketidakadilan yang didiamkan oleh dunia . Alasan israel mempertahankan negara ( yang bukan milik mereka ) dan nyawa diterima setiap perkataan oleh mereka yang berkuasa , tapi rakyat palestin yang setiap minit cuba untuk menyelamatkan nyawa-nyawa yang tidak berdosa dikata degil dan tidak berasas .

" Korang .. apa agaknya yang tengah jadi kat palestin sekarang ni eh? " Tanya seorng teman . Saya tersentak sebentar . ........ ( bersambung 0