Bismillahil waduudur rahiim
Allahumma Solli Wasallim Wabarik 'alaihi wa 'ala aaliih
Semenjak dua menjak ni , fikiran saya agak tegang . Tempiasnya terkena pada blog ni . Pada mereka yang membaca , dan terasa bahang emosi saya , afwan sangat2 . Mungkin situasi dan keadaan yang ada didepan mata saya sekarang ini membuatkan akal saya sibuk memikir , mengkritik dan cuba mencari jawapan pasa sebuah ketidakpastian yang saya hadapi .
Macam-macam dah jadi kat mesir ni . Agm baru lepas ( pemilihan exco perkemas ) . niat di hati tak nak pergi , tapi kena pilih jadi tukang kira undi . haiz , sabar jek . lepas ni program raya korban pulak . lepas raya korban , ada lawatan dr dr. Abdullah tarmugi . Fikirnya , nak pi . Malangnya , perjumpaan tu malam , waktu kurang sesuai pulak . takut merisikokan kesihatan. wlaupun macam rasa rugi tak dapat pi tp takpe jekla . kene awla kan mana yg patut .
Minggu lepas saya dapat panggilan daripada ayaat . Kawan Mesir . Katanya ada masaalah dengan si dia. Nak jumpa dengan saya . Mungkin nak bercerita . Saya pun layankan . Walaupun waktu tu terasa letih sangat . Oleh kerana ayaat baru sahaja keluar dari hospital , lepastu dah dua minggu tak jumpa , tak sampai hati pulak nak tolak permintaannya . Perbualan yang awalnya dimulakan dengan cerita2 tntg si dia , akhirnya berjaya saya alihkan . Sementara menanti kedatangannya , saya sempat singgah di sebuah kedai buku untuk menghilangkan dahaga saya pada bahan bacaan sejarah . Akhirnya , saya sanggup keluarkan 90 LE untuk mendapatkan dua buah buku . 1 ) Tarikh mesir , min 'asril fara'inah ila 'asril hadir 2) Tarikh Quraisy .
Akhirnya , topik perbualan tentang cinta yang agak membosankan saya bertukar menjadi perbualan tentang sejarah dan ketamadunan . Ayaat berkongsi apa yang dia tahu tentang mesir . Alhamdulillah . Thx ayaat for enlightening me . Katanya ayahnya dulu seorang general bersama pasukan tentera perang 6 oktober yang berlaku antara mesir dan israel . Tak sabar rasanya nak habiskan bahats tentang mutanabbi dan habiskan baca buku2 kuliah . Sebabnya , dah tak tahan nak baca dua buku sejarah yang sangat2 menggugat keimanan . hehe .
Hari - hari selepas itu menjadi agak bosan . Sakit yang tak sudah ditemani dengan kitab2 rujukan tentang penyair mutanabbi yang bertimbun . Ada hampir lapan kitab semuanya . Pening jugak . Tetapi ada hikmahnya juga bahats ni ada . Saya dah pun jejakkan kaki ke maktabah al-qahirah al-akbar di Zamalek . Mungkin ianya tak sebesar national library di Singapura , tapi bahan rujukan adab yang ada alhamdulillah sangat2 memuaskan hati :) . Tempatnya yang berhawa dingin juga masya Allah selesanya .
Cerita terbaru yang ada ialah , buku qa'ah bahats akhirnya dah pun dapat . Esok pagi dah boleh habiskan ilmullughah . Petang dah boleh mula kembara kitab qaah bahats . Lebih kurang sebulan saja lagi , exam akan bermula . Pandangan saya masih lagi kabur . Apa yang Allah dah sediakan untuk saya kali ini , di luar pengetahuan saya tentunya . Teringat pesan seorang kawan arab yasmin ( kenal kat road on the way nak balik rumah dari kuliah ) , katanya , kan Allah dah kata : 'Asaa an takrahuu syai'an fahua khairul lakum .... ' - ingat k , husnuzzon dengan siPencipta .
Mudah mudahan Allah tambahkan lagi rasa cinta pada kuliah lughah dalam hati ini . - Satu perjuangan untuk mengenal DIA - .
Ya Rasulallah Khuz Biaidiina
0 comments:
Post a Comment