Salamullahi'alaykum
Semalam adalah hari terakhir saya ke rumah syeikh redha untuk talaqqi . Sebabnya? semalam saya dah pun khatamkan qiraat imam syu'bah . Jadinya , saya pun luangkanlah lebih masa kat syubro semalam . Seawal jam 7.15 saya dah pun siap menunggu kak zured , kak tuty dan kak fai di perhentian bas depan rumah ( Tapi tak naik bas .. naik tremco ) . Keluar dari rumah syeikh pula jam 11.15 . Sungguh memenatkan .
Aktiviti selepas itu lebih memenatkan . Mesyuarat orientasi 2008/2009 . Dari jam 2 - 8 . Letihnya tak terkata . Atas sebab2 kekurangan stamina kerana kerja2 semalam , tadi pagi adalah pagi yang paling susah saya nak bangun . Hai lahai . Celik sahaja mata , terus saya dilemma . Nak ke masjid raba'ah untuk solat jumaat atau duduk sahaja di rumah .'' Baki 2 jumaat sahaja lagi aku berada di mesir pegilah fathiah '' '' tapi letihlah , rehat pun bagus juga , nanti kalau penat2 sangat sakit nanti siapa susah ? haiz '' -'' Semalam dah satu hari tak pi masjid , rindu nak solat jemaah pulak , nanti balik sg dah tak dapat nak pi solat jumaat '' '' arrrgghhh tak tau laaa .. macammana ni '' .
Jarum jam sudah hampir ke pukul 1 . Perbualan hati yang berlangsung rancak seperti di atas benar- benar merunsingkan . Akhirnya , saya paksa kaki ini untuk bangun . Dalam lebih kurang 5 min .. ' Bismillahi tawakkaltu 'alalllahi laa hawla walaa quwwata illa billah ' . Saya pun membuka pintu rumah . Pantas saya melangkahkan kaki untuk ke gami' rabaah . Azan dah pun kedengaran . Alhamdulillah , akhirnya , saya berjaya melawan nafsu malas yang dah mula nak bersarang di hati ni .
Tiba sahaja di masjid , jemaah masih lagi ramai yang menunaikan solat sunat . Khutbah pun dah nak mula . Saya cuba hadirkan hati ini sewaktu mendengar khutbah. Hebatnya khutbah jumaat di sini berbanding di singapura , suara dan pengisian khatib sangat-sangat menyentuh hati dan perasaan . Tonasi nya cukup membuat jemaah terjaga . Pengisiannya ?? sering membuat saya menitiskan air mata . Antaranya adalah tentang ibu , pengorbanan ibu , tentang Rasulullah dan banyak lagi topik2 tentang akhlak , hamasah dan tamadun yang dibawa oleh Islam . Hadith rasulullah akan sentiasa menjadi permulaan khutbah . Selalunya hadith2 itulah yang akan membuat kita begitu tertarik untuk duduk dan tekun mendengar isi selanjutnya .
Suasana yang sangat2 hening . Diringi dengan esakan halus tangisan dari beberapa jemaah yang hadir untuk solat jenazah orang-orang tersayang . Suasana solat jumaat sukar saya gambarkan .
Tenangnya tempat itu , seolah - olah dia lah pelindung . Terasa seperti hidup saya terputus dengan dunia luar . Ada sesuatu yang menarik saya untuk sentiasa ke sana . Antaranya adalah , Abla yang sangat2 sayang kepada wafidaat ( pelajar asing@asia ) . Setiap kali saya tersenyum dia akan mencium pipi saya dan tak henti mendoakan kejayaan . ' Rabbuna naggahkum jami'an ' kata2 ini diulang2 . Begitu juga perihal makcik2 arab lain yg senang dengan kehadiran kami .
Tempat itu suatu ketika dahulu mengembalikan semangat juang saya yang hampir hilang sewaktu exam fasl thani . Setelah puas menangis merasa diri sudah putus asa , entah dari mana datang kekuatan hati untuk teruskan semua yang telah saya mulakan .
Suara azan yang berkumandang terus terusan mengajak saya untuk hadir bersama , berjemaah bertemu dia yang Esa . Surah-surah yang dibaca sewaktu solat terus terusan membawa saya hanyut dalam ayat-ayat cinta dari DIA yang berkuasa . Ketenangan itu sungguh tiada tolok bandingnya .
Ilahi anta maqshudiy wa redhaka mathlubiy
Friday, July 25, 2008
.... Episod 107 .... - Tenang -
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment