Bismillahil waduudurrahim
Kata orang , apa yang zahir di mata kita itu hanya satu lakonan , kerana pandangan mata akan sentiasa menipu kita . Bukan semua manusia akan menzahirkan apa yang mereka rasa dengan tindakan dan ekspresi wajah mereka . Hakikatnya , kata-kata tersebut memang nyata kebenarannya . Itulah yang terjadi kini . Apa yang aku zahirkan bukanlah apa yang aku rasa...
Selama aku berjauhan dari keluarga , aku banyak belajar erti kehidupan . Sabar , tawakkal dan pengorbanan adalah antara rencah kehidupan yang aku perlukan untuk hidup berdikari dan yang aku dapat praktikkan di sini . Tanpa ibu bapa di sisi . Tanpa ada mereka yang dapat membuat ku tersenyum kembali , mensyukuri hadirku berada di bumi Kinanah ini .
Hatiku kini dalam keadaan yang sangat sangat kritikal . Seperi botol kaca yang diletakkan di freezer ( mcm biasa lah tasybih agak merepek sikit ) , tinggal menunggu retak sahaja...dan selepas itu hancur berkecai . Aku tak pasti apa puncanya . Mungkin kesabaran ku kurang. Atau mungkin kerana dah lama tak berhubung dengan keluarga atau macammana aku pun tak tau .
Hari ini teman2 semuanya telah kembali ke pangkuan keluarga. Hanya tinggal aku yang masih cuba menggagahkan langkahku , cuba memujuk hati yang satu ini untuk kekal berada di sini . Sekali lagi aku perlu bersabar .. demi ilmu . Sepanjang setahun berada di sini SABAR adalah kunci emas kepada ujian yang diberikan padaku ... sabar sabar dan sabar...
Keputusan exam dah pun keluar , tapi aku masih tak sanggup untuk melihat natijah ku .... aku perlukan tanamkan dalam diriku sifat tawakkal tawakkal dan tawakkal .... diikuti dengan sabar sabar dan sabar... kerana bila dua sifat ini hilang dalam diriku ... mungkin aku akan ucapkan selamat tinggal pada bumi kinanah ini... mudah-mudahan keberkatannya akan tetap dapat ku rasai ...
Madad ya rasulallah ... Ilahi , samihiini
Papan Tanda Surau
4 days ago
0 comments:
Post a Comment