Bismillahirrahmanirrahim ...
Bila membaca semula post2 yang telah saya tulis sepanjang keberadaan saya di mesir , saya dapati , kebanyakannya lebih menyentuh soal hati saya , perasaan saya , kebimbangan ,keresahan dan kerisauan saya yang lebih berbentuk peribadi . Lebih banyak menyentuh tentang attitude saya dan respons saya kepada hal ehwal sekeliling yang saya hadapi .
Kebolehan saya untuk tadrib kan critical thinking pada akal saya untuk seni penulisan semakin menipis. Hakikatnya , saya sedar kemampuan saya untuk menulis kalau terus dibiarkan menipis akan terhakis dan ianya adalah suatu kerugian yang paling besar untuk saya. Kerana pada saya , kekuatan saya lebih pada penulisan dan bukan lisan . Ianya tanpa disedari adalah tumpuan saya untuk menyebarkan dakwah pada masa akan datang . Penulisan adalah penyumbang terbesar kepada fasihnya lisan membentangkan dakwaan dan fakta . Tetapi , Penulisan yang baik adalah natijah kepada fakta dan syarah yang berasas . Untuk mendapatkan bahan yang berasas pula adalah melalui bahan pembacaan yang berkualiti dan juga kuantiti bahan itu sendiri . Justru , untuk menghasilkan penulisan yang baik, bahan pembacaan saya perlu ditambah dari hari ke sehari .
' Biar kita menguasai masa , bukan masa yang menguasai kita ' - Sanggupkah kita melihat masa berjalan memintas jalan kita lalu mentertawakan kita dek kelekaan kita dalam menguasainya . Tentu sekali tidak . Lebih-lebih lagi apabila kita bergelar thalibul'ilm. Kita harus dan mesti meletakkan kutub di tempat yang paling layak untuknya , iaitu sentiasa di tangan dan minda kita . Buku dan pelajar adalah dua aset yang tidak boleh dipisahkan kerana kalau ia dipisahkan maka salah satu daripadanya akan jatuh pada maqam jumud . ( dah macam balaghah pulak ada maqam segala hehe )
Berbalik kepada apa yang ingin saya sampaikan - kejumudan yang tak dapat nak dielak -. Kejumudan tersebut sebenarnya saya tujukan untuk diri saya . Saya terus terusan membatu tak cuba untuk mendapatkan info dan input baru semenjak sampai di sini . Ya , memang saya ada menghadiri kelas-kelas masyayikh yang diadakan di jami' tapi saya tak merasa itu cukup untuk membuatkan saya lebih kritikal dalam seni berfikir . Bertalaqqi dengan guru membuat saya lebih cenderung untuk duduk dan hanya menerima berbeza dengan membaca . Membaca pada saya memainkan peranan besar dalam mengasah ketajaman minda seorang pelajar .
Kenapa saya kata kejumudan yang tidak terelak ( maksud di sini yang tak dapat nak dielakkan ) adalah kerana di sini , saya lebih tertumpu kepada menghabiskan buku kuliah ( walaupun sampai saat nak masuk dewan , masih ada yang belum terbaca :D ) . Setiap kali terasa ingin membaca buku luar , konsentrasi saya pasti akan hilang . Fikiran saya hanya pada buku kuliah . Mungkin ada yang akan kata itu hanya alasan semata kerana kata orang nak seribu daya taknak seribu dalih .. Tapi itulah hakikatnya . Memang saya tak nafikan , masa lapang saya banyak yang telah terbuang begitu sahaja . Masa - masa tersebut kalau saya manfaatkan pasti saya mampu bukan sahaja menghabiskan buku kuliah tapi juga mengisi kotak maklumat yang ada dalam diri saya ini . Oleh itu , patutkah saya kata kejumudan saya ini tidak dapat nak dielakkan...? atau lebih tepat kalau saya kata... kejumudan yang boleh dielakkan tapi dot dot dot hehe .
Apa-apa pun... imtihan belum lagi berakhir.. doakan yee
Madaad ya Rasulallah
Friday, June 6, 2008
....Episod 92.... - Kejumudan yang tidak terelak -
Posted by Fathiah at 2:24 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment