CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, May 17, 2008

....Episod 85.... - Masihkah kau ingat -

Bismillahi waduudul ghafuur

Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad

Sekarang ni dah nak masuk jam 10 malam waktu mesir . Lusa ada tahriri quran . saya cuma sempat tulis juzu' satu sahaja lepastu melekat balik kat depan laptop ni . haiz . Exam macam tak exam jek . Banyak tol lagha yang saya dah buat . Payah nak fokus . Terlebih relax . Tapi takpelah , saya anggap masa sekarang ni masa rehat saya . Latest post saya pasti mengundang tanda tanya kan? ... sampaikan ada yang kata saya terjumpa fakhri , ish tidaklah , kalau saya jumpa fakhri , dah lama saya announce kat yahoogroup perkemas .. hehe .


Saya selalu keluarkan post2 pasal cinta kan , sampaikan ada seorang sahabat tu dia tak percaya yang itu memang hasil tulisan saya. Siap ada request untuk sambung maudhu' cinta ke maudhu ' pertunangan . Ish , saya ni bukan pandai bab2 cinta ni. cuma entah kenapa kali ni saya nak sambung fikrah tu tapi terus lompat ke maudhu' perkahwinan . :D

--------------------------------------------------------------------------------

" Awak, awak tau dukturah kita kata , kahwin mude ni mendewasakan dan mengislahkan syabab dan fatayat zaman sekarang ini " ... begitulah yang dikatakan oleh seorang teman dari syria. Hehe, yeke wak ? rasanya macam betol kot .. tapi tengok lah juga kan. Kahwin muda ni pun antara punca kelemahan dan keruntuhan institusi rumahtangga yang kian meningkat sekarang ni . Tapi , apa pun kita faham apa yang awak cuba nak sampaikan tu . Kahwin muda yang awak maksudkan adalah kahwin dengan orang yang thiqah dan berkemampuan la kan tentunya . Yang memang dah bersedia nak bina sebuah institusi Muzammil yang berkualiti .

Awak ingat lagi tak ? dulu - dulu time zaman sekolah , kitorg semua ada jek nak admire imam - imam and huffaz - huffaz yang kitorg kenal . hehehehe.... kiutkan . Kengkadang kan wak , kita terfikir jugak , kenapa kita asyik nak mengharapkan pasangan kita tu , yang hafiz lah , yang qari' lah , yang soleh lah , yang wasim lah ( hehe k ni optional kan ) yang thiqah lah dan macam-macam lagi . Kan Allah dah janji ... " Wal mu'miniin lil mu'minaat " , Jadinya , apa kata , kita ubah diri kita dulu , menjadi orang yang terbaik ... Insya Allah orang yang Allah hantar untuk jadi mursyid dan pembimbing hidup kita tu sama dengan kita dan insya Allah lebih baik lagi .

Ramai yang tanya kita wak termasuk awk sendiri kenapa nick kita kat msn ( poligami - satu keredhaan atau satu kenyataan yang pahit nak ditelan ) .. entahlah , tiba - tiba persoalan ni jadi satu tanda tanya untuk kita. Tapi , tak bermaksud kita tengah plan untuk berpoligami. ...tsk..tsk.. Sekadar nak cuba memahami kenapa ramai yang tidak sanggup mendengar perkataan itu .

Mungkin pada awak dan kita , bila nampak dua orang madu makan semangkuk dan bermesra , kita akan rasa benda tu kiut , excited kan ... Masya Allah sangat2 . Tapi tak ramai yang berkongsi perasaan yang sama dengan kita . Teringat lagi kata-kata mak kita , ' yelah kakak blum kahwin boleh lah cakap macam tu , cuba bila dah kahwin nanti , takde orang sanggup nak dimadu ' . Hmm .. ada betolnya jugak kan .. mungkin sebab kita belum dirikan rumahtangga ..

Daripada dulu , pendirian kita tetap sama , selagi dia mampu , kita tak rasa kenapa perlu tak setuju untuk izinakn dia berpoligami .. Kenyataan ni pasti tak dipersetujui ramai ... Ada yang kata , siapa yang boleh hidup damai bermadu tu orang-orang yang hebat sangat... hmm..


.... ( bersambung ).....Masih menyusun kata..

0 comments: