Salamullahi'alaykum..
Rasanya macam dah lama sangat tak update blog. Nak kata sibuk sangat sampai takde masa nak mengkhabarkan cerita macam tak jek . Masa tu ada cuma entah ... mood tak mengizinkan kot .
Sebenarnya , terlalu banyak sangat benda yang dah jadi . Banyak sangat yang saya nak bilang . Tapi , semuanya terhenti di hujung akal jek... saya tak dapat nak terjemahkan apa2 dalam bentuk tulisan.. Takpelah .. apa yang saya ingat dan terluah itulah yang akan saya cerita insya Allah . Baru beberapa hari lepas, saya menduduki oral pertama saya di Al-Azhar. Ya Rab , huru hara kami di buatnya. tak taulah macammana nak cakap . Yang penting huru hara. Daripada mencari lajnah , kami berasak2 dengan pelajar2 lain untuk cari kelas. lepas tu cari tingkat berapa. lepastu beberapa kali kami dikejutkan dengan berita2 yang sungguh mengecewakan . Seperti : oral balaghah saya sepatutnya 3 may bersama oral nahu . tepat jam 9 pagi , waktu saya tengah bersiap untuk ke kuliah , kawan saya call dan kata hari tu takde oral balaghah . 6 may pulak , saya datang kuliah untuk ambil oral qur'an . Sesampainya saya di kuliah mereka kata , lepas oral quran saya ada oral balaghah . Setau saya oral balaghah dah ditukar ke 7 atau 8 may . Haiz , Wallahul musta'an . Macam tu lah ragam sistem di Al-Azhar. Pening saya dibuatnya , tapi seronok la jugak . Satu pengalaman yang tak dapat nak dilupakan ..
Melihat kekalutan seorang teman yang gigih menghafal pelajaran2 yang ada kerana teramat takut dengan keputusan peperiksaan nanti membuatkan saya terfikir ... Mengapa saya tak rasa apa yang dia rasa. Perlukah ada perasaan itu? Apa kesannya ? Apa kepentingannya ? ..
Ramai antara teman2 rapat yang tahu saya memang tak pernah takut dengan imtihan . Yeke ? betol ke? Tipulah kalau saya kata saya tak takut sikit pun . Mestilah saya takut. Tapi bukan takut kerana kurang mampu membuktikan kehebatan akal saya menggarap maklumat , tapi kerana sebab2 luaran. Seperti mengecewakan harapan ibu bapa , meninggalkan kesan negatif kepada junior2 saya dengan kuliah yang saya pilih dan kerana saya takut bila saya ada perasaan takutkan imtihan . Ya , perasaan takut dengan imtihan mungkin satu lumrah bagi seorang pelajar , tapi ia menakutkan saya .
Belajar untuk satu keputusan yang cemerlang ? atau belajar kerana mengharap redha tuhan ? Kata orang : belajar untuk Allah adalah belajar untuk jadi cemerlang . Susah saya nak fahamkan diri saya yang saya perlu ada sikap competitive dalam belajar. Kerana saya pilih jalan ini kerana cinta saya pada ilmu ini . Saya tak akan menghafal perkara yang saya tak cinta . Saya perlu cari dahulu sumber cinta untuk subjek tersebut. Barulah saya mampu untuk tersenyum sepanjang waktu belajar.
Mesti ramai tak faham kan apa yang saya nak cakap ni? entahlah , saya sendiri pun tak faham ... bahasa hati.. kalau diterjemahkan jadi lafzi , beginilah jadinya .
Untuk teman2 di syria , lebih2 lagi atiqah , kita ingat lagi kata2 awak , " takpe la wak , kita akan ikat awak kuat2 dalam hati kita " :') . Awak , bukan awak sorang jek ada masaalah nak itqan n istiqamah belajar, kita pun sama wak ... awak... jangan takut dengan kegagalan k? sebab menuntut ilmu takde istilah gagal atau berjaya ... kita perlu terus dan terus menuntut ... sehingga redha Allah memayungi perjalanan .... dan ilmu yang kita ada diberkati :) . Hida , Mardhiyah n Atiqah.... korang tau tak selama ni korang sumber motivasi kita bila dah nak imtihan ni? kita masih ingat lagi rutin harian kitorg , sebelum pi tahfiz , buat notes and group study ... Ma'attaufiq wal imtiyaz ye korang.. kita sayang awak semua ... doakan kita juga...
Masih cuba mentafsir kata...
Monday, May 12, 2008
....Episod 83.... - Sayang awak -
Posted by Fathiah at 4:19 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment