Wednesday, November 28, 2007
.... Yang Dicari ....
Posted by Fathiah at 5:41 PM 3 comments
Labels: www.ukhwah.com
Friday, November 23, 2007
.... Episod 65 .... - Antara Dua Darjat -
Posted by Fathiah at 3:08 PM 0 comments
Thursday, November 22, 2007
Wednesday, November 21, 2007
.... HAPPY BIRTHDAY ....
To my dearest sis :
Nur Rafiqah
HAPPY 17TH BIRTHDAY!!
...........
Moga dipanjangkan umur...
( so we can meet again )
dimurahkan rezeki...
( so ley blanja ku shopping ;> )
Dapat habiskan blaja kat ITE asap..
( so ley cepat2 pi ma'ahad tahfiz ) k!
Juz want u to know that i love u so much
i may not show it to you...
but the truth is, u r my sister..
my only 'blood' sister...
if i ever wanna protect someone..
it will be you .. my lil sis...
i'll give anything to you...
anything within my reach...
coz... I LOVE YOU !! :)
jangan lupa mimpi aku k! hehe
Posted by Fathiah at 1:47 AM 1 comments
Saturday, November 17, 2007
.... Permaisuri Hatiku....
Posted by Fathiah at 1:54 AM 0 comments
Thursday, November 15, 2007
....Episod 64.... - Masih ada cinta -
Tika dan saat ini ... diwaktu aku perlukan segunung kekuatan untuk melangkah... ketika aku perlukan selautan semangat untuk teruskan perjuangan ... aku rupanya ada di pinggir kelemahan...kekalahan... aku kalah dengan angan2 siang hari... aku lemah dengan kata2 sendiri ....
" eh, tahun 1 ke?? amek kuliah apa? " .. " a'ah tahun 1 , amek kuliah lughah " ... " wah , lughah kee? masya Allah... tu kuliah paling susah tuu.. payah nk lepas , bagusnya anti... mesti sibawaih nii.. nahu mesti power kan ?!" .....!!
Ni lah conversation 'aadi yang ana selalu terperangkap dan diperangkap dalam perbualan ana dengan beberapa org yg ana jumpa baik kat singapore atau kat mesir ni sendiri.... Jawapan yang dapat ana berikan ... " ish, takdelah ... mana ada sibawaih nya.. nahu pun bkan bagus mana... " ... mesti ana akan ditanya balik.. " kenapa amek kuliah ni... susah tau! betol ke nk amek? " ... Jawapan ana " yee, betol ana nak amek .. amek kuliah ni sebab minat... dan adalah sebab2 laen ... " ( Teringat pesan ust firdaus yahya... belajar lughah bukan untuk kerja... belajar lughah untuk quran ... )
Bila ana ade kat sini... ana runsing... runsing macamana nak belajar... runsing fikirkan harapan mak ayah yang sanggup lepaskan ana dtg sini.. ( sebab mula2 mereka tk kasi.. yelah risau .. ) Runsing fikirkan tekanan sekeliling yang tak sudah mengingatkan cerita2 kegagalan asssaabiquunal awwaluun .
Soalnya kini.... ini pilihan ana.. ana pilih untuk lalui jalan yang pada ramai orang satu cabaran besar... bukan kerana inginkan cabaran... tapi kerana rasa cinta yang terlalu dalam untuk ilmu 2 yang ada di dalamnya... " kalau pada korg lughah tu susah.. pada ana syariah tu susah... ana pernah fail fiqh serendah yg mungkin... kalau pass pun border line jek " itu antara jawapan yang mampu aku luahkan..
Ana dah pun buat keputusan untuk pilih lughah... dah pun buat keputusan untuk ke mesir... dah masuk kuliah pun... ana dah tak mampu untuk buat keputusan berhenti separuh jalan.... Teringat kata seorang senior " Kalau korg dah start make sure korg habiskan... kalau rasa tanak habiskan... jangan start langsung " .. Jadi ? aku dah pun mulakan langkah pertama... aku perlu selesaikannya.... Kata seorang teman : Begin with the End in mind :)
" Create history in lughah faculty k ! " - pesan seorang senior... hmmm , nak melangkah setapak lagi pun masih berat rasanya apatah lg nk create history... perjalanan ni masih dalam keraguan... ana masih lagi dalam fatrah termangu termenung terkedu dengan apa yang ana tgh lakukan sekarang ni... kadang2 ana terfikir sendiri... betol ke keputusan aku ni? Rasanya dah thabit dah hati ni waktu buat keputusan tuu.. ya Rab.. entahlah...
Rasanya yang penting sekarang ni adalah teruskan perjalanan... Buat perancangan.. dan istiqamah ( benda paling senang nak sebut tp paling susah nak buat ) fathiah... kena ingat " It does not matter how slowly you go.. as long as you do not stop "
Kata seorang teman " Nak buat keputusan dalam kehidupan , sama je macam nak bina rumah , sia-sia kalau kita dah setahun bina , then nak kena runtuh balik .. n bina balik .. So , Begin with the End in mind " ....
Selagi dalam hati ini masih ada cinta .... selama hidup dan mati ini untuk Ilahi Rabbul 'alamin... Jangan pernah mimpi untuk berhenti berjuang.. biarpun aku perlu merangkak... !
Posted by Fathiah at 6:10 AM 1 comments
Monday, November 12, 2007
.... Lafaz Yang Tersimpan....
Dan raut tuamu..membekas jiwaku..
Betapa sukarnya menyusun bicara..
Masih ku biarkan waktu..
Apakah yang hilang... andai dilisankan
Tiada lagi ertinya pengucapan..
Posted by Fathiah at 5:02 AM 0 comments
Saturday, November 10, 2007
....Episod 63.... - Tolong sampaikan pada si dia -
Tolong nasihati si dia,
jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia,
dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia.
Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong tegur si dia,
bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia.
Aku milik Yang Maha Esa..
Aku masih milik keluarga..
tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia,
usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya.
Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia.
Aku tidak mahu melekakan dia..
Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia.
Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Posted by Fathiah at 1:38 AM 3 comments
Sunday, November 4, 2007
.... Antara Adam dan Hawa....
Sebagaimana kata seorang wali Allah iaitu Rabiatul Adawiah:
Allah telah menjadikan lelaki itu mempunyai sembilan akal dan satu nafsu dan menjadikan perempuan satu akal dan sembilan nafsu. Bukanlah maksud saya di sini bahawa orang lelaki lebih bijak kerana dia diberi sembilan akal, tetapi, tujuannya untuk menyatakan ada perbezaan antara lelaki dengan perempuan. Secara umum, dari segi psikologi lelaki dan perempuan berbeza tentang:
- Cara berkomunikasi
- Cara berfikir
- Tahap kepekaan dan perasaan
- Tanggapan
- Tindakan dan perbuatan
- Kaedah mempamerkan kasih sayang
- Kehendak mempamerkan kasih sayang
- Kehendak dan pengharapan
- Cara mempamerkan penghargaan
- Cara dan tahap pengorbanan
- Cara dan daya khayalan
- Daya pengamatan dan konsentrasi
- Cara dan pengisian doa
- Orang perempuan juga suka mengubah penampilan diri dan tindakan pasangannya. Jadi pantang ada yang tidak kena dengan suaminya, isteri akan segera menegur dan menyuruh membuat perubahan. Sebaliknya orang lelaki biasanya, hanya akan memberi teguran apabila pasangannya agak keterlaluan. Umpamanya, apabila si suami melihat isterinya memakai pakaian yang terlalu ketat, maka dia akan menegurnya.
- Orang lelaki juga sering memberi tumpuan kepada aspek fizikal atau kebendaan manakala perempuan lebih menumpukan kepada aspek perasaan dan kemanusiaan. Lantas orang perempuan lebih mudah merajuk dan tersinggung dan lebih mudah bersimpati dan sedia berkorban.
- Bagi orang perempuan, mengalah itu tanda sayang dan pengorbanan manakala bagi lelaki, mengalah itu tanda lemah dan tiada prinsip kukuh. Jadi elakkanlah daripada merendah-rendah atau mencabar suami.
- Gerak hati orang perempuan adalah lebih tajam daripada orang lelaki. Jadi para suami mesti ingat, jangan cuba membohongi isteri!
- Orang perempuan, apabila risau atau mengalami ketegangan, akan menceritakan masalahnya kepada orang lain. Berbeza dengan orang lelaki, mereka lebih kerap mendiamkan diri apabila bermasalah.
- Seseorang lelaki tidak perlu khuatir tentang kesetiaan isterinya. Sebab orang perempuan, apabila menyayangi seorang lelaki, akan menutup hati dan pemikirannya terhadap lelaki lain. Orang lelaki pula lebih fleksibel.
- Orang perempuan mudah jadi marah, cemburu dan merajuk apabila imej dirinya menurun. Orang lelaki akan menjauhkan diri apabila imej dirinya tergugat.
- Satu lagi perbezaan ialah dari segi emosi. Emosi lelaki ibarat getah, manakala emosi perempuan ibarat ombak. Lantas orang lelaki jika marah atau merajuk biasanya tidak lama sekitar dua atau tiga jam saja. Marah atau merajuk perempuan, agak lama ada kalanya berhari-hari, malah berminggu-minggu.
Posted by Fathiah at 7:57 PM 3 comments