CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, April 25, 2007

....Episod 29.... - Cinta ini untuk siapa ? -

Bismillahis samii'il 'aliim


Alf syukran pada ukht 'adilah kerana mengingatkan... cinta kita sebenarnya untuk siapa??hmm manusia , sentiasa leka.. alpa .. terlupa ... watak dan peranan yang kita perlu pikul atas bumi Allah ni.. lupa dengan 'Dia' yang tak pernah berhenti mencintai kita ... dan lupa untuk kembalikan cinta kita sewajar yang mungkin pada ' Dia ' ...

‘ Ya Allah. dimana lagikah dapat ku temui cinta sejati
..kecuali pada cintaMu..
ke mana lagikah hati ini harus berlabuh..
kecuali pada kasihMu..
Jadikanlah hati yg lemah ini yaAllah..
tertambat kukuh hanya padaMU..
Aku mohon redha atas segenap keputusanMu
kesejukan setelah matiku..
kenikmatan memandang wajahMu..
dan kerinduan untuk berjumpa denganMu..
Ampunilah diri ini yang tidak beharga Ya Allah ..
Penuhilah kehinaannya dengan keindahan maghfirahMu’

Insya Allah... setiap apa yang ana cintai kat dunia .... hanya satu sandaran untuk melabuhkan cinta hakiki dan abadi ... semata-mata untuk Allah... kini dan selamanya....

"Cinta bukan kerana keindahan yang tampak di mata..
Tetapi kerana yang menyatukan hati dan jiwa…"

"kala cinta bertanya pada cinta..imanlah jawabnya.."

Monday, April 23, 2007

....Episod 28.... - Cintakah ini ? -



Bismillahil waduudur rahiim .....


Cintakah ini?? bila fikiranku hanya untuknya ...... bila lafazku hanya menyebut namanya ...... bila kekagumanku hanya tertumpu padanya ............ bila setiap kalimah yang dituturkannya menjadi halwa telinga ......


Cintakah ini ?? diwaktu ramai menafikannya , aku berdiri mempertahankannya ....... diwaktu ramai merasa dirinya menjengkelkan , aku merasa dia amat menyenangkan ...


Cintakah ini?? Cintakah yang aku rasakan kini ... atau hanya satu kekaguman semata ... entahlah , aku pun tak tau .. aku sendiri tak mengerti ... Ya ! mungkin aku hanya kagum , kagum dengan kebolehannya , kagum dengan kewibawaannya , kagum dengan kehebatannya bermain dengan kata , kagum dengan ketegasannya mempertahankan pendiriannya ...


Tapi... kalau ia hanya satu kekaguman , kenapa setiap detik hanya die yang ada dalam fikiran ... ramai lagi mereka yang ku kagumi .. tapi tak pernah kekaguman itu menjadi satu igauan ..... atau mungkin , dalam diam kekagumanku padanya telah menjadi benih untuk tumbuhnya bunga-bunga cinta dalam hati.... atau...?? entahlah , aku pun tak tahu ...

Tapi... mungkin benar iya hanya kekaguman semata-mata , kagum dengan fasihnya lidah menutur kalimah-kalimah arab .. yang meluncur deras dari lisannya seolah - olah tiada siapa dapat menandinginya .. tapi , kalau pun iya hany satu kekaguman mengapa sehingga kalamnya yang menyerang bak halilintar dapat menjadi dodoi tidurku ... ? aduh , sekali lagi .. aku tak pasti ..

Betapa sukarnya menyusun bicara ... meluahkan rasa.. menuturkan sayang .. kasih yang terlimpah , hanyalah sekedar tingkah ... cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan, kalimah rahsia....

Masih ku biarkan waktu, melarikan lafaz ... kasih ku padamu ...

Thursday, April 12, 2007

.... A hadeeth a day keeps the Iman awake....

Narrated Abu Huraira (R.A):Allah' s Messenger pbuh said,"Not to wish to be the like of except two men: A man whom Allah has taught the Qur'an and he recites it during the hours of the night and during the hours of the day, and his neighbour listens to him and says,"i wish i had been given what has been given to so and so, so that i might do what he does; and a man whom Allah has given wealth and he spends it on what is just and right,whereupon another man may say,"I wish I had been given what so and so has been given for then I would do what he does."

Wednesday, April 11, 2007

....Episod 27....- Kerana cinta , aku diuji lagi -

Mereka yang pertama...
Dan yang teristimewa.........

Mereka yang di atas amat bermakna bagiku , aku sangka mereka yang terakhir yang akan aku bantu untuk mengasah maharah berbahas, rupanya mereka yang pertama... dan yang teristimewa ...

Nadiah , Hafizah , Fathin , Athifah , Syafiq , Rifdi , Rahman dan Adi Rushaidi . Sebulan cukup untuk mengikat ukhuwwah kami. Masya Allah , melihat mereka berada di atas pentas, melaung dan mempertahankan hujjah membuatkan aku rasa bangga , terharu sangat .. walaupun kemenangan tak berpihak pada kita , padaku Mereka juara dan akan sentiasa menjadi juara. SEMANGAT dan KEBERANIAN mereka untuk naik ke atas pentas dan berbicara irtijali harus dan mesti dicontohi generasi pelapis yang akan datang......

Munazarah rabi' thanawi akan bermula tak lama lagi... harapanku untuk adik2 yang baru berjinak-jinak dengan munazarah arabiah masih lagi sama dengan harapanku pada mereka yang lalu , mudah2 an Allah tiupkan ruh cinta , cintakan lughah arabiah dalam hati mereka..... Kesabaranku diuji sekali lagi , kekuatan jasmaniku seperti ditarik2 oleh sekolah ... akan tetapi , semangat perjuanganku tetap ku biarkan mara , tak akan pernah padam.. demi cinta ku pada bahasa yang mulia ini... biar aku berkorban segala-galanya....

Ilahi rabbi... terangkanlah hati mereka supaya mudah mengeluarkan idea , fasihkanlah lidah mereka untuk menutur bahasa indah ini , kentalkanlah jiwa mereka untuk kuat menerima dan membentangkan hujjah mereka , tajamkanlah fikiran mereka .. biar hujjah pihak lawan dapat dipatahkan... Allahumma aameen ...

Ikhlaskan niat.. sesungguhnya hidup ini indah... jika segalanya untuk Allah

Wednesday, April 4, 2007

....Episod 26.... - Ayat-ayat Cinta -


Bismillahil ghafuurur rahiim


Alhamdulillah .. selesai sudah perjuanganku membaca buku ayat-ayat cinta. Sebuah novel 'best seller' dan kian popular sekarang ini . Dan kini , aku sedang dalam perjalanan mengkhatamkan pembacaan untuk kali yang kedua ...Novel ini bukan hanya sebuah novel , sekadar wadah untuk berkhayal ... tetapi ianya merupakan kitab ilmu , pemangkin semangat thalibul 'ilm untuk mencari cinta hakiki lagi abadi ...

LESSON 1 :

" cuacanya buruk. Sangat panas. Bukankah sebaiknya istirehat saja ? Jarak yang akan kau tempuh itu bukan dekat, Fikirkan juga kesihatanmu, Akh " ujar Syeikh Ahmad Taqiyuddin.

"Semestinya memang begitu syeikh. Tapi saya harus komitmen dengan jadual . Jadual adalah janji. Janji pada diri sendiri dan janji pada syeikh Utsman untuk datang."- Fahri

"Masya Allah, semoga Allah menyertai langkahmu." -Syeikh

"Amin" -Fahri


LESSON 2 :

Kata Fahri : ........" Inilah keharmonian hidup sebagai umat manusia yang beradab di muka bumi ini . Sudahlah, kau jangan memikirkan hal yang terlalu jauh . Tugas kita di sini adalah belajar . Kita belajar sebaik-baiknya . Diantaranya adalah belajar bertetangga yang baik. Kerana kita telah diberi, ya nanti kita balas dengan memberi sesuatu pada mereka . ' Wa idza huyyiytum bi tahiyyatin fa hayyu bi ahsana minha ' . ( Dan jika kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan , maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya ) - Surah an-nisa' : 86

Monday, April 2, 2007

....Episod 25....- Maulidurrasul @ Batam -


Date : 1 April 07 @ 12 Rabiulawwal 1428
Venue : Kampung Sekupang - Batam
Time : 7.00 a.m - 7.00 p.m

Seminggu yang lalu aku menerima panggilan telefon dari sekolah . Pemanggilnya...? hmm, siapa lagi kalau bukan mudir . Beliau memulakan kalam nye dgn bahasa arab . Terkedu aku seketika...hee , dah lama tak dengr mudir bebual bahasa arab . Antara isi perbualannya adalah mudir meminta aku untuk memberikan syarahan (sumbangan) dalam bahasa arab di batam. katanya ada sambutan maulidurrasul di sana.dan kita dijemput untuk membuat beberapa persembahan.Tanpa memikir panjang aku pun menerima pelawaan mudir. Nak tolak tak sampai hati , sebab mudir macam mengharap lagipun bukan selalu pun mudir mintak tolong... yelah semenjak dah tk skola ni... kita semua cannot be reached easily .. :) , semua step sibuk, tak sibuk pun ckp sebok ,cet .

1 April merupakan detik bermulanya 'kembara' kami ke batam hehe... Alhamdulillah, text syarahan ku siap tepat pada waktu @ 31 march 10.30 mlm . ( kira ada jugaklah tyme nk hafal ). Jam 7 pagi, aku , raihanah , amirah, farahin ,khadijah ,Atiqah dan tr. zaiton bertemu di Mrt Harbourfront . dalam jam 7.30 semuanya siap berkumpul di pelabuhan .. ( cey, step belayar pi mana jek ) . Sepanjang perjalanan, aku tk dpt menahan debaran ketakutan .. tak dapat nk dibayangkan bagaimana keadaan ku nanti bila syarahan...

Naik ferry turun ferry naik van turun van akhirnya sampai juga kita ke tempat berkenaan.Acara dimulakan dengan bacaan al-qur'an syarahan dan nasyid dari beberapa kumpulan termasuk fityatal haq... b'cakap tntg fityatal haq hehe ... ada pelajar2 perempuan kat situ kasi 'surat' kat vocalist kump ni.. guess apa yg ada dalam surat tu??... :) diorg request lagu isteri solehah by soffwan.. so cute .. tp kesian sal tyme tu tkde sessi request lagu ;) . lepas tu ust haji fathurrahmaan beri ceramah skit.. then kata2 'panitia'?? by a few ppl... then ............................................ tiba2 pengerusi majlis memanggil satu nama yang familiar sangat.. " dipersilakan ustazah nur fathiah " bila dia sebut jek kata2 ni bederau darah aku dibuatnya , bingit malu stress dsbg . Rasa mcm nak nangis pun ada . Dak2 lelaki cm biase lah dah start kacau2 cet . aku pun buat lah apa yg terdya ..

Tiada ku sangka , di hadapan beberapa bapak2 yang ada di situ mudir tanya aku dari jauh " ustazah fathiah akalti?? " Adus.. sekali lagi malu menerpa .. .. dan tidak ku sangka gelaran itu kekal hingga tapak kakiku singgah di tanah Singapura ! Ya rab.. bg sesiapa yg pi batam harituh , arjuu minkum , jgn panggil ana ustazah .. k :) ! bila acara2 selesai , tibalah masa2 yg ditunggu oleh kita semua khususan yg wanita lah... hehe , nk shopping..

I started my shopping spree ngan tr zaiton .. Shopping mcm dah takde hari esok . Actually malu sesangat sal cuma tr zaiton n me jek, barang2 yg kita beli masya Allah, dah macam takde tangan lagik nak bawak , i bought a bear , a very cute bear .. pink kolor , tr beli blue color... cute tau kitorg, sume benda beli sesama... hehe.. tak sangka bley jd kamcheng habes nye ngan tr sampai ke shopping pun beli brg sama.. dan tak sangka yg i cannot understand a few questions drpd org2 indonesia... serious , soalan die mudah banget tp entahlah blur sotong peh depan dorang. And i have prob using rupiahs to shop .. tak faham seh .. aiyyooo ..

'Ala kulli haal... overall lawatan or i should say jemputan ke batam tu khair kulluh . i enjoy every second of it .. enjoy the tyme i had with my juniors and teacher zaiton , not forgetting cik mar :0) . Bila dapat peluang tengok ma'had yang dibina kat kampung tu, rasa sedih , insaf sangat ... kalau nak dibandingkan dengan madrasah kita yang jauh lebih baik dari tempat tu... and yet , kita masih tak berhenti nak complaint itu dan ini.. Allahu kareem ...

Wallahu'alam