Bismillahil ghafuurur rahiim
7 Feb
" fakya...fakya... bangun dah kol 1 ni .. " kedengaran suara huri cuba membangunkan aku . Pening sangat kepala ni , tapi takpelah , dapat tidur satu jam pun cukup . Pukul 2 petang dengan rasminya kelas kami dengan ust jabal akan bermula . Walaupun penat , sebab semalaman tak dapat tidur kerana cuba menghabiskan kerja2 rehlah , tapi rasa cergas lah juga nak pergi kelas . Nervous ada , excited pun ada . Jam 1.40 tepat aku sedaya upaya cuba mempercepatkan langkah supaya tidak lewat sampai ke kelas..
Kelas pertama berlalu agak pantas . Tak sadar tiba-tiba dah pun pukul 4 petang. Muqaddimahnya , ust terangkan pada kami hadith Rasulullah tentang kejadian yang berlaku sebelum turunnya ayat Al-Qur'an yang pertama tentang mirath . Yang paling best kelas pertama ni , ust suruh kami buat kira2 fraction yang dah bertahun kami tinggalkan . heheheh . Mula2 tu rasa resah gelisah lah jugak . Tapi bila dah mula kira , rasa macam ok jek .. Sepanjang penerangan ust tentang mirath , otak aku pening sangat2 . Mungkin pening cuba mengumpul maklumat , atau pening cuba nak mengingat maklumat2 dahulu atau entahlah ... Yang penting... Kelas pertama ala2 kelas maths pun ada. Maklum2 sajalah , dah lama tak nampak nombor ... tetiba fraction sana sini memang boleh juling mata dibuatnya ..
8 Feb
Sekali lagi , aku terpaksa menaik taxi untuk ke hayyul asyir kerana sakit . Tak mampu rasanya nak naik tremco , jangan kan kata henjutan kerusi tremco , nak tunggu tremco pun dah cukup nak tambahkan sakit ni . Sungguh tak sanggup. Hari ni , aku dan seorang lagi ahli beit jek pergi berdua . Ada benda best jadi hari ni .. hehe , kitorang datang cepat jadi dpat lah duduk depan . Dah lama ok tak dapat rasa duk depan guru . Time kat skola dulu tu memang permanent resident la kan duk depan tapi sekarang ni semenjak klass syeikh fathi dah tak dibuka untuk perempuan takdelah lagi kelas yang boleh duk depan . Rata-rata kelas2 lain semua depan lelaki yang duk . Haiz , untung kan ust2 ni . Rugi kalau tak rebut peluang macam ni .
Hari kedua ni , selain dapat duduk depan , ust jabal banyak kasi kata2 semangat . " Belaar ilmu mirath ini kalau bisa ana ingin antunna mengajarkannya pada masyarakat paling tidak pada keluarga . Belajar ilmu ini ndak perlu pada IQ yang tinggi , yang penting mahu . Mahu belajar dan mahu mengajarkan demi manfaatnya . Kalau belajar sekadar untuk imtihan , lulus lepas itu lupa .. naah ndak mau yang mcm itu " . Lebih kurang mcm tu laa seingat aku apa yang ust kata. Banyak lah lagi pesan ust yg tak terakam dek otak yang agak penuh ketika itu dengan rukun2 asbab2 dan kiraan mirath . Sepanjang kelas tu ust uji kehebatan ingatan visual kitorang. Fuh , dah lama tak buat macam tu . ingat kotak , ingat warna . Dulu2 selalu buat time nak hafal Al-Quran sekarang dah jarang dah . Aha, sebelum balik ust ingatkan lagi buat kali kedua , jangan lupa buat buku hutang . Sebab hutang ni kita bawa mati and hutang tu boleh jadi penghalang tenangnya kita nanti bila dah mati kerana ada urusan dengan manusia yang belum selesai . Sooo ... meh lah kita buat buku hutang ye ;)
9 Feb
Aku ada kat rumah sekarang ni .Sibuk menaip kejadian2 semalam yang aku teringat . Ahli beit yang lain semua ke kelas mirath kecuali aku . Kalau semalam bunga2 sakit tu dah rasa , sekarang ni dah sah tak boleh nak berjalan ... Jadi terpaksalah aku minta ditukarkan kelas hari ini ke hari yang lain . haiz... Di saat aku tengah pening runsing bingung bosan dan.... kerana sakit datang tanpa diminta , tiba2 menjengah tanpa diundang .. terdengar lagu muhasabah cinta by edcoustic ... Sangat menusuk ke kalbu . terasa habis ...
_________________________________________________
Kadang-kadang kita lupa apa hadaf kita datang sini ... Terkadang kita lupa cinta yang pernah kita ada dulu ... Terkadang kita lupa siapa yang gerakkan hati kita ... dan Selalu kita terlupa ... selama kesihatan kita masih ada kita tak pernah terfikir bila2 masa sakit akan bertandang dan kita lupa untuk mensyukuri nikmat sihat itu ....
Ilahi... Irham dha'fi :'(
Sunday, February 8, 2009
....Episod 131.... - Merindukan seorang Murabbi (2) - Kelas mawarith
Posted by Fathiah at 1:03 AM
Labels: Merindukan seorang murabbi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment