Sampai bila..?
Sampai bila akan kau biarkan hatimu duduk membatu …
Sampai bila kau inginkan fikiranmu kusut berserabut …
Sampai bila kau sanggup memperdaya jiwa kosongmu ..
Sampai bila hawa nafsumu akan kau jadikan panduan hidup …
Sampai bila ..setiap detik denyut nadimu …
Kau biarkan syaitan berbisik …
Membuat perancangan untuk hari esokmu..
“ kita kan tolibul ilm .. kena jaga cara kita … hati kita … ilmu kita tu tak ada maknanya , kalau kita tak dapat nak amalkan “ . Tolibul ilm , satu gelaran yang sudah biasa kedengaran di telinga ini . Sebagai tolibul ilm aku perlu lakukan itu dan ini . Sebagai Tolibul ilm aku perlu tinggalkan itu dan ini . Sebagai Tolibul ilm , aku perlu ada pendirian seteguh tiang seri , kerna aku adalah pewaris nabi ( Allahumma Aameen ) . Kepada sesiapa yang selama ini ikhlas menegur setiap kekalutan dan kekhilafan tolibul ilm , Jazakumullahu khairul jaza ‘ . Antum Ahsanun naas . Amar ma’ruf memang mudah nak difi’ilkan .. tapi nahi mungkar susahnya memerlukan pengorbanan . Pengorbanan persahabatan , pengorbanan ukhuwwah , pengorbanan jiwa dan raga , pengorbanan ego dan rasa bangga .
Hidup sebagai tolibul ilm hari ini adalah fatrah hidup paling bermakna dan manis bagi setiap individu yang merasa dirinya penuntut ilmu Allah di atas muka bumi ini . Kerana hari ini , kita dapat menikmati setiap detik sebagai ‘orang yang meminta ‘ . Hari ini , kita semua adalah sama. Kita semua adalah Tolibul ilm . Kesilapan hari ini sebagai seorang penuntut ‘dihisab ‘ sesuai dengan martabat kita sebagai penuntut . Hari ini , diskusi , majlis liqa’ , masa-masa intim bersama kitab , suhbatul masyayikh , mesyuarat- mesyuarat yang penuh dengan agenda menjulang agama dan ilmu sebagai pelita hidup umat manusia mengisi ruang-ruang kosong masa yang kita ada .
Hari esok , dengan ilmu yang kita ada .. kita akan menjadi sebahagian dari golongan agamawan . Mereka yang memimpin . Masa depan masyarakat dan ummat seolah-olah tergalas atas bahu mereka . Bahu kita satu masa nanti . Hari ini , kita masih dalam kegelapan . Masih kabur dengan peranan yang perlu kita pikul . Belum jelas lagi impak yang akan kita berikan kepada masyarakat. Rosaknya masyarakat , adalah kerana rosaknya ulama’ waktu itu . Hari esok , kalau masyarakat kita masih dalam kekaburan … sebenarnya … agamawan lah yang kabur . Bukan mereka .
Memikirkan hakikat satu hari nanti , mahu atau tidak , kita semua … ,Tolibul ilm .. akan duduk semeja dengan agamawan kerana kita sebahagian dari mereka, mengundang rasa takut pada diri . Terlalu banyak kesilapan agamawan yang mengundang padah pada masyarakat . Ulama’ suu’ hanya akan menzalimi masyarakat . Mereka tidak akan sedikit pun mengislahkan jiwa-jiwa orang awam yang memerlukan pengisian.
Tetapi , Tolibul ilm hari ini , masih lagi berpijak di atas putaran waktu hari ini .
Tolonglah . Masa tak pernah kuasa menunggu kita . Kita sepatutnya termengah kerana cuba mengisi masa yang ada dengan majlis ilmu bukan termengah dengan ahwal yang melalaikan kita dari ilmu. Tolonglah , hati itu tempat kita sibuk memikirkan Allah , mati dan hari kebangkitan .
Hormatilah ia kerana ia perlu bersih dan suci . Jangan kotorkan dengan buruk sangka , ego , bangga diri dan fitnah hati yang dapat meruntuhkan aqidah .Tolonglah , jaga lah tata tertib anggota badan kita. Jagalah mata kita dari zina , Jagalah telinga kita dari zina , Jagalah mulut kita dari fitnah , jagalah kehormatan kita dari ikhtilat , Kerana ini semua akan membawa kita kepada tercemarnya maruah dengan zina .
‘ Walaa taqrabuz zina ‘…..
Baca , faham dan tadabbur . Ramai yang berhenti pada tadabbur , apabila membaca ayat-ayat cinta dari Allah . Ramai yang lupa , selepas tadabbur , proses yang paling penting menanti . Ramai yang lupa matlamat terakhir masih belum dilaksanakan . Iaitu Amal. Tak guna bacaan kita kalau kita tak faham . Tak bermakna fahaman kita kalau kita tak tadabbur . Tak berharga masa kita tadabbur dan munaqashah kan ayat-ayat Allah kalau kita tak Amalkan . Ramai yang lupa , amalan adalah penentu hidup kita .
“ Belajar tinggi-tinggi tapi tak guna . Belajar syariah , usul , tapi takde beza. Perangai sama jek . Belajar semua habis kat atas meja exam jek . Tak masuk dalam hati . Belajar semua yang penting pass . Tak nampak pun hasil ilmu tu? Mana pergi ilmu-ilmu tu semua ? tak hormat langsung kat ilmu . Biadap tu namanya . “ . Apa perasaan kita ya tolibul ilm , kalau kata-kata ini dilemparkan ke muka kita . Apakah kita akan marah pada orang yang berkata ? Kalau nak marah nak kata apa ya?..... bersambung ....
_______________________________________________________
Aku pernah terjatuh , puas aku toleh ke kiri kanan belakang dan depan , tiada teman2 tiada keluarga , tiada guru2 … aku menangis mencari siapa yang akan membantu , rupanya Allah sentiasa ada di sisi dan aku bangkit semula, kerana doa teman2 keluarga dan guru sebenarnya mengiringiku J Husnuzzon lah dengan si pencipta … kerana dia lebih mengenali diri kita dari diri kita sendiri.