' Mereka ' selalu kata " lain orang lain caranya , lain tempat lain adatnya ". Menyambut ramadhan dan syawal berbeza dari satu negara dan bangsa ke negara dan bangsa yang lain . Begitu juga dengan Singapura .Kalau di negara2 Islam tentu sekali sambutannya akan lebih dekat dengan sambutan yang diajarkan oleh Islam . Tetapi di sini , masyarakat melayu islam yang hanya membentuk golongan minoriti tentu sekali menghadapi beberapa cabaran persekitaran yang memerlukan mereka untuk menyesuaikannya mengikut pada keadaan yang sedia ada .
Tidak adil untuk saya menilai masyarakat kita hanya kerana adanya sebilangan kecil diantara mereka yang saya lihat mencemarkan sambutan perayaan Islam yang kita nantikan kehadirannya . Malah diantara sebilangan kecil yang hadir itu , mungkin ramai diantara mereka yang sedar apa yang terjadi tidak seharusnya terjadi. Keadaan sekeliling seolah - olah memberikan satu syarat dimana mereka harus melakukan itu dan ini untuk kebaikan dan kemaslahatan semua pihak .
Ya , saya tak dapat nak menafikan betapa pentingnya sambutan sebegitu diadakan untuk berkongsi perasaan gembira bersama mereka yang tidak seagama supaya mereka lebih faham serba sedikit perayaan yang disambut oleh masyarakat melayu islam singapura , cuma saja saya takut lama kelamaan ianya menjadi satu budaya sehingga satu hari nanti generasi muda kita yang lain akan lupa ramadhan dan syawal itu sepatutnya diraikan dengan apa ? hiburan semata-mata atau dengan amal kebaikan . Takut satu hari nanti generasi muda kita hanya akan dikenali sebagai islam hanya pada nama dan bukan diri mereka ( walaupun hakikatnya wabak ini telah lama bermula ). Itukah yang kita mahukan..? Itukah yang kita inginkan .. ? Generasi muda yang kita harapkan menjadi tunjang kekuatan ummah akhirnya tenggelam dibawa arus hiburan dan dunia... Islamnya ke mana melayunya hilang begitu saja .
Ramadhan Impian... Hanya ramadhan dan syawal yang dapat kita harapkan kini , untuk mulakan misi mengenal Islam pada muda - mudi kita hari ini . Kalau ramadhan dan syawal sendiri , sambutannya dah dicemari.. nak harapkan apa lagi..~ ? Mudah2an segala usaha2 masjid2 dan institusi2 Islam untuk mendidik belia2 kita tentang hebatnya kehadiran dua bulan Islam ini diteruskan demi membina sebuah ummah yang berkualiti .Allah ma'akum wa ma'ana Jami'an . Wallahu'alam
Ya Rasulallah .. khuz biaidiinaa
Sunday, September 7, 2008
...... Sambungan ......
Posted by Fathiah at 6:55 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
semoga Ramdhaan impian ini menjadi menjadi kenyataan,inshaAllah. =)
Allahumma Aameen .
Post a Comment