CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, March 22, 2008

....Episod 78 .... - Salam Maulidurrasul -

يا رسول الله أنت حي فى قلوبنا


بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صلى على سيدنا محمد و على آله و أصحابه أجمعين



Pertemuan bersama ust Hamzah pada malam maulidurrasul seolah-olah menjadi satu muqaddimah menyambut maulid pada keesokan harinya . Malam tu terkejut lah jugak , entah macammana boleh tertimbul persoalan ni. Tapi takpe jek , bagus jugak .. sekurang2 nya dapat dengar pendapat ust tentang benda lain .. selalunya ust cuma ajar subjek lughah jek. Daripada apa yang kita kongsi bersama , baru ana sedar yang pengetahuan ana tentang Rasulullah tu sikit sgt . Thx ye ust , tak sabar nak balik sg n jumpa ust lagi :)


Program Maulid di Markaz esok harinya lagi lah seronok. Pertama kali ana rasa maulid yang sebenar-benarnya... Ceramah dari syeikh suhaib webb tentang shakhshiah Rasulullah , sketsa tentang semangat jihad seorang muallaf demi Allah dan Rasulnya dan macam2 lagi . Teringat pulak zaman-zaman sekolah .. Maulid yang ditemani nasi briyani ... hehe . Rindu plak nasi briyani . Rindu jugak dengan persembahan2 dari kumpulan2 nasyid .. entah dari mana ana pun tak tau , yang penting persembahan tu mesti ada! ...

Yang paling penting ana nak sampaikan kat sini adalah , Sambutan Maulid kat Mesir ni best sangat ... best sangat-sangat ... kata2 dr ust hamzah n program2 di markaz mcm satu tamparan untuk ana... dah lama ana tak tadabbur kembali perjuangan Rasulullah ... rasa kecewa sangat... kecewa dengan diri sendiri .. kenapa bila maulid dtg baru nak terfikir? cahaya Islam yang Rasul tinggalkan 1400 tahun yang lalu seolah-olah malap dalam diri ana .. dan sekarang baru ana nak nyalakan ia semula..

Sepanjang pertemuan dengan ust dan program maulid , ana rasa hiba sangat-sangat .. rasa malu dengan diri sendiri .... ana terpaksa tahan tangisan ana... kenapa ? mesti mereka yang kenal ana akan heran .. macammana ana boleh tak nangis, padahal ana antara yang senang menangis... jawapannya .. kerana .. ana rasa tangisan bukan satu penyeleaian ... tangisan bukan cara menebus ketidak adilan yang dah ana lakukan pada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam.. ana lupa nak hidupkan akhlak beliau dalam diri ana ... ana leka dengan kelalaian ana dengan hidup ana ... ana biarkan setiap majlis ilmu berlalu pergi , tanpa teringat untuk hadirkan beliau dalam kalam dan fikiran ana... Madad Ya Rasulallah ..

Ilahi .. sampaikan salamku kepada kekasihmu :')

يا رسول الله خذ بيدي

Friday, March 21, 2008

.... Episod 77 .... - jadi ke tak ni? -

haiz... sekarang ni saya tgh boring sesangat ... kerja saya dari tadi petang hanyalah menanti dan menanti ... semalam punyalah excited bila saya dapat panggilan daripada seseorang yang memang saya tunggu kedatangannya ke bumi mesir ni ! tup tup tup , lusa dah nak balik singapura baru call saya! hmmph .. ok lah saya faham, memang dia datang sini bukan semata2 untuk jumpa saya . tapi ... janjinya petang ni nak jumpa saya . ikutkan jadual , hari ni saya full sgt , tapi saya cancel semuanya sebab nak jumpa dengan dia. dari lepas asar sampai lah dah nak isya' ni sekarang.. saya belum dapat lagi panggilan dari dia... harap2 sebelum dia balik singapura dapatlah saya jumpa dia... rindu sangat2 ... sebab dia ni , watak penting dalam hidup saya sebagai pelajar kuliah lughah :) penat tol saya tunggu ... jadi ke tak ye? harap2 jadilah jumpa hari ni.. - Happy sangat!

Wednesday, March 19, 2008

.... Episod 76 .... - Manisnya cinta itu -

أقسم بالله العظيم أقسم بالله العظيم أقسم بالله العظيم
إني أحبكم فى الله

Bismillahil waduudul ghafuur ...

Kata - kata diatas adalah kata-kata terakhir ust fatris dalam pertemuan singkat bersama beliau dan ust saiful adli semalam . Terharu sangat - sangat bila ust cakap macam tu . ' bila ana balik sini ana teringat kat markaz , kat antum semua , ana rasa macam kita ni semua satu keluarga ' . Haiz, macam nak ternangis jek bila dengar kata2 tu . Yang penting , perjumpaan semalam tu best sangat , ditambah dengan kata-kata ust saiful adli tentang harapan mak ayah dan guru-guru kat singapore... ya Rab! rasa haru sangat . Tak sabar nak balik sg .... nak jumpa family semula... nak jumpa asatizah ... nak jumpa mudir... nak jumpa teman-teman... dan nak jumpa adik2 semua :)

Sunday, March 16, 2008

....Episod 75.... - Kataku kata mereka -

Bismillahil waliyyur rahiim


Kata ku ...
biarkan aku sendiri ...
entah bila marah ini akan padam...
entah bila sedih ini akan hilang..
entah bila geram ini akan kelam ...
entah bila kecewa ini akan terbenam..

Kata mereka..
aku perlu kuat...
aku perlu lawan...
aku perlu hadapi segalanya..
untuk kuatkan kembali..
semangat yang hampir pitam ...

kenapa ini perlu terjadi...
kenapa ini yang aku terima..
kata mereka..
aku masih beruntung..
kataku ...
aku yang paling malang...
ya , aku tau aku perlu berani..
aku perlu kuatkan hati...
walau tak dapat ku tahan tangisan ..
walau terpaksa pucat menahan perasaan..
aku akan cuba usahakan..

kataku lagi...
harapkan pagar pagar makan padi..
ikutkan hati ... memang aku mati..
ikutkan iman di dada..
hanya Allah jadi pembela.. :'(


~Ilahi.. Jangan tinggalkan aku ~

Thursday, March 6, 2008

.... Ya Rasulallah ....

Monday, March 3, 2008

....Episod 74.... - Alhamdulillah -

بسم الله الودود الغفور

Alhamdulillah..
selepas 3 minggu tak contact singapore..
akhirnya.. semalam rindu ini terubat juga..
dah dapat contact sekejap .. tak sampai 5 min ..
internet connection tak mengizinkan..

Alhamdulillah...
Selepas hampir seminggu tak ke kuliah...
kerana sakit yang tak sudah...
akhirnya.. Allah berikan kesihatan
dan tadi aku dah mula ke kuliah ...

Alhamdulillah..
selepas penat meluah rasa kat blog ni..
dan penat bingit sana sini ...
rasanya.. semuanya dah ok kot...
thx kak shefa n kak farhana :)

Alhamdulillah..
Allah selamatkan aku tadi ...
dari satu kemalangan...
yang hampir tak dapat dielakkan..
aku hanya setapak dari dilanggar kereta..
Alhamdulillah... Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Aku masih bernafas... atas bumi barakah ini.. :)