Dirimu pembakar semangat perwira
Wednesday, March 28, 2007
.... Ainul Mardhiyah ....
Dirimu pembakar semangat perwira
Posted by Fathiah at 9:09 AM 0 comments
Tuesday, March 27, 2007
....Episod 24....- Kerana Cinta Aku Berkorban -
Bismillahirrahmaanirrahiim
Persoalan penting yang perlu aku hadapi adalah...... Sanggupkah aku meniti laluan ini?? berjalan di atas lantai ujian yang berduri , ditemani semangat juang seorang diri, menuruni tangga2 berliku , mendaki gunung azam , menyelam di lautan keringat ... demi meraih sebuah mutiara , yang nilainya tiada tara... bernama ilmu... Sanggupkah aku berkorban tenaga , berkorban cinta yang telah ada , meninggalkan orang2 yang tercinta , melihat mereka menitiskan airmata , mendengar kata2 harapan dan doa mereka , Sanggupkah aku berkorban cinta demi cinta?? Sanggupkah aku gagahkan diri ... berpijak di atas bumi dengan kaki sendiri ....... tanpa ada tangan2 yang memimpin, tanpa ada suara2 yang memberi arahan , tanpa ada teguran2 yang menginsafkan dari mereka yang ku cinta..........
Ya Rasulallah Khuz Biaiidinaa ( Sambutlah kedatanganku wahai Bumi Kinanah )
Posted by Fathiah at 10:17 AM 0 comments
Thursday, March 22, 2007
....Aku Rela....
telah ku benarkan nama dan diri menjadi sasaran
kerana cinta, aku berkorban
telah ku rela tohmahan bermahajalela
kerana cinta, aku terpaksa
kerana cinta jua aku berbicara
dengan nada insan terluka
meluah rasa, meluah fakta, mencedera jiwa
semuanya kerana cinta…
biarku tanggung rasa derita..
asalkan agama, selamat akhirnya..
yang membantah, hanya berfalsafah..
kerana bimbang suapan harian
dengan menjual nama tuhan..
lalu kebenaran disingkirkan,
demi hidangan belian pendustaan
namun aku yang sengsara zahirnya
redha telah pun penuhi jiwa
dalam keletihan ini.. aku bahagia
kerna..
pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga
Posted by Fathiah at 2:08 PM 0 comments
Labels: Dr MAZA 2007, perlis
....Episod 22....- Kalimatul Hubb -
,
Posted by Fathiah at 7:56 AM 0 comments
Labels: 'laa tahzann'
Monday, March 19, 2007
....A hadeeth a day keeps the Imaan awake....
Posted by Fathiah at 8:07 AM 0 comments
Labels: Hadith #431), Shahih al-bukhari (Book #54
Thursday, March 15, 2007
.... Inna Hayaati wa Mamaati lillahi rabbil 'adzim....
Posted by Fathiah at 7:13 PM 0 comments
Tuesday, March 13, 2007
....Episod 22....- Renungan buat Adam -
Telah ditakdirkan, kerana lembut wanita
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Lelaki yang mengaku kuat, celik mata sarapan sudah terhidang
Dalam diam wanita dianggap lemah, terus berlumba dengan masa
Makanan dihidang selepas solat
Lelaki terpelajar celik hati, ingin menghapuskan diskriminasi
Hukum agama telah terpapar
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Dalam diamWanita yang sering dianggap lemah
Wahai Adam dan Hawa
Renungkanlah ...
Posted by Fathiah at 12:46 PM 0 comments
Labels: www.ukhwah.com -portal muslimah
Tuesday, March 6, 2007
....Episod 21.... - Mencari cinta -
Saat ini aku rasa letih sangat ... tersangatlah letih , terlalu letih sehingga tak dapat lagi ku ungkapkan betapa letihnya aku . Tiba - tiba otakku buntu , fikiranku sering menerawang jauh entah ke mana. Rasaya terlalu banyak yang perlu di fikirkan hinggakan aku tak tau di mana hendak mula?? ...
Laa Yukallifullahu nafsan illa wus'aha . ya ! ayat inilah yang selama ini ku pegang untuk bertahan . Bertahan untuk teruskan perjuangan yang ada. sesibuk mana pun aku , walau perkara yang perlu difikir setinggi gunung , tenaga yang perlu ku perah sebanyak air lautan aku tau aku mampu lakukan kerana 'Dia' tak akan membebani aku dengan sesuatu yang aku tak sanggup dan tak mampu lakukan .
Perjuangan memang menuntut pengorbanan ... dan untuk berkorban perlu pada jiwa yang berani , berani melawan perasaan kehilangan , kerisauan dan keseorangan . Ada kalanya aku rasa aku berjuang seorang diri , tiada siapa di depan , belakang , kiri dan kananku . Waktu itulah aku sedar, betapa sebenarnya 'Dia' selalu bersamaku..
Memang , perjuangan harus menghadapi berbagai rintangan. Perjuangan harus melewati onak duri dan berbagai hambatan yang menghadang . Perjuangan memang harus menempuh berbagai aral melintang . Memang, terkadang dalam suatu kesempatan kita akan jatuh , namun di lain kesempatan kita bisa kembali . Terkadang kita memperoleh keberuntungan , namun di sisi lain kita juga akan menerima kerugian. Maka, di sini saya berwasiat kepada generasi muda untuk tidak terburu-buru dalam semua urusannya . Kerana orang-orang yang selalu terburu-buru cenderung melakukan tindakan yang salah - Aidh Abdullah Al-Qarni
Dan kini, aku dibelenggu perasaan rindu.. Rindu pada teman-teman yang sedang berjuang ,melaungkan kalimah Allah , memegang panji-panji thalibul 'ilm di negeri yang asing , negeri yang baru untuk mereka....
Ya rab .. Terlalu banyak lafaz yang tersimpan dalam jiwa, yang ingin ku luah pada mereka , lafaz kasihku pada mereka ... lafaz suci yang ku kirim dalam doa kudusku .
Mengapa kah sukar menyusun bicara, meluahkan rasa, menuturkan sayang, kasih yang terlimpah, hanyalah sekedar tingkah, cumalah ungkapan disulami rahsia..
Posted by Fathiah at 3:33 PM 0 comments
Monday, March 5, 2007
....Episod 20....- Belaian Ibu -
Di bahumu tergalas beban
Di saat kita berjauhan
kau insan penyayang
Di wajah terlukis tenang
Di saat kita berjauhan
Tiada aku tanpa ibu
Kau insan pengasih
Bersemi belaian kasih sayang
Ingin ku luah rasa di dada,
Posted by Fathiah at 9:47 AM 0 comments
Friday, March 2, 2007
....Episod 19.... - Sesalanku -
Mujahadah! itulah kalimah yang sesuai untuk aku... tapi bukan mudah...bukan senang..~ lidah tak bertulang , mengungkapnya satu kebiasaan tapi melakukannya??? biarlah iman yang ada menentukan... pun begitu , al-iman yaziid wa yanqush, semangat ku kadangkala turun dan naik ... pada hamlatul qur'an yang ada, nasihatilah aku!! nasihatilah aku!! nasihatilah aku!! ...
Radhiitu billahi rabban wa bilislami diinan wa bimuhammadin nabiyyan wa rasuulaan
Ya Rasulallah khuz biaidiina :'(
Posted by Fathiah at 7:40 AM 2 comments