Adam.....
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Wahai Adamku....
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.
Adam...
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.
Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... Terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.
Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam...
Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?
Adam...
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung!Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif iniAdam,
Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam...
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut- pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku... akalku satu nafsuku beribu!
Dari itu Adam.... pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...Maafkan aku sekali lagi Adam... seandainya warkah yang kulayangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.... jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.....
Tetapi... Percayalah!!!.... bukan emas kucari... bukan berlian yg kupinta.... tetapi... hanyalah hati yang tulus ikhlas dirimu Adam...Dengarlahlah... keluhan hatiku buat dirimu.....
ikhlas dari Hawa
Tuesday, February 6, 2007
....Episod 13....- Warkah Buat Adam -
Posted by Fathiah at 7:36 AM 0 comments
Labels: www.fauzynm.tripod.com - nasihat
Sunday, February 4, 2007
....Seorang gadis itu....
Posted by Fathiah at 3:07 PM 0 comments
Labels: www.ukhwah.com -portal muslimah
Friday, February 2, 2007
...::Kenangan Terindah::....
tempat ini akan tinggalkan
seribu kenangan manis buat kita semua
dapat kami bayangkan ..
pulang membawa seribu harapan
Posted by Fathiah at 11:10 PM 0 comments
....Episod 12....-Allah sayangkan kita-
"Betapa sayang nya Allah pada kita sehingga di dalam al-Quran diselitkan dengan motivasi supaya hamba-hambaNya ini tabah dalam menghadapi segala dugaan sebelum menuju ke perhentian abadi...
Kenapa AKU DIUJI?"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
Kenapa AKU TAK DAPAT APA yang AKU IDAM-IDAMKAN?"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."-Surah Al-Baqarah ayat 216
Kenapa UJIAN SEBERAT INI?"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."-Surah Al-Baqarah ayat 286
rasa FRUST?"janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."-Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."-Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"-Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT daripada SEMUA INI?"Sesungguhnya Allah telah membeli dr orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ..-Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."-Surah At-Taubah ayat 129
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!"... ..dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."-Surah Yusuf ayat 12
Posted by Fathiah at 8:49 PM 0 comments
Labels: www.ukhwah.com
Hanya padamu Rabbi

Tuhan..
ku harapkan..
kepadamu.. keampunan..
keredhaan.. kasih sayang
kehidupan.. terpelihara
Hati..yang dahaga
mengharapkan..
sinar cinta..
Nur kasihmu.. yang abadi..
bahagia..
kekal abadi..
Tapi.. engkau pun tahu
onak dan duri.. pada duniamu
engkau ciptakan.. pagar rintangan
harga cintamu..
jiwaku korban..
untuk..
langkah ku ini
tunjukkan jalan..
yang kau redhai..
jangan biarkan
hamba terkorban..
dengan dunia ...
Selamatkan..
dengan rahmatmu
namamu biar dalam hatiku
menanti hari..
di pertemuan
yang abadi....
Posted by Fathiah at 12:04 PM 0 comments
....Sambungan ( 4 )
3RD Day of Munadzarah :
Malam sebelumnya, before kita masuk tido, tyme dinner.. kitorang makan dengan kakak2 UIA . Kenal-kenallah sikit dengan diorang. Start dari tu aku doa2lah mudah2an tak jumpa diorang lagi dalam munazarah ! smalam malam aku tido cepat , bangun lambat plak.. star karat habis! Kak sri n hannah mula la nak sindir2. pedulik hapa aku! yang penting aku cukup tido! .. hehehe =) , bukan apa, nak kata pentingkan diri sendiri, boleh juga, tapi ni untuk maslahat umum sey! Aku kalau tak cukup tido aku ada sikit punya moody n panas baran gitu . Tu pasallah. aku tanak bilang yang lain pasal benda ni, malas ah, dont c e importance.
Apa2 pun sarapan dia paling best ah, roti sapu ngan butter n kaya kot!.. lepas sarapan, standard ah,masuk bus. Aku dah malas nak bahas, rasa macam dah tak ade raghbah nak bebual arab. Ada ke sampaikan tyme tgh makan,dorg bukak crite sembilu.. ku pk crite arab sal aku dgr die bebual arab kah kah..Bila naik bus, aku rilex sgt, aku pun tak tau nape ku tenang sgt,, macam dah tak ade munazarah lagik! Aku rasa aku dah pasrah, aku rindu nak balik singapore.. nak balik rumah, aku nak hidup aku back to normal !
Quarter-final :
Bila sampai aja , kita masuk qa'ah. Aku tak rasa berdebar pun. Atlast, kita tgk margin, kita num 4 out of 8 grps yang dapat masuk suku akhir.. kita kene lawan grp num5 ... dan mereka adalah.... UIA!!.. Benda pertama keluar dari mulut aku is ' mangkuk hayun tol!' Abeh alj kene pilih tajuk, ust Razif pilih num2 , kena pulak topic wasa ilul 'ilam huwas sabab ar-raisiy fi intisharil irhab ' lau tak salah mcm ni lah topic die.. .. haiz terkencit sey ! aku tk suka topic ni.. Kita pun terus pi tempat bahas die.. dekat jek.. kat auditorium,besar ah tmpt die lagik besar dr tempat yang kita selalu bahas. Since kita hukumah, kita dapat discuss kat dalam dewan. Aku tros pi ngan dak2 alj, mintak diorang translate kan points. Aku bukan suka2 ke sengaja nak duduk2 ngan dorang, tapi aku tanak ganggu yang lain siapkan points dorang.. kitorang dah kelam kabut sesangat.
Bila masanya dah tiba, kita pun semangat ah bahas, dak2 alj pegangkan 'alamah kita n ketok meja kuat2 . Tyme tu aku betol2 nye rase aku dah buat yang terbaik..aku tak fikir nak menang pun..dah malas sekali! UIA tu finalist, bukan senang nak berdepan dengan diorang.Tapi kan, kita cm ade parallel debate gitu.. hmm
Bila dah habis jek, sebelum keluar, aku salam kak Yuni n kak Hasanah, senyum2 kat dorang. Abeh bila aku nak naik tangga tu n nak pi kat tempat duduk untuk ambik notes, aku tertoleh belakang.. beh nampak AF , die pun dongak beh ternampak.. aku pk nak buat bodoh.. beh die senyum aku pun senyum la balik keh keh..pastu die datang kat aku dia kata ' nahnu nakhtalif fil munazarah faqath ah, after that we are friends, tell your friend ! Aku pun senyum ah aku cakap ok syukran. Actually terharu gak aku, tapi bila aku bilang yang lain, aku macam tak dapat jawapan yang memberangsangkan! so takpelah .
Sementara tunggu keputusan keluar, kita bual2lah ngan dak2 alj. Beh AF buat hal, makin lah kita semua PENG ! Bila masuk kita dapat tahu kita kalah ! ok! semua tak pasal.. lega adalah sal bahas dah bis. Kita pun apa lagi ! semua naikgila. Kita spend 15 min dalam qa'ah tu amik gambar dengan dorang2( dak2 alj). Bila kita keluar jek, happy2 ah pi makan, jumpa dak2 UIN (B) . Abg zaki ( akh paling lawak dr uin) tanye kitorang,menang ke tidak? beh kita kata kalah, beh die ketawa2 cakap die pun kalah . Lepas tu masuk qa'ah undi, stakat jek. Kitorang jumpa UIN (A) (finalist) pastu bg semangat ah suruh diorang masuk final.. kalahkan AF ..kah kah setakat kan?!
Bila semua orang tgh sibuk masuk qa'ah untuk tgk semi-final nye match, kitorang sibuk amik gambar kat luar qa'ah kah kah.. Lepas tu kita tros balik tempat plbsnb..kita makan then lepak2 sampai after maghrib ( masuk bilik jek ketawa2.. sume dah hilang kewarasan akal buat seketika, ketawa klw pelan tkpe,ni ketawa dah macam tempat tu kita jek yg tingggal )
Final :
Semua dah ready naik bus nak pi stadium untuk final . kitornag satu bus ngan UIA n UIN ( finalist) ramai participants dr U yg lain2 dah balik.. yg paling style.. kitorang duduk tengah2 kat dalam bus... UIN duduk paling blakang n UIA paling depan.. dak2 uin sume gerek2 seh.. ada lagu peterpan berkumandang kat radio.. lagu dan mungkin bila nanti.. mula2 aku n huda nyanyi pelan2... sekali dengar dak2 UIN pat blakang pun nyanyi.. kah kah style kan !..sri n hannah ngah jiwang2 kat depan pk sal frens.. n dunno wat else they talk abt..
Skali bila sampai stadium nampak ade rmaai dak2 kai jubah purple.. aku dah penat tyme tuh so rilek2 ah , kita kuar ngan dak2 UIN.. Sri n hannah pekik2.. eh kengkawan kita kengkawan kita..! aku pun panic ah.. sal seingat aku,kitorang dah bilang ust halim takyah hantar delegasi pape sal kita tk rase dapat masuk final. tak sangka plak diorg dtg, siap kai uniform sekali.. to all ma frens yg dtg tyme 'ALF SYUKRAN LAKUM.. PENGORBANAN KORANG TAHAN MALU GOSOK BAJU SKOLA KAT MUSOLLAH STADIUM AKAN AKU INGAT K !! THX A LOT SEBAB DTG SUPPORT KITORANG.. LOVE U ALL ! '.. dan tima kasih kat ust fathurrahmaan.. sal jaga dorg.. dorang kata ust jaga dorang dah macam bapak dorg kah kah kah. dan tak lupa jugak untuk supporters dari alj yang tolong support kita on the 2nd day.. thx guys..
Tyme final ni agak kekek ah, sal aku dah ngantok,then tk concentrate kat match ni ah.. cmana nak concentarte?!! ade pakcik UPM ni duduk depan aku.. dia buat lawak dari 1st sampai habis ngan gen2 die.. ya rabb!! pengsan aku dibuatnya.. sampai nangis aku ketawa.. dahlah aku duduk boleh tahan kat depan.. aku takley lupa pakcik UPM tu dan rakannya anak sedara ust TM fouzy.. tk ingat nama di.. fawwaz kot?and also ust UPM tu ust syed tu,, seronok ah dorang.. gerek! ..
AKHIRNYA ::...
Lepas semua dah habis... mwti ians ngan alj ians kitorang sebok2 naik stage amek gambar.. seronok seh.. jgn tak tau.. kitorang dah macam artis.. mula2 step manenye finalist ah amek gambar atas stage kita2 jek...( tak sangka plak dak2 alj ni kaki gambar jugak), pastu UIN panggil amek gambar ngan die.. pastu KUIM panggil.. style kan.. lepas tu angkara syiok sendiri yang teramat sangat.. ust supendi n ust mustafa pun panggil kitorang suruh cepat sal bus dah nak berlepas kah kah.. tros dah macam amazing race.. cepat2 lari amik makanan then masuk bus..
The end.. kenangan tu rasanya terlalu indah sampaikan kalau boleh aku tanak crite sal ending die.. kalau boleh nak terus dan terus ada dalam cerita ni.. tapi dah hukum alam, setiap yang bermula pasti akan berakhir.. dan begitulah akhirnya cerita siapakah di hatiku for post kali ni.. siapa ada di hatiku?? mereka semua... mereka yang berjuang bersama .. setiap watak yang ada dalam story ni.. semua ada dalam hati..dan aku takkan lupakan mereka.. Allahumma aameen..
Posted by Fathiah at 10:32 AM 1 comments




