Bismillahis sami'il'alim
Seminggu yang lalu , sewaktu selesai membaca beberapa bab dari kitab riyadussolihin selesai subuh , Ust mona tiba-tiba memberitahu kami kalau beliau bercadang untuk membuat majlis maulid memandangkan sudah masuk bulan rabiul awwal , Bulan kelahiran kekasih Allah dan kita semua . Tanpa berfikir panjang aku setuju . yang lain juga setuju . Tidak ada sebab untuk kami berfikir panjang kalau ianya untuk majlis zikra maulid . Sama seperti pembacaan kitab riyadussolihin . Kami tidak pernah merancang untuk duduk membaca kitab . Cadangan itu datang pada malam terakhir bulan safar , dan kami mulakan bacaan keesokan harinya , 1 rabiulawwal . Alhamdulillah , pembacaan masih diteruskan sehingga kini . sewaktu beliau mencadangkan majlis tersebut , tarikh asal adalah 19 january . Aku hanya tersenyum mengangguk . Tetamu yang kami jemput untuk memberikan tazkirah adalah ust eman sidky . Aku tidak pernah mendengar suaranya . melihatnya.. ya pernah tapi bukan duduk bersama. Ust eman tidak dapat luangkan masa pada hari tersebut , beliau hanya ada kelapangan keesokannya . 20 january . ya, 20 january . ust mona tanya " are u okay with the date ?" dengan senyuman aku jawab " im fine , because its my birthday , so 19 or 20 both are fine , i just wanted to ask dua from her " .
Pagi itu ahmadun mesej . katanya maaf , tahun ni tk dapat nak bagi bunga dan choc macam tahun2 sudah . sambil tersenyum aku cuba tahan airmata ni . Mendapat bunga dari ahmadun dah jadi semacam hadiah tahunan . walaupun sekuntum , walaupun kecil , tapi ia sangat bermakna , kerana ia pemberian dari seorang sahabat . Aku sangat rindu dengan keberadaan teman2 yang lain di bumi mesir ni . zeela , ahmad , muhammad , farhanah, kak mah . dan yang paling buat aku tersentuh adalah hadiah dari hussin, yang dihantar jauh dari bumi Madinah . di dalamnya ada surat2 kecil dari teman2 pjb . Setiap tahun juga , aku akan sambut harilahir bersama zeela . Jalan2 di sekitar genena mencari hadiah untuk teman2 yg lahir pada bulan yang sama bersama zeela masih segar dalam ingatan aku . senyuman dan gelak tawa kami juga . Aku tak sangka kalau hari ini akan tiba , hari aku akan rindu dengan mereka semua . Setiap tahun juga aku akan sambut harijadi aku dengan kehadiran farah . Pagi tu , aku sangat mengharapkan kalau malam maulid farah akan datang, aku sangat mengharapkan kehadirannya . sekurang2nya masih ada lagi sisa mereka yang aku rindu .
Ahmadun tanya lagi , " fakya , apa yang best bersempena besday kau nari? " "yang best sebab buat mawlid . bezanya kau n fara tak ada ". Hakikatnya , ade terlalu banyak yang beza. Aku tak bermaksud nak berpegang pada kenangan , tapi aku tak mampu nak lupakan .
Walaupun tahun ni xde bunga dan choc dari ahmadun :'( Allah beri aku hadiah yang sangat indah . Mengingati kekasihnya pada hari lahir aku . Beit adawiyah yang kecil ni , dengan izin Allah selepas dikemas menjadi luas dan mampu menampung puluhan tamu . Pagi itu , selesai qiraah riyadhus solihin , aku hanya mampu mengemas dapur . selepas zohor aku sudah mula membuat kerja2 khat sehinggalah selesai maghrib . Dengan pantas aku keluar ke husin untuk dars khat . dan kelam kabut pulang . Hanya Allah yang tahu letih aku hari itu .
Yang paling istimewa malam itu adalah doa dari ust eman . Aku sangat terkedu kerana ust mona ingat permintaan aku . Doa . aku cepat2 mengaminkan . terus ust mona sebut , " hiya masya Allah khattat " , dengan senyuman ust eman sambung duanya " Ya Allah semoga dia dapat menulis quran , semoga urusannya menulis quran kau mudahkan " . Hanya itu yang aku ingat . Airmata seolah2 tak boleh berhenti . Bertahun mujahadah aku dengan khat , mendengar doa yang semacam itu seolah2 mendapat bayaran paling mahal untuk semua titis airmata dan keringat yang telah aku perah selama ni .Walaupun aku letih , walaupun ada yang kata wajah aku sangat pucat , jasad aku memang dah tak bermaya , tapi hati aku berbunga ... kerana baru sahaja mendapat siraman cinta dari seseorang yang sangat sangat sangat mencintai Al-habib .
Aku rasa sangat bersyukur dengan semua yang bekerja keras utk maulid malam tu , huda , zah mona , kak bam , dada , mekdah utk hadiah dan kerana sama2 semngat , dan bantuan2 yg diberikan oleh ramai teman2 yg lain . Jazakumullah khairal jaza' . Allah yubarik feekum .
Malam 20 januari 2013 saya sangat gembira . sangat sangat gembira . kerana menyambut hari lahir bersama Al-habib . Hadiah paling indah dari tuhan