CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, March 27, 2012

....Episod 256.... - Masih kepunyaanmu -



Alhamdulillah , setelah hampir lebih dari sebulan aku tk update blog , hari ni Allah beri masa luang untuk kongsi sesuatu . Banyak sangat cerita dah berlalu dan tak sempat nak dicatat di sini . Yang ada cuma cebisan memori sahaja dalam ingatan ni.

Blog ni dah menyaksikan coretan 5 tahun aku di perantauan . Kalau ikutkan tempoh belajar aku yang sebenar, tahun ni adalah tahun akhir aku . Tapi aku seolah2 baru sahaja kenal bumi ini . Apapun Alhamdulillah ... thummal hamdulillah . Banyak yang aku dah belajar dari bumi kinanah ni . Bumi khaira junuudul ardh .

PENGHUJUNG PERJUANGAN

Alhamdulillah , walaupun masih bertatih , aku sudahpun mulakan perjuangan menghafal kalam Allah , sekurang2nya semangat itu masih ada . status aku sekarang ini : penuh harap kalau aku akan khatamkan hafalan sebelum memberi lambaian terakhir pada tempat ini .

Aku pernah beritahu ust hamzah nordin satu ketika dahulu , " ust , ana takkan balik singapore selagi ana tak dapat masuk musabaqah dawliyah turki , hadaf ana di sini bukan hanya al azhar , tapi banyak lagi , antaranya ini " , Aku rasa macam nak beritahu ust , alhamdulillah , Allah kabulkan permintaan ana ust :) . Tapi terkabulnya hajat ni bermakna , aku dah bersedia untuk pulang ke tanahair . Kalau lah hati boleh ditimbang , 3 tahun dulu , hati yang mungkin hanya seberat 10 kg , sekarang ni boleh sampai ke ratusan kilo .

Yang penting , sekarang aku dah pun di Jaliy diwani . Dan aku akan menghantar karya riq'ah dan diwani . Semuanya bukan mudah .... persiapannya pasti akan beriringan airmata , sebagaimana tumpahnya airmata aku sepanjang perjalanan mendalami seni ini . Semuanya bukan mudah . Ianya menjadi lebih susah sekarang kerana aku sudah mula mengajar . Mengajar lebih dari 10 orang generasi khattat yang akan membawa seni ini ke kemuncak zaman kegemilangannya seperti dahulu , Allahumma aameen .

Mengajar dan belajar bezanya seperti menanam padi dan memakan nasi . Memakan nasi itu mudah , boleh dengan sudu , boleh juga dengan tangan , yang perlu di buat hanya bangun , ambil pinggan dan senduk nasi . Tapi menanam padi tidak begitu . Perlu tau tanahnya sesubur mana . Perlu tau mana hendak ditanam . perlu tau berapa lama perlu menunggu , perlu tau apa grade beras yang ingin dihasilkan .

Yang menambahkan susah perjuangan ini adalah imtihan tahun akhir yang akan tiba tak lama lagi . Keseriusan aku pada subjek2 kesusasteraan arab ini wajib aku maksimalkan , sehingga aku rasa setiap minit yang berlalu itu berharga . Maka terpaksa aku tinggalkan durus di masjid azhar , untuk memberi tumpuan pada khat dan imtihan .

Mak kata " cuba buat betol2 kakak . mak kasi peluang duduk sana setahun dua lagi , jadi tahun ni fokus pada imtihan , yang lain boleh buat lepas ni " Aku terkedu sebenarnya bila mak cakap benda ni . Oleh kerana tu , aku buat keputusan , April ni bulan terakhir tahfiz dan khat . Dan setelah itu hidup aku hanya akan dipenuhi buku2 imtihan sahaja kalau itu yang menggembirakan mereka . Mudah2an itu juga yang mereka redhai .

MASIH KEPUNYAANMU

Kata2 ni aku tujukan pada abah . Bila mula2 mak bagitau abah , aku nak lagi 2 tahun kat sini , abah tanya utk apa ? Mak beritahu untuk khat dan quran . Abah tanya semula , " tak fikir kee umur dah berapa , taknak kahwin ke ? " , aku cuma beritahu mak , beri aku peluang lagi 2 tahun . Aku ingin terus terusan jadi kepunyaan mak dan abah .

Aku pernah beritahu seorang teman dulu , kalau aku sangat percaya dengan pilihan mak . Akhirnya , dua tahun lalu , bila mak dah ada pilihan , aku tolak tanpa berfikir panjang . Tipulah kalau aku kata aku tak rasa bersalah . Cuma , aku memang belum bersedia , dan aku tak tau bila aku akan bersedia . Aku tak suka sentuh topik ni . Samaada waktu bersembang dengan teman2 , keluarga atau adik beradik . Aku sangat tidak suka . Topik ini juga kalau perlu nak dibincangkan , memerlukan satu entri khas untuk memberikan keadilan kepada keputusan yang aku buat . Buat masa ni , status aku : Berdoa kalau nanti dipertemukan sahaja di syurga . Biar aku teruskan dengan perjuangan ini , kalau sampai masanya sampailah , kalau tiada di dunia , biar bertemu di akhirat saja :)


~Yang didamba bukan putera raja , tetapi putera agama , perindu syahid semata ~