CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, December 16, 2012

.... IMUSM....



Grateful for the family i have .

Sunday, October 7, 2012

....Episod 257..... - Allah lebih dari cukup -



Dah berbulan rasanya muhasabah diri yang selalu aku buat kat blog ni aku biarkan ia berlalu macam tu je . tanpa catatan . tanpa kesan . Terlalu banyak yang dah berlaku . Imtihan , Khat , Safar , walimah , natijah , perasaan  . Kalaulah aku mampu untuk putarkan masa , mesti aku akan tulis semua kejadian yang dah berlaku , yang dah menjadi sebahagian dari aturan Allah . Aturan terbaik untuk hidup aku .
Memori yang tersisa tu , lebih baik aku tulis sekarang , sebelum ianya ditelan zaman , terhapus dari ingatan aku ni . Biar aku mulakan dengan imtihan .

Imtihan tahun ni lebih mencabar dari tahun2 yang sudah . Maddah2 yang lebih susah . perhatian yang perlu aku berikan padanya membuatkan aku takut untuk ke kelas masyayikh , mengisi jiwa dari  semangat yang pura2 aku kobarkan dengan alasan imtihan , dengan alasan kalau jasad ini perlu dimanjakan untuk imtihan . Hakikatnya , jiwa aku letih , jasad pun letih , fikiranpun letih . Tapi aku gembira , sekurang2nya aku mampu untuk mengukir senyuman dan tawa , dan aku selesa sembunyi di sebalik keceriaan aku . Biar orang tak tau takut yang aku rasa , biar org tak tau sedih yang aku rasa , biar orang tak Nampak tangisan yang tak pernah berhenti sepanjang aku ada di bumi ini . Alhamdulillah , aku Berjaya gagahkan diri untuk imtihan .. Alhamdulillah… Alhamdulillah …

Kita merancang , kita merancang dan kita terus merancang , yang tentukan tetap DIA . Kadang2  pertanyaan yang muncul dalam fikiran selalu tak sealiran dengan apa yang dah selama ni aku belajar . Aku belajar untuk redha . Tapi susah aku nak elak dari bertanya , kenapa apa yang aku rancang tak pernah terjadi ? atau sebenarnya terjadi,  Cuma kerana ianya tidak sesempurna yang aku inginkan , aku menganggap ianya tidak pernah terjadi .

Terlalu banyak benda peribadi yang berlaku waktu fatrah imtihan . Aku yang senang terganggu merasa diganggu . Aku selalu ada perasaan rendah diri . tapi aku juga orang yang pandai memujuk diri . Maka… aku pujuklaa diri utk sabar lagi redha lagi sabar lagi dan redha lagi. Kadang2 merasa lali dengan dua perkataan tadi . Tetap aku pujuk diri.

Aku dah tak ingat apa perasaan waktu ambil imtihan kemaren selain keletihan . Yang aku ingat adalah wajah dukturah nadiah , dukturah zaynab dan dukturah ulfat . Aku tau aku akan rindu wajah2 ini . Aku akan rindu suara mereka . Lebih2 lagi dukturah zaynab . Selamanya seorang inspirasi . Dukturah Nadiah juga .

Selesai Imtihan …… aku serahkan tawakkal aku pada DIA ….. diiringi kata2 sakti pengganti ubat penenang …. Kheir insya Allah… kheyr insya Allah …. Kheyr insya Allah … “ Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi wala hawla wa laa quwwata illa billahil aliyyil adzim “ :’) 

Tuesday, March 27, 2012

....Episod 256.... - Masih kepunyaanmu -



Alhamdulillah , setelah hampir lebih dari sebulan aku tk update blog , hari ni Allah beri masa luang untuk kongsi sesuatu . Banyak sangat cerita dah berlalu dan tak sempat nak dicatat di sini . Yang ada cuma cebisan memori sahaja dalam ingatan ni.

Blog ni dah menyaksikan coretan 5 tahun aku di perantauan . Kalau ikutkan tempoh belajar aku yang sebenar, tahun ni adalah tahun akhir aku . Tapi aku seolah2 baru sahaja kenal bumi ini . Apapun Alhamdulillah ... thummal hamdulillah . Banyak yang aku dah belajar dari bumi kinanah ni . Bumi khaira junuudul ardh .

PENGHUJUNG PERJUANGAN

Alhamdulillah , walaupun masih bertatih , aku sudahpun mulakan perjuangan menghafal kalam Allah , sekurang2nya semangat itu masih ada . status aku sekarang ini : penuh harap kalau aku akan khatamkan hafalan sebelum memberi lambaian terakhir pada tempat ini .

Aku pernah beritahu ust hamzah nordin satu ketika dahulu , " ust , ana takkan balik singapore selagi ana tak dapat masuk musabaqah dawliyah turki , hadaf ana di sini bukan hanya al azhar , tapi banyak lagi , antaranya ini " , Aku rasa macam nak beritahu ust , alhamdulillah , Allah kabulkan permintaan ana ust :) . Tapi terkabulnya hajat ni bermakna , aku dah bersedia untuk pulang ke tanahair . Kalau lah hati boleh ditimbang , 3 tahun dulu , hati yang mungkin hanya seberat 10 kg , sekarang ni boleh sampai ke ratusan kilo .

Yang penting , sekarang aku dah pun di Jaliy diwani . Dan aku akan menghantar karya riq'ah dan diwani . Semuanya bukan mudah .... persiapannya pasti akan beriringan airmata , sebagaimana tumpahnya airmata aku sepanjang perjalanan mendalami seni ini . Semuanya bukan mudah . Ianya menjadi lebih susah sekarang kerana aku sudah mula mengajar . Mengajar lebih dari 10 orang generasi khattat yang akan membawa seni ini ke kemuncak zaman kegemilangannya seperti dahulu , Allahumma aameen .

Mengajar dan belajar bezanya seperti menanam padi dan memakan nasi . Memakan nasi itu mudah , boleh dengan sudu , boleh juga dengan tangan , yang perlu di buat hanya bangun , ambil pinggan dan senduk nasi . Tapi menanam padi tidak begitu . Perlu tau tanahnya sesubur mana . Perlu tau mana hendak ditanam . perlu tau berapa lama perlu menunggu , perlu tau apa grade beras yang ingin dihasilkan .

Yang menambahkan susah perjuangan ini adalah imtihan tahun akhir yang akan tiba tak lama lagi . Keseriusan aku pada subjek2 kesusasteraan arab ini wajib aku maksimalkan , sehingga aku rasa setiap minit yang berlalu itu berharga . Maka terpaksa aku tinggalkan durus di masjid azhar , untuk memberi tumpuan pada khat dan imtihan .

Mak kata " cuba buat betol2 kakak . mak kasi peluang duduk sana setahun dua lagi , jadi tahun ni fokus pada imtihan , yang lain boleh buat lepas ni " Aku terkedu sebenarnya bila mak cakap benda ni . Oleh kerana tu , aku buat keputusan , April ni bulan terakhir tahfiz dan khat . Dan setelah itu hidup aku hanya akan dipenuhi buku2 imtihan sahaja kalau itu yang menggembirakan mereka . Mudah2an itu juga yang mereka redhai .

MASIH KEPUNYAANMU

Kata2 ni aku tujukan pada abah . Bila mula2 mak bagitau abah , aku nak lagi 2 tahun kat sini , abah tanya utk apa ? Mak beritahu untuk khat dan quran . Abah tanya semula , " tak fikir kee umur dah berapa , taknak kahwin ke ? " , aku cuma beritahu mak , beri aku peluang lagi 2 tahun . Aku ingin terus terusan jadi kepunyaan mak dan abah .

Aku pernah beritahu seorang teman dulu , kalau aku sangat percaya dengan pilihan mak . Akhirnya , dua tahun lalu , bila mak dah ada pilihan , aku tolak tanpa berfikir panjang . Tipulah kalau aku kata aku tak rasa bersalah . Cuma , aku memang belum bersedia , dan aku tak tau bila aku akan bersedia . Aku tak suka sentuh topik ni . Samaada waktu bersembang dengan teman2 , keluarga atau adik beradik . Aku sangat tidak suka . Topik ini juga kalau perlu nak dibincangkan , memerlukan satu entri khas untuk memberikan keadilan kepada keputusan yang aku buat . Buat masa ni , status aku : Berdoa kalau nanti dipertemukan sahaja di syurga . Biar aku teruskan dengan perjuangan ini , kalau sampai masanya sampailah , kalau tiada di dunia , biar bertemu di akhirat saja :)


~Yang didamba bukan putera raja , tetapi putera agama , perindu syahid semata ~



Tuesday, February 7, 2012

....Episod 255..... - Kisah cinta sejati ... -


Mereka sentiasa bersama.... marah bersama ... tenang juga bersama.... sakit bersama ..... tp sekarang... Mudir pergi dulu .. meninggalkan ustzah hamiah ... pergi menghadap ilahi , bertemu pemilik cinta sejati ... Menempah dahulu tempat untuk mereka bersama nanti di syurga .

Gambar ini membuatkan saya tak henti mengalirkan airmata . Saya menjadi manusia kerana usaha mereka membina madrasah ini . Sewaktu kemasukan darjah satu , saya ditolak oleh madrasah al-maarif , dan madrasah ini membuka tangannya menerima saya . Ketika saya tekad untuk tinggalkan tempat ini dan ke madrasah al junied utk pre u , saya ditolak sekali lagi , dan madrasah ini masih lagi membuka pintunya untuk saya , ketika saya merasa kalau kekalnya sy di sini akan membantutkan pergerakan dan kemahiran berbahasa arab saya , Asatizah dan mudir memberikan kepercayaan yang bulat pada kekuatan bahasa arab saya dan memilih saya mewakili sekolah dan negara utk program2 yg berkaitan dengan bahasa arab . Saya adalah antara hasil cinta mereka pada Allah dan Rasulnya .

Mudir pernah kata .. " kita tak ada keluaran yang ambil kuliah b.arab , ana suka kalau antum amek bahasa arab , boleh gantikan ust2 yg ada " itu kata mudir 3 tahun lepas.. waktu itu saya tekad kalau saya akan buat mudir rasa bangga dengan saya . Saya tanamkan rasa cinta pada bahasa arab sedalam yang mungkin . Tapi saya tak sempat nak bagitau mudir saya sedang berjalan... dan akan berlari sebentar lagi untuk perjuangan ini . saya tak sempat ..

Kawan2 kata saya mudir's pet , kerana saya diberikan priviledge2 tertentu yang tak ada pada org lain waktu sekolah . Dan nama saya sentiasa di panggil utk ke idarah , ada sahaja tugas yang akan diberikan ... yg ada kaitan dengan b.arab dan sumbangan utk madrasah . Waktu sekolah dulu saya tak suka dengan perhatian yang diberikan pada saya , sehingga saya pernah beritahu ibu kalau saya mungkin tidak ingin mengajar di madrasah sendiri selesai pengajian.... kata ibu " tak kesian kat mudir ke ? dah berapa banyak peluang sekolah pagi kat kakak sampai kakak jadi bagus . " waktu itu saya sedar kalau saya sangat pentingkan diri sendiri .. Allahummarham dha'fana

Selepas itu , saya tak pernah tolak permintaan mudir. Kalau arahan atau permintaan itu datang dari mudir ,saya akan segera laksanakan atau saya akan kata YA , kerana belliau Ayah saya di madrasah itu .

Kullu nafsin zaiqatul maut . Setiap manusia ada ajalnya . Mudah2an keluarganya diberi ketabahan dan kekuatan untuk menempuh hari2 yang datang tanpa kehadirannya . dan semoga mudir tenang di sana . Setiap saat sewaktu nafasnya masih ada , fikirannya hanya pada madrasah madrasah dan madrasah ... sehingga madrasah wak tanjong al-islamiah terkenal dengan madrasah yang jarang diberikan cuti . waktu tu kami selalu kata pada org2 yg bertanya kenapa madrasah tak cuti , " mudir sayang sangat kat kitorg , dia tak boleh kalau tak dengar madrasah tu bising dengan suara kitorg.. " . 2 tahun lepas , sewaktu menziarahi mudir di hospital , mudir selalu meracau , waktu kami dtg , beliau suruh anak bongsunya beritahu kami sejarah pembangunan madrasah , katanya kami tanya tadi . padahal kami belum bercakap apa2 pun . yang hebatnya , walaupun dalam keadaan sedar tak sedar dengan keadaan dirinya , nama2 kami masih beliau ingat . Allah ...

Cinta mereka lillahi walirrasul.... kerana cinta itu mereka bina bangunan yang akhirnya menjadikan beratus orang lain merasakan cinta mereka dan sama2 mencintai Allah dan rasulnya . Semoga penduduk langit menerima rohnya dengan sorakan . Telah sampai kepada mereka seorang soleh yang sangat mendambakan pertemuan bersama kekasih2nya .

Allahummaghfir lahu wa'aafihi wa'fu anhu wa waasi' madkhalahu wa akrim nuzulahu , waghsilhu bima'ithalji wal bardi , wa naqqihu minadz dzunub wal khataya kama yunaqi thaubul abyadh minad danasi :'(