Sesiapa yang mencintai sesuatu , lidahnya akan banyak melantunkan namanya . Seperti lidah orang yang mencintai Allah akan sentiasa basah dengan memujinya – status seorang teman di fb
Dan sebenarnya , saya baru sedar , kalau tawakkal itu adalah natijah husnuzzon pada DIA . Bila saya kata saya tawakkal kepada DIA bermakna saya sedang sangat redha degan urusan saya . Tapi kalau tidak …. Adakah su’uzzon telah mula merayap dalam hati saya … … Irham dha’fana ilahi …. :’(
Saya sedang cuba dan akan terus cuba untuk mendongak ke langit ….melihat luasnya rahmat dan kasih sayang Sang PENCIPTA pada makhluknya yang bernama manusia .
Hati ini terlupa seketika untuk sentiasa bergembira dengan ketentuanNYA …. Kerana lidah sudah hilang tarbiyahnya … Hati ini terlupa seketika untuk bersangka baik pada DIA kerana terlalu mengikut cita2 dunia …
- “ Dan tawakkal ini benar2 diuji “ tidak sepatutnya terlintas dalam fikiran ni .
" Wa ufawwidu amrii ilaika ya ilahi ~ "