CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, October 29, 2007

....Episod 62....- Segenap rinduku pada Hamlatul Quran -

Generasi pelapis hamilul qur'an :)


بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله و أصحابه أجمعين



Rasanya.. dah hampir 4 bulan ana tinggalkan pusat tahfiz.. Ya rab! rindunya.. Rindu nak jumpa ust huda.. rindu nk jumpa ust firdaus.. rindu nak jumpa ust amirullah.. rindu nak jumpa ust azmi!! Rindu dengan semua benda yang ada sangkut paut dengan pusat tahfiz mks n mokm.


Masih terbayang lagi dalam fikiran ana .. zaman2 ana pi tahfiz everytime balik skola dengan kawan2.. Masya Allah.. kadang2 ana tertanya sendiri.. kenapa perpisahan ni mesti terjadi.. boleh tk kalau ana taknak berpisah dengan mereka semua... Teringat lagi kenangan naik bus setiap hari dari sekolah ke pusat tahfiz dengan 3 bestfren seperjuangan ana, hida,mardhiyah n atiqah.. masih segar lagi setiap perbualan kita dalam bus.. cerita2 tentang hafalan , masing2 ada hadf nak khatamkan hafalan bila.. :) cerita2 tentang masa depan.. dan perjuangan thalabul'ilm..


Macam2 benda ana dapat di Mks , teman2 seperjuangan yang Masya Allah...guru2 tasmi' yang Masya Allah , tak pernah letih beri kami semangat untuk terus dan terus berjuang khatamkan hafalan... hatta sampai ana nak ke mesir pun , kata2 mereka lah yang paling menyentuh hati ana.. :'(


Pesan ust azmi " Yang penting , sebelum nak pegi nanti bilang ustaz ... jangan lupa mintak doa guru2 semua tau " Pesan ust huda " Jangan risau , insya Allah anti boleh.. lughah tu miftahul 'ilm , yang penting jgn lupa i'adah hafalan " Pesan Ust Firdaus " Kalau takut amek lughah sorg2 , ingat , dulu ust pun amek sorg , tapi boleh .. anti pun boleh..." Pesan ust firdaus lagi .. "Jangan sekali-kali patah hati atau hilang semangat untuk belajar lughah . Ingat sentiasa , belajar lughah untuk nikmati keindahan dan mukjizat bahasa Al-Quran. Bukan untuk kerja, apa saja maddah , belajar sungguh2 dengan ikhlas.Insya Allah akan diberi taufiq . Semua ilmu ada manfaatnya. Al-Qur'an teruskan hafalan . Jangan setengah jalan . Ust lihat anti ada potensi dan kekuatan dalaman.Bit taufiq wannajah wattafawwuq. Balik cuti jenguk kita kat mks ye "- Insya Allah ust.. ana takkan lupa :')


Aku tak pernah terbayang akan dipertemukan dengan orang-orang yang dekat dengan Al-Quran.. yang bersahabat dengan Al-Quran , dan yang bercinta dengan Al-Quran seperti mereka..


Aku mulakan tasmi' hafalan dengan ust huda .. Dan akhiri dengan ust Amirullah... Pesan ust Amir " Insya Allah, ust redhakan segala ilmu yang dicurahkan , Ust doakan fathiah selamat pergi dan kembali , semoga mendapat ilmu yang bermanfaat di sana dan juga menyempurnakan hafalan Al-Quran , semoga menjadi hamba Allah yang solehah dan diredhai Allah ."


Ya rab! Rahmatilah mereka.. insan2 yang pernah mengajarku walau satu kalimah..dan insan2 yang telah mengikat diriku dan kitabmu dengan tali hubb ! Bilakah kerinduan ini akan berakhir... Bilakah kt akan bertemu kembali..~ :'(

Ukhuwwah itu dihati ..
Andai bersendirian pasti ia menemani..
Setiap yang manis mampu dikenangi,
walau tiada dimata kini,ia hadir bila diingati ,
kerana selamanya ia kekal di dasar hati ...




Saturday, October 27, 2007

.... Episod 61.... - جئنا للإصلاح -


Sejak kebelakangan ini.. kesihatan ku sering diuji … entahlah .. tak taulah kenapa badan ini sering terasa lemah.. sehingga dua hari aku tidak ke kuliah… Runsing aku dibuatnya… Aku tak mampu untuk tidak ke kuliah lagi.. aku takut ketinggalan segala maudhu' dan maddah yang perlu dihadiri .. :'(

Aku tak biasa manjakan diri dengan rehat.. tapi di sini.. aku tak mampu untuk memaksa jasad ini melangkah lebih dari yang ia mampu.. Kerna natijahnya : kesihatanku akan teruji .. Aku sering terlupa .. ibu dan ayah sudah jauh di mata..
Tiada siapa yang akan ada di kanan dan kiriku , jika nanti aku terluka lagi .. :'(

Kini aku terasa betapa hebat nikmatnya kesihatan .. Aku ke sini untuk menjadi lebih baik….Bukan membatu tak berganjak dari sifat lama.. Perjuangan ku sudah bermula …


aku tak mampu untuk lemah di tengah medan… Aku tak mampu untuk menangis menahan kesakitan ketika dalam pertempuran… Aku perlu maju .. maju dan terus maju… Akan aku pastikan.. Kesakitan dan kelemahan tak akan pernah ada dalam kamus perjuanganku.. :'(





إلهي أنت مقصودي ورضاك مطلوبي

Thursday, October 25, 2007

.... Episod 60 .... - Pentingnya tidur~ -

TIDUR secara mudahnya didefinisikan sebagai berada di dalam keadaan tidak sedar dengan mata terpejam kerana berehat. Ajaran Islam melihat tidur sebagai satu nikmat yang Allah kurniakan kepada manusia. Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Qasas :

"Daripada rahmat-Nya, (Allah) menjadikan bagi kamu malam dan siang untuk kamu berehat dan mencari rezeki, mudah-mudahan kamu bersyukur".

Menurut perspektif Islam, persoalan mengenai tidur boleh dibahaskan meliputi perkara-perkara seperti berikut :

- Berapakah jumlah jam patut kita tidur dalam sehari ?

Ahli perubatan menyarankan tidur sekurang-kurangnya lapan jam sehari. Namun sebenarnya, tidur bagi tujuan istirahat ini bergantung kepada usia, jenis pekerjaan dan keadaan setiap individu.

- Bilakah waktu yang sesuai untuk tidur ?

Malam hari adalah waktu terbaik untuk tidur berdasarkan fitrah alamiah kejadian manusia. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : Dan kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat, Dan Kami menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi), Dan Kami menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) masa untuk mencari rezeki. (An-Naba': 9 - 11).

Perlakuan tidur di luar aturan alamiah ini akan menimbulkan suatu beban yang lebih besar dan menghasilkan keadaan yang tidak sihat. Sebagai buktinya, kita dapat melihat pelajar yang terlalu berjaga malam dengan pelbagai aktiviti akan gagal ke kuliah pada awal pagi atau berasa mengantuk pada siang hari.

Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam Madarij al-Salikin,waktu tidur yang lebih baik ialah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira pukul 10 malam. Waktu-waktu yang tidak seharusnya kita tidur ialah selepas waktu Subuh sehingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak.
Menurutnya, tidur pada waktu-waktu ini tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya.

- Bagaimana patut kita tidur ?

Tidur mempengaruhi metabolisme tubuh dan merangsang daya penyerapan.Oleh yang demikian, banyak tidur juga tidak sihat untuk tubuh badan. Ini kerana tubuh kita menyerap wap-wap kotor di udara.

Tidur banyak bukan menjadikan kita segar bersemangat tetapi malah berasa lemah tubuh badan. Ibn Qayyim menyatakan bahawa banyak tidur akan mematikan hati, memberatkan badan, membazirkan masa, mewarisi sifat kelalaian dan malas. Beliau menyatakan hukum banyak tidur sebagai sangat makruh di sisi Allah.

Dipetik daripada karya Imam an-Nawawi, Riyadhus Salihin dalam Kitab Kesopanan Tidur, contoh tidur yang terbaik adalah sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda biasanya pergi tidur tidak terlalu malam, kemudian bangun beberapa saat setelah lewat tengah malam untuk melakukan sembahyang Tahajud dan berehat menunggu fajar menyingsing untuk bersembahyang Subuh berjemaah.

Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya tengah malam atau lewat tengah malam.

Daripada Aisyah r.a. katanya : Nabi s.a.w. bersembahyang pada sebahagian waktu malam sebanyak sebelas rakaat. Kemudian apabila fajar menyingsing, baginda bersembahyang dua rakaat yang ringan sekali, kemudian baginda berbaring atas bahagian tubuhnya yang sebelah kanan, sehingga muazzin datang lalu memberitahukannya - tentang sudah berkumpulnya orang ramai yang hendak bersembahyang Subuh secara berjemaah. (Muttafaq `alaih )

Firman Allah dalam al-Quran bermaksud : Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir, sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam. Dan pada akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah. (Az-Zariat : 15-18 )

Menurut Dr. Mohammed Osman Nasir, solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat daripada tidur malam.

Dari segi cara dan posisi tidur, cara berbaring dengan posisi terlentang adalah kurang sihat. Ini kerana cara demikian akan menekan atau menyesakkan tulang punggung, bahkan kadangkala dapat menyebabkan kita ingin ke tandas.

Tidur secara menelungkup pula tidak praktis untuk pernafasan. Tidur pada sisi kiri badan (menghadap ke kiri) juga akan mengganggu kesihatan kita, kerana menghimpit jantung sehingga peredaran darah terganggu dan mengurangi aliran darah ke otak, jika ini terjadi kita akan mengalami mimpi-mimpi sedih dan buruk.

Posisi tidur terbaik menurut sains adalah pada sisi kanan tubuh (menghadap ke kanan). Fakta ini telah diuji melalui kajian perubatan moden. Malah ia membenarkan cara dan ajaran Rasulullah s.a.w. yang bersumberkan wahyu, di mana Rasulullah s.a.w. menganjurkan kepada para pengikutnya untuk tidur berbaring pada sisi badan bahagian kanan.

Abu Bakar Jabir al-Jaza'iri dalam Minhaj al-Islam telah menghimpunkan adab-adab tidur dalam Islam seperti berikut :

1. Jangan dilewatkan tidur selepas solat Isyak melainkan ada hal penting seperti bermuzakarah ilmu, melayani tetamu dan sebagainya. Diriwayatkan daripada Abu Barzah, sesungguhnya Nabi s.a.w. membenci untuk tidur sebelum solat Isyak.

2. Berwuduk sebelum tidur. Sabda nabi s.a.w. jika kamu mendatangi tempat tidur kamu, maka berwuduklah sebagaimana wuduk untuk solat.

3. Mulakan tidur atau berbaring atas rusuk kanan sebagaimana sabda nabi s.a.w. kepada al-Barra' Mulakanlah tidur kamu di atas rusuk kanan.

4. Jangan tidur dengan cara meniarap yang menekan perut kerana sabda nabi s.a.w. Sesungguhnya cara tidur meniarap adalah tidur ahli neraka.

5. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah s.a.w. seperti membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar sebanyak 33 kali atau membaca surah al-Fatihah dan awal surah al-Baqarah sampai al-muflihun, ayat Kursi dan akhir surah al-Baqarah daripada lillahi ma fis samawat.... hingga akhir dan sebagainya.

tidur itu sebagai satu nikmat daripada Allah dan Islam juga turut mengaitkannya dengan prinsip-prinsip kesihatan yang bersifat alami.

Oleh Mohd Nizam Sahad

Sumber: Utusan Online (21/07/04)

Friday, October 19, 2007

....Episod 59.... - Dia ke orangnya ? -



Kadangkala kita sibuk mencari siapakah pasangan kita...

Hakikatnya... dia ada di depan mata kita.. ^_^

Persoalannya... bukanlah kita perlu berhenti mencari.. kerana bukan semua akan ada di depan mata... tapi selagi kita belum bersedia.. jangan mulakan kembara ...

" awk.. awk faham tak.. kita nak kahwin .. kita kena kawin.. kan kahwin tu sunnah.... dot dot dot.. " Faham.. faham sangat-sangat kahwin tu sunnah.. kalau dah sunnah tu mesti banyak fawaid nye kan... tapi ... dah sedia ke?

" awk.. kita kalau kahwin , kita nak suami kita buatkan kita benda ni.. benda tu.. lepastu kita tinggal kat rumah sendiri.. lepas tu lepas tu.. dot dot dot " Ye , memanglah kita akan mula berfikir itu dan ini tentang perkahwinan.. tapi.. langit tak selalu cerah ... hanya yang indah di benak kita.. tapi yang buruk??? ...

'Ala kulli hal.. untuk teman2 ana sendiri khususan.. ana tau ada diantara kita yang dah pun selamat bernikah... Semoga berkekalan hingga ke syurga.. bahagia hendaknya utk mula hidup berkeluarga.. Allahumma aameen.. tapi untuk yang masih perlu ke kuliah setiap hari.. yang perlu menelaah muzakirah2 tebal setiap malam.. yang masih perlu bersengkang mata sibuk beraktiviti... dah sedia ke?? betol ke dah bersedia??

" Dari sekarang ni lah kita perlu carik .. jadi agak2 dah habis belajar kan dah boleh teros kahwin .... kita selalu doa mudah2an dia suka kita.... agak2 die suka kita tak? " Persoalannya.. kita belum pun bercinta.. belum pun mula nak berumahtangga. tapi kita dah buang berminit2 masa kita fikirkan benda yang tak pasti ni.. agak2 kalau da bercinta nanti.. berapa jam sehari kita buang masa fikirkan benda mcm ni?

" awk.. kita nak belikan 'kawan' kita tu benda ni laa.. mesti dia suka kan?.. hari tu kita da belikan die benda tu , mintak2 dia pakai " ... Jawapanku " apa kata awak belanja kita makan ke.. awak belikan kita hadiah ? Insya Allah kita kan kawan... kita akan hargai apa yang awk bagi kita.. kalau awak tak bagi pun takpe.. kita tetap akan hargai awak sbgi kawan kita.. tak perlu berhadiah2 , kesian awk , belikan 'dia' itu dan ini.. tapi tak pasti apa yang ada dalam hati dia .. suka ke tak ke.. tu pun awk nk kena fikirkan ... " :s

" awk.. kita dengan die dah tkde pape lagi.. kita dah tk contact pun.. kita rasa die takde ciri2 suami yang kita nak .. dia tak faham kita n apa yang kt nak ... kita rasa kawan yang sorang lagi tu lebih baik and lebih faham kita ... " Dah bersedia ke belom ni? rasanya belum la kan.. jadi sebaiknya hentikan kembara ni... Mulakan ia bila benar2 bersedia.. Tanya hati sendiri.. sebenarnya dah sedia ke.. ?

Apa yang tertera di atas hanya satu perkongsian semata.. dan satu peringatan untuk diri sendiri juga.. kadang2 kita sibuk fikirkan perkara jauh yang tak munasabah difikirkan sehingga terlupa siapa ada di sebelah kita... sibuk fikir apa yang si 'dia' suka.. sehingga terlupa apa yang teman kita suka.. sibuk fikirkan hadiah apa sesuai utk si 'dia' tapi tak pernah fikir utk memberi hadiah pada teman kita yang selama ini menjadi tempat kita meluah rasa.. membina semangat bersama... atas satu lantai perjuangan yang sama.. kenapa fikirkan yang jauh.. tapi yg dekat diabaikan begitu rupa...

Bila hati dah bersedia.. kita tak perlu keliling kampung mencari siapakah 'dia' yang akan menjadi raja di hati kita.. Dia akan hadir di depan mata kita ... kerna DIA yang mendengar keluhan hati kita akan berikan jawapannya... ' Doa tu senjata orang mukmin kan ;) '

Akhir Kalam... untuk kengkawan yang lain ... sesiapa yang dah nak naik pelamin tu harap bilang ye! mentang2 lah kita jauh di perantauan ni...~ takkan tak nk bilang kot~ berita gembira ni.. share laa bersama ye..


"Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu "

( masih menyusun kata.... )

Monday, October 15, 2007

- Salam Aidilfitri -


Suara takbir..

berkumandang membisik di hati..

sebak terasa di dada..

ku teringat kampung halaman...



di pagi indah

aidilfitri yang mulia ini..

sayu jauh di ingatan..

ayah bonda.. sanak dan saudara...



jangan sedih..

usahlah kau berduka..

melayan gundah di hati..

gema takbir..

menambat di jiwa..



Aidilfitri.. disambut..

penuh gembira..

walaupun di perantauan ..

bersyukurlah kepada ilahi..



ku terharu..

merindukan gurauan..

lambaian di desa...

ayah bonda sanak dan saudara..

ampun maaf ku pohonkan..di angin lalu..

ampuni anak mu.. dari segala keheningan dosa..



ayah dan ibu.. dengarilah rintihanku..

di hari yang mulia . aidilfitri..penuh syahdu



Untuk Mak, abah, abg n fiqah..

Selamat hari raya aidilfitri...

entah bila kita akan jumpa lagi...

Moga Doa yang diutus sampai ke hati semua.. :'(

RINDU !

Friday, October 12, 2007

.... Episod 58.... - Fashabrun jamiiil -

Ya Rab!! tambahkanlah kesabaran yang ada dalam diriku ini!... Aku sedang diuji.. teruji.. dan masih menguji! ...... Ash-shabru miftahun maa yurja!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Saturday, October 6, 2007

....Episod 57....- Sujudku -


بسم الله الرحمن الرحيم

يا رسول الله... خذ بيدي...
.Pesan seorang kakak " Ya Rabb, jagalah adikku di rantauan .. Kukuhkanlah imannya.. Bantulah Dia.. Jikalau kau sedih Ngadu padanya…Kerana sedihmu akan sampai kepadaku.. Jikalau kau gembira.. Kau sujud padanya.. Kerana aku bisa merasakan nikmatnya.." :')


Kini dan saat ini … aku terlalu rindu.. rindu pada mereka yang berada jauh di mata…. Tak pernah aku terbayangkan rasa rindu yang begini dahsyat akan berlaku padaku.. Kenapa..? rasanya tak terkawal perasaan ini .. cukuplah rinduku pada keluarga… kini aku diusung rindu pada mereka yang baru hadir dalam hidup.. tapi kehadiran mereka hanya untuk seketika.. kerana kini kami telah dipisahkan oleh Rabbul izzati…


'Bertemu dan berpisah kerana Allah'.. aku tak pernah kenal erti ukhuwwah fillah sehingga aku hadir di bumi kinanah ini.. bumi ini mengajarku untuk bersyukur… bumi ini mengajarku untuk lihat sekeliling dan hargai setiap apa yang aku ada…


Kini baru aku sedar.. betapa cantiknya aturan Allah.. Allah pisahkan aku dengan keluarga.. untuk temukan aku dengan sebuah lg keluarga yang indah … keluarga yang bukan diikat dengan pertalian darah .. tapi dengan pertalian ukhuwwah fillah…


Ya, memang mereka abang2 dan kakak2… tapi merekalah penjaga.. merekalah pelindung.. di saat aku jatuh tersungkur merekalah yang memapahku pulang mencari kekuatan… ketika aku terluka.. mereka membalut lukaku dengan kata-kata indah… ketika aku ketakutan.. mereka datang menyelimutiku dengan selimut ketenangan… mereka seolah2 pengganti ibu dan ayah …


Mungkin… mereka tak rasa apa yang kami rasa.. mungkin.. pada mereka itu satu tanggungjawab.. memimpin adik2.. tapi padaku… kenangan yang mereka tinggalkan satu azimat.. tika aku rasa aku keseorangan… tiada siapa di belakang kiri dan kananku… kenangan bersama mereka jadi penawar…


Kita bertemu untuk sebuah perjuangan… kita berpisah juga demi sebuah perjuangan…


Benar kata seorang teman " Hargailah setiap orang yang hadir dalam hidup kita walaupun untuk seketika.. kerana.. sesungguhnya mereka hadir membawa pengajaran untuk kita … "


Sujudku … dan solatku… adalah wasilah kerinduanku.. pada tuhanku.. pada keluargaku… dan pada mereka.. yang berharga di dalam hidupku..



Salam rindu ,
Kak shefa..kak yan.. kak aton.. kak hudha …
kak ne'maat..Kak aamal , Ust ibrahim n ust ilyas ^_^


الحب في الله .. ينبغ من القلب .. لا ينتهي بالوداع .. لا يقطعه أي داع...
يزيد بالإيمان ... يقود إلى الجنان.. التلاقي به نعمة...والفراق عليه رحمة
...