
Satu ketika dahulu ..
mereka kata ' yok la fakya , pi syria ngan kitorg '
satu ketika dahulu...
aku kata ' korang la pi mesir '
Akhirnya ...
kami terpisah antara dua negara ..
walau tak sejauh mana...
perpisahan tetap terasa..
Tangan tak sampai..
akal tak tercapai...
hanya hati jadi pengikat..
hanya doa jadi pengubat..
Setiap kali
gambar mereka bertiga ku tatap ..
ianya hanya..
mengundang airmata..
Sekarang ..
aku kata ' how i wish u gerls were here with me '
mereka kata ' how we wish u were here with us '
aku kata ' kalau ada rezeki kita nak ke sana '
mereka kata ' ahlan wa sahlan '
kalau ada rezeki pun ... mereka nak ke sini ...
Kepulangan ku nanti...
akan disambut oleh keluarga...
kepulangan mereka..
walau seorang bukan bertiga..
akan tetap ku nantikan kehadirannya...
satu2 nya kepulangan
yang dapat mengembalikan
semangat yang hampir hilang...
jiwa yang hampir kalah...
senyuman yang semakin pudar ... :'(
I've been missing u girls! Doakan kita ye .. ad dua' bid dua'
Ya Habibi ya Rasulallah ... khuz biadiina
Wednesday, July 16, 2008
..... Episod 104 ..... - missing u -
Posted by Fathiah at 3:57 AM 0 comments
Saturday, July 12, 2008
..... Episod 103 .... - Kita hanya merancang :) -
Bismillahil waduudul ghafuur
Akhirnya , dah pun sampai ke episod 103 ( episod 102 masih dalam proses untuk di post ) . ' wah dah episod seratus nampak , dah boleh buat jubilee ' ... haha , kelakar la kak cik ni . ok , jadinya post ni setakat nak letak jek plan2 yang ana ada sepanjang masa belajar kat sini. Alhamdulillah , Allah dah kasi xtra masa untuk ana selesaikan semua urusan ilmu yang ana akan lakukan insya Allah . Meh kita go through sama - sama eh .... kalau sekiranya ada masa ana terlupa ke , kengkawan yang baca boleh ingatkan ye ;) .
1 - Kursus khat ( 4 tahun lagi baru selesai )
2 - Khatam hafalan al-quran ( go fatya go! sikiiiit jek lagi )
3 - Talaqqi ( dah ade 2... so lagi brapa qiraat ehk..hmm?? mintak2 dapat habis jazari skali :D)
4- Lesen kereta ( hihi... teringt zaman2 amek btt kat sg )
5- AUC ( last on the list , not really interested ah . hehe )
Buat masa sekarang ni jek yg teringat . i'll keep updating this episode :) , kepada kengkawan yang masih ingat ana tipu antum tntg keputusan ana ... Ana tak tipu . kan tak baik tipu2.. Allah marah.. heeee :D Doakan ana ye semua .
Posted by Fathiah at 4:19 PM 0 comments
Wednesday, July 9, 2008
.... Episod 101 .... - A blessing indeed -
Alhamdulillah , akhirnya result exam dah pun keluar . Walaupun ia bukan satu busyra , tetapi ia tetap melegakan dan menyenangkan . Pasti ramai yang heran dan tak percaya bila saya kata , secara peribadi saya tak sedih dengan keputusan yang saya terima . Kenapa? kerana saya tak nampak keperluan untuk bersedih .
SEBABNYA :
Pertama , gagal tidak menutup segala pintu kejayaan yang lain untuk terbuka .
Kedua , Kejayaan yang sebenar datang selepas kegagalan , orang yang tak pernah gagal hanya melalui proses memantapkan kedudukannya dan itu bukanlah kejayaan .
Ketiga , orang yang sering jatuh lalu bangun semula , lebih mensyukuri ni'mat berdiri yang telah Allah beri dari orang yang tak pernah jatuh langsung .
Keempat , ia satu ujian dari Allah , dan orang-orang yang diuji adalah orang2 terpilih yang menjadi pilihanNYA . Orang - orang mukmin bila ditimpa satu ujian mereka akan tersenyum kerana itu satu tanda Allah mengasihi mereka . ( Mudah-mudahan saya dapat mencontohi mereka )
Kelima , Saya yakin , bila datang ujian demi ujian yang tak pernah putus , tanpa saya sedari , saya menjadi lebih kuat untuk menghadapi ujian lain yang menanti . UJIAN hanyalah satu proses untuk menjadikan saya insan yang mengenal erti hidup dan juga proses untuk menjadikan saya insan yang tahan lasak dengan cabaran yang menanti diri ini .
Keenam dan yang terakhir , saya tak sedih sebab saya belajar bukan untuk satu natijah yang membanggakan orang sekeliling tapi hakikatnya saya hanya berjaya mengumpulkan maklumat yang saya baca dan hafal , tapi saya belajar untuk hadaf da'wah yang memerlukan ilmu itu benar2 masuk dalam hati saya untuk menjadi insan berilmu yang diperlukan ummah kini dan akan dtg .
Kalau dulu saya hanya bisa ungkapkan kata2 seperti ' Masya Allah lah ust/ustz ni , Allah beri die kekuatan untuk hadapi ni semua ' , tetapi sekarang aku dah rasakan sendiri . Ujian tu , bila kita redha dengan kehadirannya , ianya menjadi manis sekali . Terasa diri dikasihi , disayangi oleh ar-rahman ar-rahim . Mungkin Allah sengaja menguji tahap cintaku pada lughah untuk melihat sejauh mana aku benar2 ingin menyelaminya . Dengan izinnya , aku tidak akan pernah kalah dengan apa pun halangan yang ada . Kerana lughah aku pilih demi Al-Quran . Aku yakin , pemilik Al-Quran akan sentiasa mengiringi perjalanan berliku ini :D
" Ujian Allah datang dengan hikmah dan kebaikan . Kitalah yang perlu bijak mencarinya "
Posted by Fathiah at 2:59 PM 0 comments
Tuesday, July 8, 2008
.... Episod 100 .... - Sabar yee -
Allhumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad
' Ad - dunya darul balaa' mush gannah ' Kata - kata syeikh redha membuat aku tersentak .. tersedar daripada satu kekalutan yang sentiasa menghantui diri ini . Ujian yang datang bertimpa - timpa sering membuat aku lemah.. Sedangkan hakikatnye , itu hanya satu ujian biasa yang kalau dibandingkan dengan mereka yang berdepan dengan peperangan dan kemiskinan , itu jauh lebih menguji .
Kalau dunia itu darul balaa' , segala ujian yang ada hanyalah satu kebiasaan yang tak perlu nak dikecohkan , yang tak perlu nak ditakutkan , yang tak perlu nak disingkirkan . Kerana ia tak akan pernah tersingkir . Tetapi , ia akan sentiasa menemani .
Kalau dunia itu darul balaa' maka sabar adalah isinya . Munajat adalah penghiasnya . Menangis ? adakah ia satu keperluan kerana sedih diuji atau ia satu kemuliaan kerana meminta diri diredhai tuhan .
Kalau dunia darul balaa ' , aku harus terus tersenyum ... tanda syukur atas ni'mat yang diberikan dan terus menangis .... tanda kesal kerana sering mengeluh bila diuji :'(
" Seorang mukmin , terasa ramai dalam seorang , terasa kenyang dalam lapar , terasa lulus dalam gagal "
Posted by Fathiah at 2:14 PM 0 comments
Monday, July 7, 2008
.... Episod 99 ..... - Ku biar kalam berbicara -
" Ku biar kalam berbicara ..
Menghurai maksudnya di jiwa ..
Agar mudah ku mengerti segala yang terjadi..
sudah suratan ilahi .. "
" Ku biarkan pena menulis..
meluahkan hasrat di hati..
moga terubat segala keresahan di jiwa
tak pernah ku ingini "
Posted by Fathiah at 2:46 PM 0 comments
Sunday, July 6, 2008
.... Episod 98.... - Terima kasih adik -

Terima kasih adik..
Sepatutnya .. Aku yang mengalah
Aku yang berkorban ...
Aku yang resah gelisah...
Tapi takdir menentukan sebaliknya ..
Terima kasih adik ..
perasaanmu jelas dipandanganku ..
keperluan kami ..
kau dahulukan .....
Keperluanmu.. kau tangguh dulu ..
Terima kasih adik..
kerana sudi ringankan beban ibu & ayah..
Terima kasih adik ..
kerana sibuk fikirkan ..
pengorbanan apa lagi yang harus kau lakukan..
Aku tak halang perjalananmu...
tapi jangan kerana perlukan dunia...
kau lupa ghayah akhiratmu ..
Jangan pernah rasa tertekan..
kerana satu hari nanti..
aku pasti...
Allah akan mudahkan langkahmu..
untuk tempuhi lorong seorang mujahidah.. :)
Terima kasih adik...
Posted by Fathiah at 7:41 PM 0 comments

