CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label Blessed. Show all posts
Showing posts with label Blessed. Show all posts

Sunday, October 7, 2012

....Episod 257..... - Allah lebih dari cukup -



Dah berbulan rasanya muhasabah diri yang selalu aku buat kat blog ni aku biarkan ia berlalu macam tu je . tanpa catatan . tanpa kesan . Terlalu banyak yang dah berlaku . Imtihan , Khat , Safar , walimah , natijah , perasaan  . Kalaulah aku mampu untuk putarkan masa , mesti aku akan tulis semua kejadian yang dah berlaku , yang dah menjadi sebahagian dari aturan Allah . Aturan terbaik untuk hidup aku .
Memori yang tersisa tu , lebih baik aku tulis sekarang , sebelum ianya ditelan zaman , terhapus dari ingatan aku ni . Biar aku mulakan dengan imtihan .

Imtihan tahun ni lebih mencabar dari tahun2 yang sudah . Maddah2 yang lebih susah . perhatian yang perlu aku berikan padanya membuatkan aku takut untuk ke kelas masyayikh , mengisi jiwa dari  semangat yang pura2 aku kobarkan dengan alasan imtihan , dengan alasan kalau jasad ini perlu dimanjakan untuk imtihan . Hakikatnya , jiwa aku letih , jasad pun letih , fikiranpun letih . Tapi aku gembira , sekurang2nya aku mampu untuk mengukir senyuman dan tawa , dan aku selesa sembunyi di sebalik keceriaan aku . Biar orang tak tau takut yang aku rasa , biar org tak tau sedih yang aku rasa , biar orang tak Nampak tangisan yang tak pernah berhenti sepanjang aku ada di bumi ini . Alhamdulillah , aku Berjaya gagahkan diri untuk imtihan .. Alhamdulillah… Alhamdulillah …

Kita merancang , kita merancang dan kita terus merancang , yang tentukan tetap DIA . Kadang2  pertanyaan yang muncul dalam fikiran selalu tak sealiran dengan apa yang dah selama ni aku belajar . Aku belajar untuk redha . Tapi susah aku nak elak dari bertanya , kenapa apa yang aku rancang tak pernah terjadi ? atau sebenarnya terjadi,  Cuma kerana ianya tidak sesempurna yang aku inginkan , aku menganggap ianya tidak pernah terjadi .

Terlalu banyak benda peribadi yang berlaku waktu fatrah imtihan . Aku yang senang terganggu merasa diganggu . Aku selalu ada perasaan rendah diri . tapi aku juga orang yang pandai memujuk diri . Maka… aku pujuklaa diri utk sabar lagi redha lagi sabar lagi dan redha lagi. Kadang2 merasa lali dengan dua perkataan tadi . Tetap aku pujuk diri.

Aku dah tak ingat apa perasaan waktu ambil imtihan kemaren selain keletihan . Yang aku ingat adalah wajah dukturah nadiah , dukturah zaynab dan dukturah ulfat . Aku tau aku akan rindu wajah2 ini . Aku akan rindu suara mereka . Lebih2 lagi dukturah zaynab . Selamanya seorang inspirasi . Dukturah Nadiah juga .

Selesai Imtihan …… aku serahkan tawakkal aku pada DIA ….. diiringi kata2 sakti pengganti ubat penenang …. Kheir insya Allah… kheyr insya Allah …. Kheyr insya Allah … “ Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi wala hawla wa laa quwwata illa billahil aliyyil adzim “ :’) 

Tuesday, March 27, 2012

....Episod 256.... - Masih kepunyaanmu -



Alhamdulillah , setelah hampir lebih dari sebulan aku tk update blog , hari ni Allah beri masa luang untuk kongsi sesuatu . Banyak sangat cerita dah berlalu dan tak sempat nak dicatat di sini . Yang ada cuma cebisan memori sahaja dalam ingatan ni.

Blog ni dah menyaksikan coretan 5 tahun aku di perantauan . Kalau ikutkan tempoh belajar aku yang sebenar, tahun ni adalah tahun akhir aku . Tapi aku seolah2 baru sahaja kenal bumi ini . Apapun Alhamdulillah ... thummal hamdulillah . Banyak yang aku dah belajar dari bumi kinanah ni . Bumi khaira junuudul ardh .

PENGHUJUNG PERJUANGAN

Alhamdulillah , walaupun masih bertatih , aku sudahpun mulakan perjuangan menghafal kalam Allah , sekurang2nya semangat itu masih ada . status aku sekarang ini : penuh harap kalau aku akan khatamkan hafalan sebelum memberi lambaian terakhir pada tempat ini .

Aku pernah beritahu ust hamzah nordin satu ketika dahulu , " ust , ana takkan balik singapore selagi ana tak dapat masuk musabaqah dawliyah turki , hadaf ana di sini bukan hanya al azhar , tapi banyak lagi , antaranya ini " , Aku rasa macam nak beritahu ust , alhamdulillah , Allah kabulkan permintaan ana ust :) . Tapi terkabulnya hajat ni bermakna , aku dah bersedia untuk pulang ke tanahair . Kalau lah hati boleh ditimbang , 3 tahun dulu , hati yang mungkin hanya seberat 10 kg , sekarang ni boleh sampai ke ratusan kilo .

Yang penting , sekarang aku dah pun di Jaliy diwani . Dan aku akan menghantar karya riq'ah dan diwani . Semuanya bukan mudah .... persiapannya pasti akan beriringan airmata , sebagaimana tumpahnya airmata aku sepanjang perjalanan mendalami seni ini . Semuanya bukan mudah . Ianya menjadi lebih susah sekarang kerana aku sudah mula mengajar . Mengajar lebih dari 10 orang generasi khattat yang akan membawa seni ini ke kemuncak zaman kegemilangannya seperti dahulu , Allahumma aameen .

Mengajar dan belajar bezanya seperti menanam padi dan memakan nasi . Memakan nasi itu mudah , boleh dengan sudu , boleh juga dengan tangan , yang perlu di buat hanya bangun , ambil pinggan dan senduk nasi . Tapi menanam padi tidak begitu . Perlu tau tanahnya sesubur mana . Perlu tau mana hendak ditanam . perlu tau berapa lama perlu menunggu , perlu tau apa grade beras yang ingin dihasilkan .

Yang menambahkan susah perjuangan ini adalah imtihan tahun akhir yang akan tiba tak lama lagi . Keseriusan aku pada subjek2 kesusasteraan arab ini wajib aku maksimalkan , sehingga aku rasa setiap minit yang berlalu itu berharga . Maka terpaksa aku tinggalkan durus di masjid azhar , untuk memberi tumpuan pada khat dan imtihan .

Mak kata " cuba buat betol2 kakak . mak kasi peluang duduk sana setahun dua lagi , jadi tahun ni fokus pada imtihan , yang lain boleh buat lepas ni " Aku terkedu sebenarnya bila mak cakap benda ni . Oleh kerana tu , aku buat keputusan , April ni bulan terakhir tahfiz dan khat . Dan setelah itu hidup aku hanya akan dipenuhi buku2 imtihan sahaja kalau itu yang menggembirakan mereka . Mudah2an itu juga yang mereka redhai .

MASIH KEPUNYAANMU

Kata2 ni aku tujukan pada abah . Bila mula2 mak bagitau abah , aku nak lagi 2 tahun kat sini , abah tanya utk apa ? Mak beritahu untuk khat dan quran . Abah tanya semula , " tak fikir kee umur dah berapa , taknak kahwin ke ? " , aku cuma beritahu mak , beri aku peluang lagi 2 tahun . Aku ingin terus terusan jadi kepunyaan mak dan abah .

Aku pernah beritahu seorang teman dulu , kalau aku sangat percaya dengan pilihan mak . Akhirnya , dua tahun lalu , bila mak dah ada pilihan , aku tolak tanpa berfikir panjang . Tipulah kalau aku kata aku tak rasa bersalah . Cuma , aku memang belum bersedia , dan aku tak tau bila aku akan bersedia . Aku tak suka sentuh topik ni . Samaada waktu bersembang dengan teman2 , keluarga atau adik beradik . Aku sangat tidak suka . Topik ini juga kalau perlu nak dibincangkan , memerlukan satu entri khas untuk memberikan keadilan kepada keputusan yang aku buat . Buat masa ni , status aku : Berdoa kalau nanti dipertemukan sahaja di syurga . Biar aku teruskan dengan perjuangan ini , kalau sampai masanya sampailah , kalau tiada di dunia , biar bertemu di akhirat saja :)


~Yang didamba bukan putera raja , tetapi putera agama , perindu syahid semata ~



Monday, September 12, 2011

....Episod 250.... - semangat yang hampir senja -






"Awk ... kenapa ah skrg kt rasa mcm da malas. perasaan kt skrg tak sama dgn 4 tahun yang lalu . dulu , semua benda buat kt excited , skrg ni cm apa2 jeklah " .. ini perbualan aku dgn beitina , yang akan khirrij tahun ni . Aku tak akan boleh dapat menerimi hakikat yang aku akan tinggalkan mesir tak lama lagi ... tapi dalam masa yang sama aku rasa letih lengit dan bosan . Ini futuur ke . atau aku yang sengaja nak lupakan semua kenangan2 , pengalaman2 , doa2 dan harapan demi harapan yang pernah aku bina dulu sehingga apa pun yang aku buat skrg ni rasa mcm tk bertujuan . Tak bertujuan atau aku yang tak mampu nak semangatkan diri aku semula... entahlaa

Dah 4 tahun aku kat sini . Bila fikir2kan balik , rasanya mcm tkde satu pun daripada 5 perkara penting yang nak aku dapat dan capai by the end of year 4 aku dapat capai .. kalau belum selesai tak apa ... tpi ni aku tak mula langsung . Ada yang menghalang ke... entahlah ... yang penting kadang2 faktor kelakuan rakyat negeri ni buat aku agak menyampah . Aku tak tau kenapa , semenjak dua menjak ni aku sering memakai kacamata hukum utk penduduk negeri ni . Yang aku ingat hanya yang buruk2 saja . Yang aku ingat cuma cerita aku yang dizalimi dan orang2 yang menzalimi . Sedangkan waktu aku mula2 jejakkan kaki kat sini , walaupun hampir tiap2 pagi aku take part dalam pergaduhan kecik dengan orang arab , aku tk pernah sesal dgn diorg. Malah aku rasa aku mampu untuk point out segala kebaikan diorg ... aku mampu untuk pertimbangkan buruk baik diorang dengan akal dan perasaan yang neutral . Senang kata , dulu aku sangat husnuzzon dgn mereka .. tapi skrg...

Banyak baiknya orang2 mesir ni . Aku rasa sebelum futuur aku ni semakin melarat... sebelum aku lupa kebaikan2 yang pernah aku terima dari penduduk bumi ni , sebelum aku semakin ikutkan marah dan geram aku pada mereka ... aku perlu ingat2kan diri aku dengan semua yang pernah terjadi ... Senyum aku dengan mereka .... sedih aku dengan mereka ... tawa aku dengan mereka .... harapan aku dengan mereka ........................................................ dan lupakan marah aku sekali lagi ... bukan untuk seketika, tapi selamanya .. Aku tak tau aku dah bersedia ke tidak ... yang penting , blog ni akan jadi bukti kalau setiap kebaikan mereka tu akan aku coret , akan aku sebut sebaik mungkin, sejujur yang aku mampu ....

Untuk sekarang.. aku nak ucapkan tahniah pada semua azhariy n azhariyyat sg kerana keputusan exam yang sgt cemerlang ... untk yang tak naik tahun , takde rezeki namanya ... yakin dengan sang Pemberi rezeki .... Dia Maha Kaya ... Maha pemurah ... Maha pengasih ... Maha penyayang k :) . " Bila DIA uji maknanya DIA sayang " antum orang2 terpilih utk dapat perhatianNYA .

Sunday, July 3, 2011

....Episod 246..... - Tenang itu perlu :) -





" Kheir Insya Allah .. tenang2 aje " ... Semenjak dua menjak ni , seorang teman selalu beri kata2 ni pada saya . Kerapnya kata2 itu diberikan pada saya sekerap saya kata " sabaaarlaa " kat kawan2 yang lain . Entah kenapa saya rasa peringatan untuk saya tenang itu perlu . Kerana hakikatnya saya tidak setenang yang saya tunjukkan ... Diam saya bukan diam tenang... diam saya kadang2 berfikir.... diam saya kadang bermenung .... diam saya kadangkala bermakna ada beban dalam hati yang perlu diluah ....

Entah kenapa kalau ada saja yang menghuru harakan hati saya , orang pertama yang saya fikir adalah dia .... pendengar yang baik .... tapi bukan seorang penasihat .... yang sering dia katakan cuma " tenang2 aje " " tenang2 aje " ..... sekerat .. tapi cukup bermakna ... kerana saya sering lupa kalau tenang itu perlu ....

Dah nak masuk 2 bulan pertempuran saya dengan imtihan akhir thn ... Saya letih sekali... sangat letih .... kadang2 saya rasa macam nak letak titik noktah pada perjalanan ilmu ni .... dorongan perasaan yang sangat menyakitkan untuk saya .....

"cukup2lah tu " itu bisikan hati saya tadi .. tapi tiba2 saya dihadiahkan lagi dengan " tenang2 aje " ... Alhamdulillah ... ada saja jalan Allah nak buat saya tersenyum ......

" Tenang2 aje fathiah ... Hidup ini indah ... belajar juga indah ... jangan kusutkan hati dengan samar keinginan dunia " .... kata saya sekarang... :)


Don't say: ‘O Allah, I have worries.’ Say: ‘O worries, I have Allah.’

Monday, May 30, 2011

....Episod 244.... - Sentiasa doakan -



Apa yang saya nak cakap semua ada dalam lagu ni ..... " dari jauh ku pohon restu dan doamu " .. Hidup ini memang bukan mudah .... yang akan memudahkannya adalah bahagia dan redha Pemilik Jiwa . :)

Monday, May 16, 2011

....Episod 240...... - Dalam sujud ini -


Imtihan datang lagi ..... Kuliah pun dah selesai .... masa yang ada cuma di rumah , nota dan khat . masa berbaki... ? aku habiskan memikirkan keluarga .. ramai rupanya yang aku rindu . dan sangat2 rindu . sangat sangat sangat rindu . Kehilangan seorang ahli keluarga baru2 ini membuat rindu semakin kuat merayu ... meminta jasad ini berada bersama mereka .


Setiap kali imtihan , setiap kali itu juga , ada yang hadir mengajar aku untuk sentiasa tersenyum , memujuk aku , kalau hidup itu indah sebenarnya .... rindu bahagia kalau aku mampu utk bahagiakan diri ... dan aku punya 1001 sebab untuk terus bahagia ... , dan imtihan kali ini , gambar ini pengganti untuk kata2 dari dia ..... Sekali lagi , terima kasih .... walaupun saat2 itu tiada lagi... senyuman itu masih berbaki lagi hingga kini :)

Saya pasti , Allah akan sampaikan rasa rindu saya pada mereka .... dalam setiap sujud saya ....

Friday, March 18, 2011

..... Episod 237.... - kegilaankah ? -


Untuk kali yang keempat aku turun johor lagi , tapi bukan jauh mana puuun , takat larkin tu jek . lagi dekat dari aku gi tampiness tu . turun pun takat menghabeskan duit mak aku beli buku2 dan makanan feveret aku buat masa kini~ .... maklomlaa takde income kan~ ... tompang2 laa gaji adik aku ngan mak aku , aku buat ala2 gaji aku sendiri~ heee~


Aku start jatuh cinta nan laksa penang ni tahun lepas . Aku senanya tak suke ngan laksa ni , sebab selama ni laksa yang aku tau adalah laksa singapore yg pakai santan tu , aku memang tk feveret sgt3 ... laksa johor pun ok2 jeklaa... pekat~ ... bila aku gi Kl , rumah makcik sedara aku , die pun saji laa laksa penang ni , first time aku makan nak terbeliak biji mata aku ~ punya laa sedap .... memang start dr tu aku gilakan laksa penang ni .... kemanisan kuah tu memang boleh wat aku sengeh sensorang laaah~ ... dan untuk ke tak sampai sploh kali , aku dapat makan laksa penang ni lagik~ heee

Setelah bertahun2 aku tk dpt makan tapai , lepas nenek aku sakit , aku pun bli la kat larkin , saje je nak rasa.... kena pulaaak tapai die sangat lah lembut , full , sedaaap~... maka~ terasa nak pengsan sekejap la aku time makan tuh ..... padahal batok aku masih tahap kritikal dan demam aku baaru jek nak susut.... ~ aku berdegil juga makan benda ni~... ni namanya , usaha tak serupa doa ... doa nak sehat , tp usaha nya len ~ hai laaa~ ...... nak makan apa plak ehk lepas ni~ ? heeeee~

Saturday, March 12, 2011

....Episod 236.... - Bernafas kembali -


Bismillahil waduudul ghafuur


Pejam celik pejam celik , akhirnya sampailah masa aku untuk pulang ke mesir . 2 minggu lagi. Sesak dada menahan airmata di mesir akhirnya diluah di sini . Bermula dengan pelukan mak dan abah , sedikit demi sediikit aku mula bernafas kembali .

MASIH DI SANA

Jasad aku memang di singapura tapi fikiranku masih lagi di sana . 2 minggu yang pertama di Singapura , rutin harianku adalah duduk depan laptop , bbc , al jazeera news . Itu sahaja . Setiap berita baru yang ada hanya akan membuat aku menitiskan airmata . Aku ikuti setiap minit yang berlaku di sana . Sehingga akhirnya bila mereka mendapat apa yang mereka inginkan barulah aku dapat duduk dengan selesa di sini . Lega . 2 minggu itu juga aku sangat sensitif dengan semua benda yang aku lihat dan baca dan setiap perkara yang mampu mengingatkan aku kepada mesir .

PERJALANANKU

2 minggu itu juga agak bermakna . Hari ketiga disini aku terjumpa ust amirullah . 4 tahun aku tak bertemu dengannya . Akhirnya dipertemukan . Masya Allah . Sangat gembira . Terus teringat hafalan qur'an dan kenangan sewaktu tasmi' dengan ust . Ya Allah , rasa menyesal pun adadulu , kerana tak habiskan hafal ikut target yang ust dah letak . " Fathiah , duduk la sini " pelawa ust lepas aku tegur . Lepas habis aku cerita semua tentang mesir , ust pun sambung tanya soalan2 cepumas ~" abeh kalau duduk lama kat sini , fathiah nak buat apa ? " , " entahlah ust ,ana pun tak tau lagi . " "sambung tasmi' nak, ust boleh dengarkan , fathiah tasmi' dengan ust ye ~ " tertelan kejap ayaq liuq waktu ust offer tu . Aku memang rindu dan nak sangat sambung tasmi' , lagi2 dengan ust amir , walaupun asalnya aku tasmi' dengan ramai asatizah , tapi penutup dan guru tetap aku adalah ust Amir. Jadi feeling dia lain , ^___^! . Tapi aku tau kalau aku tak ada disiplin yang kuat . " Itulah ust , ana pun ingat nak murajaah jugak ...hmm nanti ana kol ust ye ust . "

Seminggu selepas tu , aku buat mau'id dengan kawan2 yang lain untuk jumpa ust firdaus yahya dan ustz huda . Bertemu di darulhuffaz .Masya Allah , nikmat! . sekali lagi imbasan2 waktu mula2 hafal kat mks dulu datang . Rindu mardhiyah , rindu hida , rindu atiqah :) .

Perbualan dengan seorang teman yang dah lama khatamkan hafalan , mengundang rasa hiba , " i seriously think ive let him down , my ust " . Ust Amir sangat positif kalau aku boleh selesaikan target yang beliau inginkan , malangnya , aku putus asa selepas selesai surah al-an'am .

Minggu2 seterusnya dihiasi dengan kelas2 yang masya Allah banyak kat singapore ni . Ajiib . Aturan Allah memang hebat . Lepas satu kelas satu kelas ada . Tak semua yang aku pergi . Aku lebih selesa duduk rumah . Lagipun mak dah tak kerja , ada banyak benda boleh cerita :) . Kelas februari indah dengan syeikh usama canon , seorang tenaga pengajar zaytuna institute . dan rohah ust ahmad shamsuddin . Kelas march pula indah dengan dowrah yang dibuat sendiri ke johor untuk bersama syeikh nuruddin marbu albanjari almakki .

Yang paling bermakna adalah dowrah 3 hari bersama syeikh nuruddin . Sangat2 seronok . Akhirnya dapat jumpa ummi lagi . Ikutkan hati , nak aku ceritakan setiap benda yang berlaku 3 hari tu . Tapi ..... update blog adalah kerja yang paling malaaaaas aku nak buat sekarang ni . Al-muhim perjuangan khat dan al quran akan aku teruskan saja di mesir.... masih ada lagi secebis rasa takut untuk pulang ke sana .... tapi perjuangan yang menanti terlalu besar.... sehingga aku perlu yakinkan diri aku kalau takut itu hanya mainan syaitan , kenapa perlu takut.... sedangkan Sohibussafar sentiasa ada untuk melindungi :)

Allahumma Aslih li dinillazi huwa 'ismatu amri , wa aslih li dunyayallati fihaa ma'ashi , wa aslih li akhiratillati fihaa ma'adi ..........

Monday, February 7, 2011

..... Rehat..... - Dan rahmatmu melangit luas -

Monday, January 24, 2011

....Episod 230 .... - Dan Tawakkal ini... -


Sesiapa yang mencintai sesuatu , lidahnya akan banyak melantunkan namanya . Seperti lidah orang yang mencintai Allah akan sentiasa basah dengan memujinya – status seorang teman di fb

Dan sebenarnya , saya baru sedar , kalau tawakkal itu adalah natijah husnuzzon pada DIA . Bila saya kata saya tawakkal kepada DIA bermakna saya sedang sangat redha degan urusan saya . Tapi kalau tidak …. Adakah su’uzzon telah mula merayap dalam hati saya … … Irham dha’fana ilahi …. :’(

Saya sedang cuba dan akan terus cuba untuk mendongak ke langit ….melihat luasnya rahmat dan kasih sayang Sang PENCIPTA pada makhluknya yang bernama manusia .

Hati ini terlupa seketika untuk sentiasa bergembira dengan ketentuanNYA …. Kerana lidah sudah hilang tarbiyahnya … Hati ini terlupa seketika untuk bersangka baik pada DIA kerana terlalu mengikut cita2 dunia …

- “ Dan tawakkal ini benar2 diuji “ tidak sepatutnya terlintas dalam fikiran ni .




" Wa ufawwidu amrii ilaika ya ilahi ~ "

Saturday, January 8, 2011

....Episod 229..... - Tenanglah wahai hati -



Dulu , sebelum saya jejakkan kaki ini ke Bumi Nabi Musa , dan sebelum hati saya tertanam benih rindu pada Bumi Nabi Hud , saya pernah bermimpi kalau satu hari nanti jasad saya akan bersemadi atas Bumi Nabiyyuna wa syafi'una ,sayyiduna Muhammad Rasulillah . Kalau memang mimpi itu hanya akan tinggal mimpi , mudah2an saya akan diberi kesempatan untuk bermimpi tentangnya sekali lagi :') .

Imtihan hanya 2 hari lagi . Setiap kali imtihan fasl awwal , ada saja ujian dan mehnah yang turun atas rahmat ilahi . Saya bersyukur kerana terpilih mendapat ujian saat saya benar2 yakin kalau masa dan peluang itu adalah milik saya , ALLAH tunjukkan bahwa saya terlupa kalau DIA pemilik sebenar setiap detik yang berlalu dalam hidup saya .

Seminggu yang kritikal di atas katil membuatkan saya terfikir , kalau imtihan ini bukan segala2nya . Hilangkan ketakutan yang saya ada . Takut untuk tk lulus ? ... hmm ... takut untuk kecewakan mak abah ?..hmm .... takut dengan kata2 orang nanti ?? ...hmm ... saya pernah lalui semua ni .. ... dan sekarang bukan ini yang saya takutkan .....

Yang saya takutkan adalah perasaan ingin mengejar kejayaan dunia . Saya perlu betulkan kembali hati ini , untuk belajar dan terus belajar kerana agama dan bukan mengharapkan pujian dari orang semata . Saat perasaan ikhlas lillah itu semakin menghilang , Allah berikan pukulan kasih sayang ... walaupun seminggu saya tak mampu untuk bangun dan belajar.... waktu2 berbaki yang saya ada ni cukup untuk saya murajaah apa yang patut utk imtihan nanti.... Biiznillah ....

Tahap tawakkal saya hari ni dah naik 80% . Masih ada doa dan baki usaha . :)

‎"Go easy on yourself, for the outcome of all affairs is determined by Allah’s decree. If something is meant to go elsewhere, it will never come your way, but if it is yours by destiny, from you it cannot flee." - Umar ibn al-Khattab R.A

If it's meant to be, then it's meant to be.. Either way, forever we thank you Allah.... ( dari facebook seorang sahabat .... :) )

Sunday, December 19, 2010

....Episod 228..... - M.A.A.F -


" Tidak ramai insan yang berjiwa pemaaf di dunia ini . Dari itu didiklah diri supaya jadi pemaaf , bukan kerana dunia memerlukannya semata-mata tetapi kerana itulah yang diajarkan Allah dan Rasulnya . Nescaya hatimu akan menjadi lebih tenang dari yang pernah kamu alami " - Abu Raiyan

Apa yang saya ceritakan dalam blog ni memang tentang diri saya , kelemahan saya , kesedihan saya , apa yang saya fikirkan , apa yang membuat saya bahagia . Memang tentang saya . Kalau ada yang mampu nak baca shakhsiah saya menerusi blog saya , itu bukan sesuatu yang aneh bagi saya . Kerana tempat ini wadah saya meluah rasa . Kenapa ? Kerana satu hari nanti kalau saya tak ada lagi .. sekurang2nya ada yang saya tinggalkan untuk dikenang . Satu hari nanti kalau saya dah tk ada dan anak2 sedara saya nak tau siapa saya , blog ni ada untuk mereka berta'arruf dgn saya ~ huaaaa emo la pulak~ huhu ...

Saya sangat suka dengan perkataan maaf , maafkan , dimaafi , kerana saya perlu sering mengingatkan diri saya untuk sentiasa memaafkan orang . Saya yang orang kenal adalah saya yang tenang . Saya yang orang kenal adalah saya yang pendamai . Saya yang orang kenal adalah orang yang tak suka marah . Saya yang orang kenal adalah orang yang selalu tak kuasa nak layan orang . Saya yang orang kenal adalah orang yang mampu mendengarkan luahan rasa orang lain .

Saya yang sebenar , adalah orang yang lambat marahnya dan sangaaaat lambat redanya . kadangkala marah itu sampai menjadi dendam ... kadangkala marah itu berterusan sehingga terputus hubungan tu . Allah~ Kelemahan yang paling bahaya dalam diri saya adalah susah nak memaafkan orang sehingga hidup saya susah menjadi tenang . Hari ini mungkin saya mampu nak kata saya maafkan dia , bila esok mata bertentang mata , rasa marah dtg semula . Allah~ ...

4 tahun di Mesir baru setahun dua ni saya belajar erti maaf . Baru setahun dua ni saya kenal ni'matnya memaafkan orang . Baru setahun dua ni saya merasa diri saya bebas , mampu untuk memujuk diri saya kalau marah tu tak akan membawa saya ke mana2 . Baru sekarang saya mampu tersenyum . Baru sekarang saya sedar hati saya sebenarnya tidak dicipta untuk menyimpan dendam , tapi dicipta untuk menyimpan rasa cinta dan kasih sayang .

Atas sebab inilah kata2 sultanul 'asyikin sentiasa saya bawa ke mana2 , kerana kata2nya terlafaz dari hati yang penuh dengan cinta , dan saya selalu rasa kalau hati saya mudah menghadam kata2 cinta darinya . Siraman air cinta dari Rumi sentiasa mampu memadamkan api marah dalam hati ni .

Once you forget yourself, God remembers you: once you've become His slave, then you are free. ~ Jalaluddin Ar-Rumi

The tale of love must be heard from love itself. For like a mirror it is both mute and expressive. ~ Ar-Rumi ,
and so, how on earth can e tale of love be heard from an angered heart ? :S , e only direction i have is to renounce the love in me so that e tale of love could renounce its existence.. hmm ... Wallahul musta'an

~ Menjadi muslim yang kuat bukan mudah~

Saturday, December 18, 2010

.....Episod 227..... - Winter finale -




" Awak , tak penat ke banyak2 kelas khat , lepastu kelas syeikh lagi " " Awak susah betol nak jumpa awk , padahal satu imarah " " kak fakya , susah tau nak buat ijtima' ahli beit , asek bz jek " . Jawapan saya , tak , saya tak penat . Kalau pun saya penat saya tetap akan kata saya tak penat . Ada banyak benda yang cuba saya elak untuk difikirkan , oleh sebab tu , saya sibukkan diri saya , biar tak hanyut dibuai perasaan .


Sampai sekarang saya masih lagi belum benar2 tawaqquf dari semua kelas ni . Entah apa lagi yang akan saya buat , saya pun tak tau .. Entah apa lagi yang saya takutkan , saya pun tak tau . Entah apa lagi yang merisaukan hati saya ni... saya pun tak tau . Sebab terbesar kenapa saya tak suka ada masa luang . Kerana saya pasti kalau saya akan terfikir benda yang tak ingin saya fikirkan . Yang saya tau ... Hari esok akan datang .. apa pun yang saya buat ia tetap akan datang ... tapi saya bukan perancangnya ... Yang saya tau ..... hidup untuk hari ini ... Kalau saya bertemu fajar lagi ... akan saya dakap sinarannya dengan senyuman ... mensyukuri sehari lagi keberadaan saya atas bumi Ilahi .


Imtihan hanya 20 hari lagi~ ... Sekali lagi , yang saya ada cuma usaha dan tawakkal ... natijahnya terserah pada DIA . Ya , natijahnya terserah pada dia .


oh , dan satu lagi , yang saya ada ... adalah doa dari mak dan abah ... saya tau mak akan baca post ni , saya juga tau mak pasti akan cakap " Mestilah mak akan doakan , kenapa ckp mcm tu " :) , saya sangaaaaat rindukan kata2 hikmah mak , saya sangaaaat rindukan masa2 tengok cite korea dengan abah , rinduu nak sakat adik , rindu nak layan lawak2 abg :'(


dan saya juga rindu cerminmata saya ^_^" . Saya susah nak fokus bila belajar tanpa cerminmata ..huaaa ~ doakan sy rajin nak buat cerminmata hujung bulan ni ( kalau ada time ) .

Thursday, September 9, 2010

.....Episod 223..... - Pandanglah aku ya Tawwab -




" Ya tawwab~ tub 'alaina... ya tawwab tub 'alaina... warhamna wanzur ilaina.. warhamna wanzur ilaina ~ " ... terdengar bergetar suara abah mengalunkan qasidah ni selesai solat terawih terakhir semalam .... airmata ini tak mampu aku tahan lagi ...

sebulan ramadhan .... hanya beberapa hari sahaja yang benar2 aku ramadhankan .... itupun kerana peruntukkan free time yang aku ada aku gunakan betol2 ..... minggu pertama... itu ramadhan paling best... berkobar2 semangat aku sepertimana berkobar2nya semangat para atlit kat yog nak menang pingat emas... masuk minggu kedua... niat nak menang pingt emas aku turunkan sket jadi pingt perak~pingt gangsa pon oke gak ... masok minggu ketiga tetiba kepala otak aku reformat snirik .... jadual 10 pagi sampai 6 ptg mengajar kat sekolah rendah sepenuh masa memang melelahkan aku~ haiz... niat nak buat persiapan awal raya tk kesampaian .... Maka... minggu keempat... korang tau2 la snirik .... virus bersengkang mata yang melanda masyarakat kita time2 nak raya tu terjangkit jugak kat aku ..... oleh kerana itu , aku rasa aku adalah orang yang paling rugiiiiiiiiiiii sekali ramadhan kali ni~ ;'(

Ya , aku memang rindukan mesir . Tapi aku lebih rindukan masa2 yang aku habiskan bersama keluarga . Semakin dekat hari kepulangan ke mesir... semakin aku takut... takut kalau tak dapat nak control rasa rindu tu nanti... Takut perasaan2 tk best yg ada sepanjang dua tahun lalu kembali lagi... untuk dua org kawan yang akan berangkat ke madinah tk lama lagi.... terima kasih banyak2 sebab sentiasa ada untuk dengarkan 'jeritan' emosi aku . Aku akan rindu gelak ketawa dengan korg.... ++time spent dengan classmate sume.... Jazakumullah ...

Rutin bersembang dengan mak hampir setiap hari kat dapur aku resume asap bila sampai sg kemaren . Sebulan setengah dah berlalu .... banyak yang aku belajar dari mak.... apa pun ,yang penting.... nak berjaya kena sabar kan .... takpelaaa sabaar .... walaupun perkataan sabar tu sama ertinya dengan airmata kalau ikot kamus idup aku ... untuk satu kejayaan ianya perlu dilaksanakan ..... :)

Pandanglah aku ya tawwab .... aku hanya seorang hamba yang sentiasa lupa mensyukuri nikmatmu

Pandanglah aku ya tawwab.... aku hanya seorang hamba yang cuma mampu mengemis untuk meraih cintamu



Saturday, August 28, 2010

....Episod 222.... - hari ini -



Saya sangat menghargai orang2 yang selalu buat saya ketawa dan tersenyum . Kerana mampu untuk tersenyum bermakna saya sedang redha dengan apa yang terjadi dengan diri saya . mampu untuk tersenyum bermakna saya sedang memujuk hati saya untuk terus gagah menghadapi hari2 depan saya . Secara tak langsung senyuman saya menjadi perisai saya untuk tidak dikuasai emosi2 yang takdiingini . secara tak langsung juga , senyuman saya adalah insulin yang saya suntik ke dalam hati untuk sentiasa berfikiran positif ... untuk sentiasa yakin kalau Allah ada di luar jendela... memerhatikan saya ... memberi berjuta peluang untuk saya tolehkan pandangan saya kepadanya setiap kali ujian menimpa... Allah yahdina waj'alna sababan limanihtada ... " Pilihan Dia untuk kita lebih tepat dari pilihan kita untuk kita " tuk pemilik kata2 ni... tima kasih sebab ajar saya tuk senyum heee :D

Hari ni.... hmm tkde pape sangat jadi senanya..huhu ... masuk hari ni , dah sebulan 2 minggu n 4 hari aku kat singapore... im left with less than 2 months k ... hmm .... im enjoying my everyday life kat sini minus goin out to teach in madrasah... (padahal blum start pon~) , ntah dah brapa banyak tah permintaan org nak suh aku ajar base arab aku tolak ... aku lagi suke kot menjadi encik suri~ ...

Hari ni , pepagi tadi aku dah kuar , nak kene gi madrasah.. yang jauhnya lam 40 minit naik mrt + waktu aku berjalan nak ke mrt kira 1 jam la gamaknya nak gi skolah tu ... Ust yang aku nak kena ganti hari esok sehinggalah hari ahad depan ni nak ke umrah . dah pi pon td petang.... haiz... lepas dapat briefing yg ringkas lagi padat td , aku pun jumpa laa alumni2 mwti yang masih lagi berkhidmat kat skola tu ... paling best td dpt catch up cerita ngan nisha the chiliflakes lover , kak rai n kak masaini~ ....

Hari ni , kak rai kata kak rai rindu sgt mesir.... aku pon rindu gak tapi aku paham lagu mana rindu kak rai tu...kalau aku bayangkan aku tk dpt balik mesir lagii haru biru perasaan aku dr kak rai agaknya ....

Hari ni ... lepas jumpa kak rai... aku masuk tengok musabaqah tahfizul quran... yang sekolah aku anjurkan wat kali ke 13... tetiba aku tergerak nak tanya kak rai " Ust pengerusi majlis tu skolah mana kak rai ... ( aku xpect kak rai kata aljunied ke arabiah ke wak tan ke ) ? ," " ouh die dari darul mustafa , yaman .. " " ouhh okay... sebelum tu dia dari mana ? ( ingtkan kak rai dah get the quest ) " " Ouh die dari syria " " oouhh okay... abeh sebelum tu lagi die dari mana ?" "" ouhh nak tanya tu hihi... die dari aljunied... " " ^_^" heh... kecoh la kak rai " . " Die mengajar kat sini kee? " " a'ah... cey2 fatya tanya2 sey " " heh takde ehhhh kak rai... tkde maknanya... kt tanya sebab muka dia cm pernah nampak laa... macam org kat madihul mustafa kan ?" " laaa memang ponnnn " .... ^_^" , mana la aku tau ... aku tgk video dorg sekali jek... kat atas ni aku tunjuk video zoom punya muke dorg satu2... ust tu siap vocalist lagi jgn tk tau.. boleh plak aku tk pasan... heh

Hari ni , bila tersebut pasal syria... aku tros tengat kat atiqah n mardhiyah n hida... atiqah yg jauh dimata n memang kompem tk dpt nak nengok ... n hida yang tk balik2 lag sg , n mardhi yang dah berpunya n yang blom di jodohkan lagi utk aku jumpa nan dia... tros aku rasa cm nak nanes... Aku rindu sangat kat mardi .... Smalam aku mimpi , aku jumpa mardhi n zaujnya .... pastu aku peluk mardhi n nanes sepuas2nye... dan bila aku bangun tidur aku rasa sangat sedih .....

Hari ni ... lepas balik dari geylang .. aku sangat penat..... kaki aku sangat saket.... dan besok ada perjuangan lagi dr 8 pagi sampai 8 malam....

Esok.... esok nye cite...

tesbah 'alal khair~

Sunday, August 1, 2010

.... Kekaguman.....



( Bacaan syeikh muammar - kira legend la ni~ )
Aku cuma mampu kagum jek skrg ni~ ... sebab dah lama tinggalkan zaman2 tarannum ni . Ada yang ajak kembali aktif dalam dunia tarannum ni~ ... ada jugak yang tanya kenapa tak teruskan dengan musabaqah ... kalau tntang musabaqah ... sebenarnya abah saya tak kasi . saya diizinkan belajar sahaja bukan untuk musabaqah . Masih teringat lagi kali pertama masuk musabaqah ... abah saya langsung tak hadir .. saya taknak masuk musabaqah atau penuhi undangan2 untuk majlis dengan bacaan al-quran tanpa redha abah saya.. sepanjang saya pergi ke mana2 majlis abah saya tak pernah hadir ... walaupun mak saya supportive . Saya ingt lagi bila saya tanya abah boleh tak saya masuk musabaqah ... " kan dulu abah dah kata , abah hantar ko belajar ni , belajar untuk diri sendiri ... "Abah saya ada pendapatnya sendiri tentang lantunan suara perempuan di depan ramai orang... ... Tak apalaa...~saya tak kisah .... selagi tak habis hafal quran ... sy cuma mampu kirim salam jek kat tarannum ~~ ..... Sampai jumpa lagi~ :)

Thursday, July 29, 2010

....Episod 217..... - S_Y_U_K_U_R -


Bismillahil wadudul ghafuur

Allahumma solli wasallim wa barik alaih wa'ala alih

Terlalu banyak yang ingin aku ceritakan dalam diari alam maya ni . Tapi aku tak terjumpa kalimah2 yang mampu nak luahkan semua yang sedang aku alami . Lidah ku kelu ketika akal sedang cuba menghadam segala yang tersirat atas semua yang berlaku dalam hidup aku .

BERHENTI BERMIMPI

Sebelum pulang ke singapura , Along kata , " awak .. halimah kata kat yaman dia mimpi awk " terkejut berbaur sayu mendengar berita itu . Terkejut kerana ada orang mimpikan aku.. sedangkan aku sudah berhenti bermimpi untuk ke sana~ tetapi.. api harapan akan tetap aku nyalakan . Cuma aku tak ingin bermimpi lagi... kerana ia hanya akan menyakitkan aku ... Syukran pada huda , halimah dan ainul yang mendoakan ....

TERUS BERJUANG

Aku masih lagi menulis . Menulis dan terus menulis .... Aku masih belum pasti apa yang ada dalam dunia khat untuk aku, yang pasti perjuangan ini lillah ... demi cinta suci ini... aku tak akan bermimpi yang indah2.. kerana takut terluka andai mimpi tinggal mimpi ... yang ada sekarang ini cuma kerja keras .... syukran pada ust zainuddin dan ust nasr yang banyak memberikan kata2 semangat...

SAMPAI JUMPA LAGI

Aku tak ucapkan selamat tinggal pun kat syeikh. Aku cuma mampu hadir kelas syeikh yusri ... Aku cuma mampu sematkan rasa rindu ni dalam diri ... Aku tak nak ucapkan selamat tinggal pada syeikh ... hari terakhir di hussin , aku rasa tak sanggup nak melangkah masuk ke dalam masjid al-azhar untuk bertemu dengan syeikh ahmad ... , keluar saja dari pintu kelas khat ... aku terus menuju ke arah tempat menahan teksi ... aku hanya mampu tersenyum hiba melihat bangunan masjid tegak berdiri di sebelah aku ..... Aku tak ingin ucapkan selamat tinggal ... aku ingin seolah2 aku tidak meninggalkan negeri itu ... aku pasti akan pulang... itu bahasa yang ingin aku sampaikan ... aku akan pulang... aku pasti... Tuhan .. kabulkanlah ..! hanya itu yang aku harapkan waktu itu ...

DALAM HATI INI ADA KAMU

Saat berpelukan dengan 3 orang istimewa kat airport kemaren ... aku memang tak mampu nak mengalirkan airmata ... kak ecah .... idah ... n along.... tangisan yang ada dalam hati tu lebih lebat dari yang selalu korang nampak drama airport kt.... Only Allah knows how i miss every single time we have spent together... Kak ecah .. Aku dah anggap macam tempat aku berteduh .... setiap kali aku rasa futur datang... kak ecah selalu ada untuk hilangkan perasaan tu ... ur strength inspires me , after this i got no more nurse :'( ....

Ida... every smile that u succesfully put on me .... every smile of urs makes me stronger when im down.... Thanks ida for making people smile .... Banyak yang dah aku belajar dari seorang insan bernama shahidah watib . Kesungguhannya untuk membuat semua orang di sekelilingnya tersenyum walaupun dirinya menangis adalah sebab kenapa aku terus terusan tersenyum atas bumi kinanah ....After this no more miss smiley for me~:'( ...

Along... walaupun along cuma pindah rumah , tapi i iwill surely miss my discussion partner .... Antara orang yang paling aku hormat pendapatnya .... pendapat yang terhasil dari kematangan dan safar ... pendapat yang sentiasa mengetuk pintu kesedaran aku ..... Syukran untuk semuanya along....

YA ALLAH !

Sampai saja di airport sg , aku tak tau apa yang patut aku rasa... bila dapat peluk mak dan abah .... aku masih tak mampu untuk satu tangisan ..... bila melihat diri sudah gagah menjejak tanah singapura .... airmata ku hilang kata2 ... yang hanya mampu terucap hanya YA ALLAH ! ... apa yang terjadi seolah2 mimpi jadi nyata . Dua tahun di mesir memang bukan waktu yang lama . Tapi ia cukup untuk membuat aku merasa .. pulang itu hanya satu mimpi .... dan mimpi itu terjadi kini .... rindu itu akan terubat ....janji2 akan terpenuhi ...

Aku seolah2 tidak percaya ... kalau Allah mendengar doa yang selama ini aku luahkan.... Syukur aku sudah ada di samping keluarga di sini ..... syukur atas semua ni'mat yang telah Allah berikan .... Syukur kerana aku semakin mampu untuk terus tersenyum..... percaya dengan janji Allah ... percaya dengan janji Allah ... Percaya dengan janji Allah.... " ud'uunii astajib lakum" :')

Kepada orang yang selalu buat sy tersenyum... tetiba sy terindu kat awk~ ... semoga semua urusan dipermudahkan oleh Shohibul hubb .... shohibussafar...shohibuddunya wa ma fiha... Syukur atas perkenalan ini .. :)

Monday, July 19, 2010

....Episod 216.... - Dengarlah mentari -


Aku tak pernah lupa apa yang aku pernah sampaikan suatu ketika dahulu . Sebelum pulang ke singapura 2 tahun yang lalu , hari terakhir orientasi , aku diminta memberi ucapan untuk adik2 tahun 1 waktu itu . " Aturan Allah sangat hebat . Allah pisahkan kita dengan keluarga di singapura untuk temukan kita dengan keluarga besar yang indah di sini "


Untuk adik2 yang akan datang ..... keluarga antum di sini sedang menanti kedatangan antum . Terimalah kami seadanya .... terimalah mesir seadanya ..... terimalah kehidupan antum nanti seadanya .... Antum hanya ada kami di sini ... kami juga hanya ada antum ....

Beberapa jam lagi ... aku akan tinggalkan bumi yang mengajar aku erti sebuah kehidupan ..... bumi yang mengajar aku untuk senyum dan terus tersenyum... mensyukuri nikmat sebagai tolib di bumi anbiya' ni ...... Kota bersejarah ini akan menjadi kota yang menyimpan sejarah hidup aku juga ...

Kerana beg yg dah sedia berat ni .... aku terpaksa tinggalkan bahan bacaanku tentang sultanul asyikin jalaluddin ar rumi buat seketika . Rumis' thoughts a mewlewi perspective banyak membuat aku tersenyum ... memujuk hati yang merajuk ..

Apa pun.... perasaan aku waktu ni ..... ada lam lagu ni kay ....smileeeeeeeeee :D

Monday, July 12, 2010

.... Episod 214 .... - Ku biar gambar berbicara -

























Syathi' cleopatra n 'agiba , u will be dearly missed ~ ....

Monday, July 5, 2010

.....Episod 213.... - Ayat ayat cintku -


Sentuhan lembut tangan ayat masih lagi terasa . Sembam rasa sayu masih lagi tersisa . Bekas airmata ayat masih terasa basah di jari2 aku . Pertemuan dengan teman arab ayat tadi petang adalah suatu pertemuan yang terlalu tidak aku sangka .


Pulang dari kelas khat di hussein, aku ada mau'id dengan seorang senior di kelas khat utk ke darasah , ust Nasr . Katanya nak ajak beli kertas qusyeh yang kami gunakan untuk tulis khat . Sementara menunggu dia datang , aku membuat keputusan untuk menziarahi gami'e azhar yang dah lama aku tinggalkan ...... semata2 untuk imtihan . Ikutkan hati , rasa nak sujud je kat lantai putih masjid .... terharu ... kerana masih diberi kesempatan oleh al-khaliq untuk menghirup udara barakah masyayikh dan dars yang sedang berlangsung. Selesai solat , dengan pantasnya aku ke mugharabah untuk menghadiri kelas syeikh ahmad . seminit ke dua minit ke ... aku tak kesah . Yang penting dapat dengar n tatap muka syeikh . Baru sahaja aku sandarkan bahu ke tiang mugharabah ... ayat yang rupanya duduk di sebelah , menyapa lembut bahu aku .

" kakak , how r u " , sapanya . Ketika memandang wajahnya , aku tersenyum hiba . dah lama aku tak bertanya khabar dengan ayat . Ayat sekarang dah mcm pelajar msia . Pakaiannya dah bertukar . Masya Allah . aku terus mencari tangannya dan aku genggam seerat mungkin . Aku usap lengan ayat . Usapanku membawa makna dari hati . Usapanku seolah2 berkata ... aku gembira dapat jumpa kau hari ni .... insya Allah semuanya kheir .... Allah akan sentiasa ada dengan kau .... dan engkau akan sentiasa aku rindu . Ayat juga menyambut genggamanku . Aku cium tangannya membawa makna , Semoga kau berjaya ayat , semoga kau dapat apa yang kau inginkan .Ayat menyambutnya dengan sebuah kucupan di tangan ku .... dan lepastu ayat tak henti menangis .... Aku menarik nafas panjang.... tangisan dan genggaman tangannya membuat aku menangis bersama .

Aku pasti ... hati aku juga sangat pasti ..... sentuhan ayat ... sebenarnya adalah kata2 yang tak terluah . Kata hati aku ... ada banyak yang ayat nak cerita . ada beban kat bahu ayat yang ingin diluahkan pada aku . Waktu tu , terasa berdenyut hati aku ni... cuba mentafsirkan airmata ayat . Aku rasa sangat bersalah... kerana tak ada dengan ayat waktu dia perlukan nasihat dan kata2 semangat . Tak sempat nak minta maaf , ada panggilan yang memaksa aku untuk pergi meninggalkan kelas dan ayat yang masih berairmata .

Aku kesat airmata ayat ..... dan berlalu pergi , selepas memberikan ayat pelukan terakhir... " Kakak , i live with msian students now , find me kakak ... meet me again " . Aku hanya mampu mengangguk sambil cuba menahan airmata aku ....

Aku tak pernah menafikan yang aku pernah rasa rimas dengan ayat suatu ketika dahulu setiap kali cerita tentang pasangan hidup dibangkitkan . Tapi aku juga pernah sebut setiap kali aku post tentang ayat... ayat adalah seorang teman yang sangaaaaaaaaaaat baik . Semoga Allah melimpahkan kebahagiaan dan memberikan dia seorang pasangan hidup yang dia ingin kn .

' I do not want much kakak , i only want a husband that will accept me as i am and who will be kind to me ... and who will treat me like Rasulullah sollallahu alaihi wasallan did to ummahatul mukminin .... and i think msian have that qualities ' - Ayat

Semoga Allah mudahkan perjalanan hidupnya ...