CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, February 27, 2007

....Pandangan....



Selagi pandangan matamu berkeliaran
Segala pemandangan akan membebani hati
Kau pandang segala sesuatu di luar kemampuan
Sebahagian lain tiada kesabaran lagi


Segala peristiwa berawal dari pandangan mata

Jilatan api bermula dari setitik bara
Berapa banyak pandangan yang membelah hati
Laksana anak panah yang meleset dari tali


selagi manusia masih memiliki mata utk memandang

Dia tidak lepas dari bahaya yang menghadang
Senang di permulaan dan ada bahaya di kemudian hari
Tiada ucapan selamat datang dan ada bahaya saat kembali


Wahai orang-orang yang melepaskan anak panah yg sesat

Engkaulah sang pembunuh namun tiada mengena
Wahai orang yang mengambur pandangan untuk mencari ubat
Kau datang dengan membawa kayu bakar yang mebara
Hatinya tidak dibiarkan kerana bekal padangan
Dengan bekalnya itu dia tidak menyedari apa yg terjadi


Tak kulihat siapa pembunuh dan siapa korban pembunuhan

Tanpa senjata yang menyertai kerana maksud hati
Siapa yang didatangi musuh dan pendengki
Aku akan datang dengan mata dan hati
Keduanya berganti2 pandangan dan fikiran
Tidur dan fikiranku dijadikan tawanan


Dengarlah wasiatku wahai semua orang

Usah perhatikan lagi penyedap makanan
Cinta itu berakhir dengan angan-angan
Bermula dari canda dan gurauan


Wahai pandanganku yang berlumur dosa di badan

Dengan airmata kan ku hapus dosa kepedihan
Aku ingin menangis kerana cinta dan lara
Kau kenyang kerana ngantuk yang menyerangnya
Tak mungkin kerlingan tanpa pandangan
Tak mungkin ada diri tanpa badan


Wednesday, February 21, 2007

....Episod 18....-Adab menuntut ilmu-


1 - IKHLAS NIAT - Kewajipan ke atas setiap muslim di dalam memastikan niat ketika menuntut ilmu adalah ikhlas kerana Allah dan bukannya untuk mencari habuan dunia yang sementara kerana Rasulullah S.A.W pernah memberi amaran yang mana Allah akan menyediakan tempat di dalam neraka bagi mereka yang menuntut ilmu untuk kesenangan dunia semata-mata tanpa memikirkan maslahat Islam dan ummatnya. Memang agak susah untuk ikhlas di dalam belajar tetapi kita mesti terus berusaha ke arahnya. Kita yang berada dalam sistem sekular yang mementingkan material menyebabkan kita terlupa bahawa ilmu yang dipelajari bukan untuk mendapatkan tempat dan kedudukan serta kerja tetapi adalah untuk menjauhkan kita daripada kejahilan yang mana dengan ini mampu menjadi perisai diri di dalam melawan arus kesesatan dan seterusnya membawa perubahan kepada keislaman. Ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk dan bukan seperti lalangyang tinggi semakin mendongak ke langit menyombong diri . Ingatlah bahawa org yang benar ikhlas dalam menuntut ilmu sahaja yang mampu memiliki sifat terpuji termasuk merendah diri . Setiap orang akan binasa melainkan orang yang berilmu,setiap orang yang berilmu akan binasa kecuali orang yang beramal dan setiap orang yang beraamal akan binasa melainkan orang yang benar-benar ikhlas .

2 - TEKUN BERUSAHA DAN TAWAKKAL
- Sentiasa bersungguh-sungguh dalam pembelajaran tidak kira dalam apa jua keadaan atau masa dengan menghindari perasaan malas dan mudah jemu dengan buku pengajian. Ini dapat diatasi dengan membaca nota atau buku-buku kecil yang ringan atau mendengar kaset-kaset ceramah agama . Perkara tersebut dapat melembutkan hati kita kerana sesiapa yang menjauhi nasihat ditakuti akan menjadi keras hatinya .Selain itu, kita juga hendaklah mewujudkan suasana pembelajaran itu di rumah terutamanya . Dihiasi dengan budaya ilmu dan bukannya budaya hiburan yang melalaikan semata. Di samping itu, kita mestilah bertawakkal kepada Allah agar kejayaan diimpikan akan menjadi milik kita . Tawakkal yang dilakukan mestilah mencukupi syaratnya isitu berusaha,tekun,yakin,tidak mudah putus asa dan menyerahkan keputusannya kepada Allah sepenuh hati .

3 - MENJAUHI MAKSIAT - Imam syafi'ie pernah berkata : 'ilmu itu adalah cahaya Allah dan cahaya Allah tidak menerangi ( memberi petunjuk ) kepada orang yang membnuat maksiat . Sebagai seorang thalibul 'ilm, kita mestilah menghidupkan budaya amar ma'ruf nahi munkar dalam diri dan suasana sekeliling mengikut kemampuan yang ada.Sesungguhnya ilmu itu adalah nur yang suci yang mana ia tidak dapat kita perolehi jika diri kita sentiasa disaluti dengan najis-najis dosa. Cubalah sedaya yang mungkin dalam menghindari kehendak nafsu kita dengan menutup segala jalan menuju ke arahnya. Jangan sekali-kali kita membuka jalan kepada maksiat untuk bertapak di hati kita.Jangan ambil ringan dan mudah terhadap maksiat yang kecil kerana ia akan menjerumuskan kita kepada maksiat yang lebih besar .Sesungguhnya dosa yang kecil jika dibuat berterusan akan menjadi dosa yang besar .

4 - MEMILIH TEMAN YANG SOLEH - pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah kebaikan dan cubalah hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sa0a lain di dalam rumah kita sendiri samaada berbentuk rasmi seperti diskusi kitab atau perbincangan yang tidak rasmi setiap hari . Luqman al-hakim pernah berpesan kepada anaknya supaya sentiasa bersama orang alim dan soleh serta menghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah menurunkan keberkatan kita turut sama memperolehinya.

5 - BANYAKKAN ZIKRULLAH - Pastikan kita sentiasa solat lima waktu secara berjemaah dan mengamalkan wirid serta doa selepas solat walaupun ringkas kerana 'ulama sufi begitu menitikberatkan perkara wirid ini kerana ia boleh menghidupkan hati yang mati dan ia juga boleh mendatangkan perasaan ingin memuhasabah diri dengan amalan seharian. Tanpa wirid yang ma'thur selepas solat boleh menyebabkan perasaan zikrullah agak berkurangan dan ia boleh mendatangkan perasaan memudahkan segala yang telah diperintahkan leh Rabbl 'izzati. Jangan ajar diri kita melengah-lengahkan solat lima waktu kerana ia akhirnya mampu membawa diri kita ke arah mengabaikan solat . Bacalah al-qur'an sekurang2nya sehelai setiap hari kerana ia merupakan ibu segala ubat . Hidupkan amalan - amalan sunnat dalam setiap gerak kerja kita seharian kerana hidup yang sentiasa dihiasi dengannya akan sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah dan makhluknya.

Monday, February 19, 2007

....Episod 17....- 10 wasiat Hassan Al-Banna -


1) Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

2) Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu Sumber hidayah kepada anda dan saya Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.

3) Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4) Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!

5) Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!

6) Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

7) Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8) Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah... mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.
* untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
* untuk menghapuskan kemungkaran
* kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
* kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9) Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.

10) Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s. a. w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya..

Sunday, February 18, 2007

....Episod16....- Ya Rasulallah -

Pagi itu, meski langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan wasiat, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua hal pada kalian, sunnah dan AlQur'an. Barang siapa mencintai sunnahku, berati mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan bersama-sama masuk surga bersama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang teduh menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan napas dan tangisnya. Ustman menghela napas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," desah hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir usai menunaikan tugasnya di dunia.


Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan sigap menangkap Rasulullah yang limbung saat turun dari mimbar. Saat itu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu, kalau bisa. Matahari kian tinggi, tapi pintu Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.


"Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah aku ayah, sepertinya ia baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap putrinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Satu-satu bagian wajahnya seolah hendak di kenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tak ikut menyertai. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap diatas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.


"Jibril, jelaskan apa hakku nanti dihadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata jibril. Tapi itu ternyata tak membuat Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar kabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Kabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:


'Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada didalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugasnya. Perlahan ruh Rasulullah ditarik Tampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Lirih Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril membuang muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. " Siapakah yang tega, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, karena sakit yang tak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat niat maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan santuni orang-orang lemah di antaramu."


Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.


"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.

Saturday, February 17, 2007

.... Muhasabah sejenak....


Wednesday, February 14, 2007

....Sambungan.... - teruskan perjuangan -

Maaf dipinta jika episod 14 yang lalu mungkin membuat ramai terasa. ' Qulil haq walau kaana murran ' . Sebuah hakikat memang sukar nak diterima,ditelan dan dikunyah sehingga akhirnya terasa kebenaran lalu menanti keinsafan yang bakal menjelang.

Seorang 'alim pernah berkata : ' gagal sekali tak bererti gagal selamanya ' ... yang penting , kita berani mencuba. Kerana orang yang berani gagal , akan mati bila ajalnya tiba tapi orang yang pengecut akan mati setiap hari setiap kali ketakutan menyelubunginya .

Memang sukar untuk diterjemah , bahasa hati kita , kadangkala kita sendiri keliru kenapa kita harus takut sedangkan kita telah pun berusaha .. selainnya.. bukan lagi di atas kekuasaan kita untuk menguruskannya.. hanya 'DIA' yang berhak menentukan apa yang akan kita peroleh . Antara kata-kata yang sering kedengaran ketika keputusan ujian diterima adalah ' kan , markah kita paling terok , kita memang bodoh.. tak sepadan dengan awak,korang semua pandai2'?? .. Allahu kareem .. 'aajib aku mendengarnya . Layakkah kita menilai kekuatan diri dan kebijaksanaan akal kita sesama manusia ? sedangkan kehidupan sebenarkita di atas muka bumi Allah ini belum pun bermula?! ...

Cuba bayangkan, apa yang akan terjadi jika satu hari nanti kita melihat diri kita gagal mengharungi liku-liku kehidupan yang Allah telah tentukan, dan kita masih lagi ditakuk pemikiran dan pandangan lama kita?? apa yang akan kita lakukan?? menyalahkan ketidakmampuan diri sendiri? atau menyalahkan 'DIA' kerana menguji kita atau mungkin ingin kita salahkan mereka yang ada di sekeliling kita? ... tentu sekali tidak.. bukan itu caranya ...

Manusia.. memang mudah lupa, begitu juga dengan aku.. lupa betapa manisnya kejayaan bila kita dapat selepas menghadapi kegagalan.. sama seperti bila kita terjatuh dan tersungkur bila berjalan sendirian , puas kita mencari ke mana arah kita meminta pertolongan , akhirnya dua tangan menyambut kita memapah dan menolong kita untuk kembali bangun dah akhirnya kita dapat berdiri semula dan berlari lebih pantas dari sebelumnya .Indah bukan? Terlalu banyak hakikat yang tidak kita hiraukan, yang kita biarkan terbelangkalai tanpa kita cuba untuk memikirkan ia semula.. muhasabah diri kita.

Hakikatnya, Kalau kita gagal dalam pelajaran jangan salahkan akal dan kemampuan kita yang telah Allah berikan kerana semua manusia Allah jadikan ia dengan adil.. setiap kelemahan disertai dengan kelebihan .. tiada seorang pun yang sempurna kecuali Rasulullah s.a.w .

Hakikatnya, orang yang gagal dalam melakukan sesuatu sedangkan ia telah cuba sepenuh daya melakukan yang terbaik, sepatutnya tersenyum gembira kerana bukan semua orang Allah beri peluang untuk merasai kemanisan sebuah kejayaan.

Akhir Kalam, untuk teman-teman yang sangat sangat dikasihi, perjalanan hidup kita bermula hari ini, saat ini,waktu ini detik ini dan masa ini . Perjuangan sebenar kita akan bermula tak lama lagi, perjuangan kita merentas dunia , perjuangan kita sebagai Khalifah atas muka bumi.. memegang perisai iman untuk berdepan dengan ujian tuhan .

'Aidh al-qarni pernah berkata : Di hadapan segala bencana dan musibah, hal yang paling berguna adalah hati yang berani. Seorang pemberani memiliki sikap yang teguh dan emosi yang terkawal, keyakinan yang utuh , saraf yang tajam dan hati yang lapang.Sedangkan seorang pengecut justru akan membunuh dirinya berkali-kali setiap hari, dengan pedang khayalan , ramalan dan khabar angin yang tak jelas .

Ku akhiri tinta ku ini dengan satu wasiat yang telah lama ingin ku kongsi sama, seorang ibu pernah berkata kepada anaknya, ' anakku, jika tuhan mengujimu jangan pernah kau mengeluh atau bersedih kerana ujian tuhan adalah pukulan darinya,pukulan kasih sayang,untuk menyedarkan engkau yan engkau telah jauh darinya .. ' Allah berfirman yang bermaksud ' ingatlah aku dan aku akan mengingatimu' dan ' Jangan takut dan jangan bersedih sesungguhnya Allah ada bersamamu '.. Wallahu'alam .

YA RABBI kaifa ad'uka wa ana 'ashin wa kaifa la ad'uka wa anta kareem ..

....Episode 15....- Love is in the air -

Dear friends,
i shall now announce something that will make you very very shocked, indeed it will be a thing not to be expected from me ... well, actually... i'm in love. hehe believe it or not but yes i am in love.. i am a bit crazy about this love right now. (only my best and close friends knew abt this love, esp farna hihi ) I am speechless and am lost at words as i have nothing to describe this love. I have no idea how to express it, well, i have never been in love before so this is a totally new thing for me.Nice experience . Wanna know ' who ' am i in love with ??.... this image is all i can give for a clue.. :-) Happy guessing ...




Oh Allah... please make my heart as firm as zeest .. here are some words on love i get from 'my love' ( it's a poem, a very inspiring one ) :

Down to earth but is like the sky
That wax soft is like rock like
Hidden within my heart for so long
She is like a host in my heart
In the journey, step by step along with me
She is like a milestone towards the destination
When fading hope is like a drowning boat
the attraction of her being is like a sail
Whenever hardships make me desperate
just a single glance of hers comforts me
Although she is always in front of me
still,it seems that she's like a mirage


ok,it doesnt rhyme,coz it is originally adapted from an urdu poem titled Zameen Par hai magaar Aasmaan jaisi hai ( i expect masyitah to understand this hehehe). Well,honestly it is one of my greatest love not my first of course .... and it will not be my last and that is for sure ... alhamdulillah , ... akhirnya dapat jugak ku post pasal cinta ni.. dan buat pertama kalinya dlm english .. :-)