
Islamic Arts Museum Malaysia . Satu tempat yang meninggalkan sejarah yang tersangat manis buat saya . Di tempat itulah tertanamnya benih cinta saya pada Kaligrafi .. Tahun 2003 bermula perjalanan saya melatih tangan saya untuk sentiasa lembut melakar huruf2 hija'ie pelbagai jenis . Riq'ah , Diwani , Thuluh , Nasakh dan Kufi . Yang sedihnya , ada nama guru yang saya dah tak ingat . Saya sangat sedih . Riq'ah dan thuluth yang mengajarnya Ust Syed ( Nama penuhnya saya tak ingat ) . Diwani , Ust Yusof ( YDP persatuan khat malaysia ) . Nasakah , ust Zainurrahman ( kalau tak salah) . Kufi pulak ust Asrak . Haa ust yang ni saya ingat sangat . Sebab dialah yang beri kata2 semangat untuk saya ke mesir dan ambil kursus khat kat sini :) syukran ust . Dia jugalah tenaga pengajar kelas khat advance . Pening kepala saya cuba nak menulis khat dalam bentuk2 yang ada . Ada seorang lagi ust yang mengajar illumination ,antara kelas yang paling saya suka sebabnya kena bermain dengan warna .
6 tahun dah berlalu . Semenjak tahun 2004 , saya mula berlatih tanpa guru . Hanya buku2 menjadi panduan . Olehkerana kekurangan bahan rujukan untuk bentuk2 khat , saya cuba memanfaatkan apa2 nota dan buku yang saya dapat sewaktu menghadiri kursus intensif dulu . Semakin lama saya mendampingi ilmu khat ni , semakin suka saya nak menulis . Alhamdulillah , syahidah travel memulakan langkah mengasah ketajaman ilmu khat saya dengan menjadikan saya dan beberapa teman yang lain penulis untuk certificate jemaah haji . Beratus nama perlu kami habiskan dalam masa 2 hari . Tangan saya sangat letih . Tapi , saya rasa gembira , puas kerana kursus yang saya hadiri tak sia2 .
Teringat lagi pengalaman pertama ditegur secara langsung oleh ust zainur " ust , jangan lah tengok ! " kelam kabut saya cuba menutup kertas latihan saya . " Saya nak kene tengok , kalau tak macamana saya nak tau apa yang salah . Sekejap jek , kasilah saya tengok . Saya nak tengok mcmana anti pegang batang resam tu ... " . Subjek yang paling susah bagi kami pada waktu itu adalah khat kufi murabba' . Khat kufi segi empat . Terasa macam buat maths pun ada . pening . Dahlah pening ada homework pulak tu . Sampailah hari terkahir kami di IAMM homework masih belum siap lagi . " haa , mana kerja rumah yang ust suruh buat tu " . Tegur ust Asrak bila ternampak kami cuba mengelakkan diri darinya sambil tersengih2 macam kerang busuk " Ust , saya bukan taknak buat ust , tapi bila bukak jek graph book tu ust terus tertidur . Susah betul ust . Asik tertidur jek " . " Ahh , dah agak dah , biasalah tu , ana biasa dengar ni.. "
Saya pulang ke Singapura dengan fikiran yang kosong . Tak tau nak buat apa dengan ilmu ni . Tak tau sejauh mana minat ini akan pergi . Hinggalah tahun berikutnya , ust Asrak dijemput untuk mengajar kami peringkat advance . Waktu itu bibit2 untuk belajar lebih serius dalam bidang ni sudah pun kelihatan . Saya dah mula rasa seronok setiap kali saya dapat habiskan satu karya Khat dalam bentuk canvas atau arcrylic sheet atau styrofoam atau apa2 sahaja yang boleh ditulis . Walaupun saya terpaksa duduk berjam2 , adakalanya memakan 7-8 jam sehari , saya tak terasa rugi menghabiskan masa yang banyak untuk nya . Karya pertama saya yang rasmi diberikan kepada Dr Yaacob Ibrahim , menteri alam sekitar dan sumber air merangkap menteri hal ehwal masyarakat Islam . Karya kedua saya diberikan kepada mufti singapura Sahibussahamah Ust Syed Isa Semait . ( catatan ni untuk ingatan saya sahaja . kalau tak dicatat di sini saya mungkin akan terlupa perjalanan saya ni ) .
Dua tahun kemudian , saya bertemu lagi dengan ust Asrak . " Ah Fathiah , Ust yusof ada plan nak buka Akademi khat restu , rasanya dah rasmi . " " Yeke ust , bestnya , macam nak masuk jek . Boleh tak ? Ust rasa mcmana ? " "Anti ada rancang nak ke Mesir ke ? " " Ada ust . Tapi macam nak masuk RESTU pulak bila ust dah kata macamni " . " Ah , kalau macam tu , teruskan kat Mesir . Ana dulu pun ambil kat mesir . Sampai habis takhassus . Tapi 6 tahun . Kalau anti sanggup , habiskan lah sampai 6 tahun . Setakat ni kalau akhawat ana dengar ada sorang ukhti kelantan ni die dapat habiskan takhassus . Sambung je kat sana fathiah , ust kasi contact nya " .
Akhirnya , di sinilah saya sekarang. Di bumi Kinanah . Bukan semata2 untuk jami'ah Al-Azhar dan ilmu2 masyayikh yang ada di sini . Tapi juga untuk teruskan minat saya pada Kaligrafi Islam . Tahun lepas saya cuba untuk daftar , setapak sebelum imtihan qabul , saya terpaksa pulang ke Singapura . Hanya Allah sahaja yang tau betapa kecewa nya saya waktu itu . Lepas tu saya tak pandang pun buku2 khat sampailah saya nak balik ke mesir semula . " Adik , imtihan qabul kene tangguh lagik . Akak pun tak tau mcamana ni . Tak pernah jadi macam ni . Dik, akak rasa adik balik jeklah sg , dah lama sangat ni adik tunggu . Takde rezeki kot " . Yang termampu saya ucapkan waktu itu hanyalah .. " Yelah kak , fathiah akan confirmkan tiket lepas ni " . Haiz . Waktu itu , aku hanya ingin termenung kosong . Letih . Letih menunggu sesuatu yang tak pasti .
Sekarang , fikiran saya dah kembali tenang . Saya ingin menjadi pejuang kaligrafi ni . Teringat cerita Kaligrafi cinta yang disiarkan di rtm1 sepanjang ramadhan ( macam tau2 jek org tengah tawar hati dgn khat . entah macamana boleh tertengok crite ni ) " Nyawa bangsa adalah tulisan . Hilang tulisan , matilah bangsa " . Semoga tahun ini Allah mudahkan urusan saya untuk mendalami kaligrafi di bumi kinanah ni . Allahumma Aameen .
* Psst... Mubarak kepada Lajnah Kerohanian . Program Tafaqquh fiddeen dengan jemputan syeikh usamah Al-Azhariy sangat2 best. Tetiba markaz dah jadi markazku syurgaku buat seketika. hehehe ... Good Job ppl ! buat lah banyak2 prog tafaqquh ok!
Wednesday, March 11, 2009
....Episod 137.... - Kaligrafi cinta -
Posted by Fathiah at 7:25 AM 1 comments
Labels: Fannul muqaddasah
Sunday, March 8, 2009
....Episod 135.... - Jangan pisahkan -
Bismillahil ghafuurur rahiim
Manusia, makhluk Allah yang dikurnia akal dan jiwa untuk berfikir dan merasa . Memikirkan setiap inci kejadian Allah yang ada di muka bumi ini . Merasakan setiap getaran halus yang digerakkan Allah S.W.T . Akal yang sentiasa cuba mencabar kemampuannya sendiri dan jiwa yang sentiasa tenggelam dengan khayalan dan perasaan semata .
Ramai yang tertipu . Tertipu dengan kewujudan dua elemen penting yang membentuk seorang manusia . Akal dan jiwa harus sentiasa bersama . Perlu sentiasa sedar menyedarkan . Cukup mencukupi . Kemudian digagahkan dengan bukti2 naqli yang terpampang jelas depan mata sebagai satu sumber ujian betapa hebatnya akal dan jiwa yang kita ada . Sejauh mana kita dapat memanfaatkan dua elemen penting tadi untuk kesesuain dan keperluan kehidupan makhluk yang bernama insan .
Yang terjadi , malah sebaliknya . Manusia yang mendewakan akal semakin menjadi jadi jumlahnya . Manusia yang terperangkap dengan pergolakan jiwa sehingga mempertaruhkan nyawa juga tidak kurang ramainya ........Infijar yang berlaku baru-baru ini di mesir buat kedua kalinya di tempat yang sama @ Depan gami' sayyidina hussein menunjukkan natijah manusia yang kalah dengan ideologi ekstrim yang berpandukan hawa nafsu semata . Tidak berdasarkan landasan pemikiran dan ihsas yang lurus . Berapa ramai pengebom nekad yang mati dengan tujuan menegakkan agama . Berapa ramai pengebom nekad yang mati berpanjikan islam di atas kepala . Mereka Mati meninggalkan mereka yang masih hidup untuk menerima hukuman perbuatan mereka . Mereka Mati meninggalkan nama Islam tercalar berdarah angkara terpedaya dengan hawa nafsu mereka .
Kurang Ilmu . Itu jawapan untuk mereka yang membiarkan diri mereka hanyut di bawa arus perasaan yang disalut bisikan syaitan . Kafir zimmi dibunuh tanpa rasa belas ihsan sedangkan kafir harbi masih meluas melata di atas muka bumi tuhan . Si Kafir Harbi mungkin tersenyum dengan perbuatan pendek akal tadi . Tak perlu mereka bersusah payah keluar menghitamkan wajah islam , orang Islam sendiri yang sebenarnya terkejar2 untuk menconteng arang ke wajah agama kita ini . Akhirnya, kerana kurang ilmu, kita termakan umpan ' mereka ' untuk menjadi boneka harakah mereka menghancurkan agama ini .
Bila akal yang Allah berikan tidak digunakan semaksima mungkin untuk mencari kebenaran dan bila hati tidak ditarbiyah dengan tarbiyah sunnah yang telah Rasulullah tinggalkan , samalah kita dengan mayat bergerak yang hanya mengikut godaan syaitan . Dan kalau kita ikuti akal dan membiarkan jiwa kita dangkal , hukum syariah pasti akan kita persoalkan . Kalau kita ikuti hati dan meninggalkan akal berteka teki sendiri , kabur dengan arah jalan mana yang harus dipilih , samalah kita dengan orang gila yang tak dapat membezakan baik buruk sesuatu keadaan . Wallahu'alam ..
* psst... ppl , syeikh nuruddin dah sampai mesir 2 days ago tau . for those in sg , boleh tengok online @ www.mymkkk.tv/live.php , pukul 10 pm ( sg ) & 2 am ( sg ) . Yang ada kat mesir , kalau takde aral melintang pi laa talaqqi live kat rumah kedah baru hayyu sabi' after asar n after isya' k ;) .
Posted by Fathiah at 8:04 PM 0 comments
Labels: Blessed
Friday, March 6, 2009
....Episod 134.... - Merindukan seorang murabbi (4) - Bingung -
( " Anti ni macam syadidah jek " " mana anta tau " " dari blog anti lah " - saya sering menerima komen2 seperti ini dari mereka yang saya kenal menerusi blog dan ruang siber umunya . Baik lelaki atau perempuan . Sekali lagi saya katakan di sini , segala catatan di blog ini adalah tahdid untuk diri saya semata2 . Hanya satu peringatan untuk diri saya sendiri . Blog ini adalah wadah muhasabah diri saya . Saya tak bermaksud nak mentaklifkan sesiapa untuk ikut pendapat yang saya taqdimkan . Hanya perkongsian semata2 . )
Tanggal 3 haribulan march merupakan tanggal yang akan saya ingat selalu . Kerana saya tak pernah kebingungan dan kepenatan seperti hari selasa kelmaren . Jadual saya sangat penuh sehingga saya tak tau nak dahulukan yang mana .
Pagi Jam 9.30 - 2.00 : Kelas intensif kitab al-ihathah karangan syeikh Nuruddin . Diajar oleh ust syed abdul kadir bertempat di hayyu sabie' Markaz Singapura .
2.30 - 4.30 : Kelas mirath advance pertama . Bertempat di hayyu 'Asyir rumah ust Jabal .
5.00 - 8.30 : Kelas Tasawwuf kitab madkhal fit tasawwuf karangan ust rohim bertempat di hayyu 'asyir rumah ust rohim .
Sehari sebelum itu , saya sebenarnya dah mula bingung . Kerana pada hari yang sama , rombongan ust TM fauzy juga akan hadir untuk bertemu dengan pelajar2 singapura selepas asar . Sebelum ust syed kadir menutup kelas pengajiannya ,... " ana ada iklan sikit ni , petang ni lepas asar kat rumah terengganu ada diskusi kitab maulidun nabi , lepas isya' pulak ada majlis sambutan maulidurrasul kat dataran , antara jemputan panel adalah syeikh yusri al hasani yang mengajar sohih bukhari di gami' al azhar tu ............ " Aduih , pening le pulak . Sebabnya , semuanya best . Tapi diskusi kitab dan sambutan maulid ni betul2 menguji tahap thabitnya keputusan saya untuk pergi kelas ust rohim . Runsing dan tak tentu arah sekejap . Mana terkejar2 nak ke kelas nak ke dars tambahan .
Akhirnya, saya tau saya perlu membuat keputusan . Perjumpaan dengan ust TM fauzy saya wakilkan adik2 untuk pergi . Diskusi kitab dan majlis maulid juga saya korbankan kerana syeikh yusri insya Allah darsnya ada setiap sabtu . Kalau tak dapat mutiara kata2nya malam itu , masih ada lagi hari2 sabtu yang lain . Diskusi pula... hmm .... rakan2 msia memang selalu saya dengar membuat diskusi kitab itu dan ini , mungkin bukan rezeki saya untuk hadir dalam diskusi kitab maulud tapi insya Allah musim panas nanti mesti banyak kan program2 macam ni . Saya pilih untuk pergi ust rohim , kerana beliau akan berangkat pulang ke indonesia 6/3 .
Kebingungan saya tamat dengan selesainya kelas ust rohim . Masih sempat sebenarnya untuk ke dataran , cuma jasad dah tak larat nak ikutkan kehendak hati dan jiwa .
Marathon hari selasa saya berakhir lebih kurang jam 10.30 . Saya dah mula sakit tekak ... jengjengjeng... saya dapat rasakan kehadirannya hampir tiba , saya cuba untuk menahannya ketika exam fasl awwal berlangsung dan saya perlu menahannya sekali lagi ... tapi badan saya yang keletihan kalah dengan virus yang dibawanya ... flu kembali menemani hidup saya .. mudah2an datangnya kali ini tak lama .
فلو جن هذا الليل وامتد سرمدا فمن غير ربي يرجع الصبح ثانيا
Posted by Fathiah at 3:43 PM 0 comments
Labels: Merindukan seorang murabbi
Friday, February 20, 2009
....Episod 133..... -Merindukan seorang murabbi (3) Kau hidup dalam hati kami
" Yang membuat kita semua kuat adalah kerana Hubbur rasul yang hidup dalam hati-hati kita . Orientalis dan zionis mencuba sedaya upaya untuk menghilangkan perasaan itu dalam hati kita supaya ummat Islam kita sekarang ini lemah . Lemah semangat perjuangannya . Apa pun yang terjadi kita perlu hidupkan kembali hati kita dengan apa yang diajarkanNya dan Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam mesti hidup dalam hati kita supaya jiwa Ummat Islam kuat semula untuk menentang musuh kita " Begitulah lebih kurang ucapan akhina musa kepada kami sebagai muqaddimah pertemuan kami dengannya ....
" Kita tidak perlu mengajarkan pembetulan pada benda yang salah . Ajarkan mereka ( mad'u ) apa yang benar . Terlalu ramai penda'i kita yang keluar dengan fikrah yang berbagai hatta liberalisasi juga diketuai oleh pendai'2 agama . Entah berapa mereka dibayar untuk harga menjual agama . Kita tidak perlu berdalilkan dakyah2 mereka untuk menegakkan agama kerana ummat akan bingung . Sampaikanlah apa yang benar yang telah disampaikan oleh Allah dan rasulnya " ... pesan ust jabal berkali2 .
" Hari ini ketika kita selesai makan makanan yang lazat dan harta yang melimpah kita ucapkan Alhamdulillah , para salafussoleh mengucapkan alhamdulillah ketika tidak mempunyai harta walau sesuap makanan . Tingginya tawakkal mereka pada Allah .." " Seorang insan itu perlu bersedih kecuali dengan satu perkara , suhbatullah .. lau wajada Allah wajada kullu syai'in .. tapi kalau kita tak mendapatkan Allah semua perkara seolah-olah tertutup untuk kita " .. " al mar'ah yataghanna bil haya'i wal 'afaf wa laa yataghanna 'ala qillati adabiha .. " Wanita bila berbicara dengan suara dan nada yang kuat , falaa tabqaa minhaa syai'an " .... kata syeikh yusof dalam salah satu darsnya .
" Antara wajah dan kaffain , wajah wanita antara fitnah terbesar untuknya . Janganlah hiasi ia dengan zinah . Kerana ia boleh menjadi punca kepada fawahish yang ada di atas bumi ini .. tutuplah wajah kalian ... untuk menjaga muru'ah diri " - Fatawa Al-mar'ah Al-Muslimah .
Posted by Fathiah at 9:13 PM 0 comments
Labels: Merindukan seorang murabbi
Friday, February 13, 2009
....Episod 132 .... - Bila siang jadi malam ... -
Kalau ikutkan time yang sebenar2nya , kol 8 ni dah nak kene sampai markaz , tapi aku masih kat rumah lagi . Maklumlah , orang2 tak sihat ni pergerakan lambat sikit ( heh , dah mcm sakit tua plak ) . " Cepat lee siap , nanti kalau yg lain dah sampai cmana ??..... " bebelan aku kat jiran sebelah yg juga ajk rehlah mcm tak boleh nk stop pulak . Bezanya dia dan aku , dia ke luxor dan aku tidak hehe .. Bak kata beitna .. " hosni mubarak suruh tolong jaga cairo huahua " . Aku bukan taknak pegi , tapi takley nak pegi . Walaupun aku tak pegi , aku bukan goyang kaki kat cairo ni , .. haiz . Souvenier perlu dihabiskan dan aku perlukan kekuatan tangan dan jasad semuanya untuk buat souvenier tu .
Sampai jek markaz , tak sangka kita orang pertama :D . Selesai semua urusan yang melibatkan aku dalam lebih kurang jam 1 pagi . Bila peserta rehlah mula kami panggil untuk briefing aku pun dengan selamba dan confident nya pi masuk bilik markaz bentang tilam amik bantal dan terus dibuai mimpi sampai lah waktu betul2 diorang tinggal nak keluar dari markaz nak berangkat . Time tu Jam 3 pagi .
___________________________________________
10 feb
Kol 4 pagi aku sampai rumah . Penat semalam dan semalam nye semalam dan kemaren dah sampai tahap maha lah . Baru dua jam aku dapat lelapkan mata .. jadi .... 6 more hours to go .. heee .
Janji dengan kak nazirah kol 8.30 nak kene ade kat rumah dia . Ada soalan tak ?? kol 10.30 aru ku sampai . Time orang2 lain semua dah nak siap keluar pi Uni American Maftuh , aru laa muka dan kelibat aku muncul . Tak kesahlah , yang penting sempat. Munaqashah master kak nazirah akan bermula jam 12 tengahari . kol 11 kitorg sampai dewan , prepare apa yang patut . belum kol 12 orang dah start datang . Atlast , start munaqashah lepas solat zohor .
Seram . Memang seram . munaqish pertama kak nazirah sangat2 seram . Tapi best . dah macam munazarah pun ada suasanya . Kesian kak nazirah asik kena " marah " jek . hehe. berpeluh2 dia menerima berbagai kritikan dari para munaqish . Berita gembira untuk hari tu , kak nazirah lulus master dengan taqdir Mumtaz . Rasanya semua yng hadir tumpang gembira dengan kejayaan kak nazirah . Mabruk ye kak . Habis jek urusan kat dewan , semua ( yg menolong ) nak pi makan dgn kak nazirah kat restoran indon . Lagi setapak jek aku hampir ikut . Di saat diorang sibuk tahan bas nak pi bawabah thalithah , aku sibuk tahan taxi nak balik raba'ah. Sebelum bendaa2 yg tidak diingini berlaku seperti pitam dan sebagainya , baik aku balik . Lagipun kerja2 rehlah masih blum habis .
Sampai jek rumah , lepas dah rehat 1,2 jam aku mula membelek nama2 peserta dan ajk yang harus aku tulis utk souvenier . Aku pun mula menulis beberapa nama dengan tulisan kufi fatimi di graph paper sampailah malam menjelma... aku pun tak sadar bila.. aku dah pun beralih ke alam yang lain .
________________________________________________
11 feb
Aku tersadar jam 3 pagi , entah kenapa aku mati2 ingat diorang akan balik luxor malam tu . Aku pun terus capai pensel dan graph book dan teruskan menulis . Allah jek tahu macammana cramp nye tangan time tu . Aku rehat sebentar dari jam 11 hingga 4 petang ( hantar teman pulang sg pastu jejalan ngan jiran sebelah n beitna ) . Siang dah berganti malam dan aku masih di posisi duduk yang sama . Kepala terus tunduk menulis . Haiz . Nasib baik laa aku memang suka benda khat ni. Kalau tak memang dah give up dah . Bukan saja tengkuk tapi tangan bahu belikat , kaki semuanya dah mula merengek minta rehat . Sib baik ada teman2 lain membantu , ( * ehem .. credits to jiran sebelah n beitna ) thanx eh sebab kuasa nak temankan sampai 3,4 pagi untuk cuba selesaikan nama2 tu .
___________________________________________
12 feb
Malam ni mereka akan pulang dari luxor . Aku cuma ada 12 jam untuk habiskan semuanya . Entah sempat entah tidak . Letih . Kalau bukan kerana tanggungjawab , memang aku dah manjakan tangan aku dengan rehat yang secukupnya . ligament bahu ke tangan ni dah mcm nak putus pun ada . Hari ni , bukan aku sahja yang all out tapi kawan2 yang lain juga . Banyak betol proses nak transfer kan tulisan khat tu ke kain . Tulisan di graph paper aku yang buat . sebab kalau nak minta tolong yang lain diorang tak tahu . Proses kedua , guna carbon paper untuk trace tulisan dari graph paper ke kain . proses ketiga , warnakan tulisan tu . Proses ke empat , Bold kan outline tulisan dengan marker . Proses terakhir , kerawang untuk tulisan kufi fatimi .
Jam 9 malam . " Fatya , kitorg dah sampai cairo , lagi 20 min kitorang sampai " . Sewaktu aku menerima msg tu , gulungan terakhir souvenier baru sahaja kami ikat dengan reben . Alhamdulillah jam 9.10 minit , aku dah habiskan 45 nama peserta . Ada 14 yang belum dibuat ( tkpe jek, ni nama2 ajk , lain kali pun boleh ) .
Dari 9 feb hingga 12 feb , hidup aku agak huru hara dibuatnya . Siang dan malam sama sahaja bagi aku . Hall dan bilik dah takde bezanya . Dua2 aku manfaatkan untuk keselesaan ber'khat' . Bilik pun tak tau lah waktu tu nak jadi apa . Dari hujung pintu ke hujung balcony , bersepah dengan alat2 khat . mana pen nya , mana oil pastel nye , mana kain2 nya , mana carbon paper nya . Dah macam bilik tadika pun ada period art n craft . penuh dengan warna . Bila siang dah jadi malam dan malam dah jadi siang , badan rasa letih tak terhingga . Qala ta'ala fi kitabihil 'aziz " Wa ja'alnaa lailakum libasaa . wa ja'alnan nahaara ma'aashaa " . Sekarang ni saya betol2 letih . Dah tahap maksima dah ni . lepas ni saya uzlah yeeeeee , haiz :s
Posted by Fathiah at 6:13 AM 0 comments
Labels: Egypt
Sunday, February 8, 2009
....Episod 131.... - Merindukan seorang Murabbi (2) - Kelas mawarith
Bismillahil ghafuurur rahiim
7 Feb
" fakya...fakya... bangun dah kol 1 ni .. " kedengaran suara huri cuba membangunkan aku . Pening sangat kepala ni , tapi takpelah , dapat tidur satu jam pun cukup . Pukul 2 petang dengan rasminya kelas kami dengan ust jabal akan bermula . Walaupun penat , sebab semalaman tak dapat tidur kerana cuba menghabiskan kerja2 rehlah , tapi rasa cergas lah juga nak pergi kelas . Nervous ada , excited pun ada . Jam 1.40 tepat aku sedaya upaya cuba mempercepatkan langkah supaya tidak lewat sampai ke kelas..
Kelas pertama berlalu agak pantas . Tak sadar tiba-tiba dah pun pukul 4 petang. Muqaddimahnya , ust terangkan pada kami hadith Rasulullah tentang kejadian yang berlaku sebelum turunnya ayat Al-Qur'an yang pertama tentang mirath . Yang paling best kelas pertama ni , ust suruh kami buat kira2 fraction yang dah bertahun kami tinggalkan . heheheh . Mula2 tu rasa resah gelisah lah jugak . Tapi bila dah mula kira , rasa macam ok jek .. Sepanjang penerangan ust tentang mirath , otak aku pening sangat2 . Mungkin pening cuba mengumpul maklumat , atau pening cuba nak mengingat maklumat2 dahulu atau entahlah ... Yang penting... Kelas pertama ala2 kelas maths pun ada. Maklum2 sajalah , dah lama tak nampak nombor ... tetiba fraction sana sini memang boleh juling mata dibuatnya ..
8 Feb
Sekali lagi , aku terpaksa menaik taxi untuk ke hayyul asyir kerana sakit . Tak mampu rasanya nak naik tremco , jangan kan kata henjutan kerusi tremco , nak tunggu tremco pun dah cukup nak tambahkan sakit ni . Sungguh tak sanggup. Hari ni , aku dan seorang lagi ahli beit jek pergi berdua . Ada benda best jadi hari ni .. hehe , kitorang datang cepat jadi dpat lah duduk depan . Dah lama ok tak dapat rasa duk depan guru . Time kat skola dulu tu memang permanent resident la kan duk depan tapi sekarang ni semenjak klass syeikh fathi dah tak dibuka untuk perempuan takdelah lagi kelas yang boleh duk depan . Rata-rata kelas2 lain semua depan lelaki yang duk . Haiz , untung kan ust2 ni . Rugi kalau tak rebut peluang macam ni .
Hari kedua ni , selain dapat duduk depan , ust jabal banyak kasi kata2 semangat . " Belaar ilmu mirath ini kalau bisa ana ingin antunna mengajarkannya pada masyarakat paling tidak pada keluarga . Belajar ilmu ini ndak perlu pada IQ yang tinggi , yang penting mahu . Mahu belajar dan mahu mengajarkan demi manfaatnya . Kalau belajar sekadar untuk imtihan , lulus lepas itu lupa .. naah ndak mau yang mcm itu " . Lebih kurang mcm tu laa seingat aku apa yang ust kata. Banyak lah lagi pesan ust yg tak terakam dek otak yang agak penuh ketika itu dengan rukun2 asbab2 dan kiraan mirath . Sepanjang kelas tu ust uji kehebatan ingatan visual kitorang. Fuh , dah lama tak buat macam tu . ingat kotak , ingat warna . Dulu2 selalu buat time nak hafal Al-Quran sekarang dah jarang dah . Aha, sebelum balik ust ingatkan lagi buat kali kedua , jangan lupa buat buku hutang . Sebab hutang ni kita bawa mati and hutang tu boleh jadi penghalang tenangnya kita nanti bila dah mati kerana ada urusan dengan manusia yang belum selesai . Sooo ... meh lah kita buat buku hutang ye ;)
9 Feb
Aku ada kat rumah sekarang ni .Sibuk menaip kejadian2 semalam yang aku teringat . Ahli beit yang lain semua ke kelas mirath kecuali aku . Kalau semalam bunga2 sakit tu dah rasa , sekarang ni dah sah tak boleh nak berjalan ... Jadi terpaksalah aku minta ditukarkan kelas hari ini ke hari yang lain . haiz... Di saat aku tengah pening runsing bingung bosan dan.... kerana sakit datang tanpa diminta , tiba2 menjengah tanpa diundang .. terdengar lagu muhasabah cinta by edcoustic ... Sangat menusuk ke kalbu . terasa habis ...
_________________________________________________
Kadang-kadang kita lupa apa hadaf kita datang sini ... Terkadang kita lupa cinta yang pernah kita ada dulu ... Terkadang kita lupa siapa yang gerakkan hati kita ... dan Selalu kita terlupa ... selama kesihatan kita masih ada kita tak pernah terfikir bila2 masa sakit akan bertandang dan kita lupa untuk mensyukuri nikmat sihat itu ....
Ilahi... Irham dha'fi :'(
Posted by Fathiah at 1:03 AM 0 comments
Labels: Merindukan seorang murabbi
Friday, February 6, 2009
....Episod130.... - Merindukan seorang murabbi (1) - First step

Bismillahil waduudul ghafuur ..
K ni nak cerita , semalam ada dua benda best jadi . ( bahasa agak lurus sebab dah takde masa nak cantikkan huahua )
1 . pi asyir . tetiba jek kelam kabut pi, sebab nak register kelas mirath dengan ust jabal . Sungguh terkejut . sebab kitorang baru tahu dua hari lepas yang tarikh last pendaftaran semalam . jadi kami pun beramai2lah satu qafilah naik dua taxi pi asyir .. Excited sangat2 sebab tak sabar nak start blaja mirath . se tak sabar tak sabar kitorang ni pun takdelah kan sampai nak expect klass start hari ni . Haiz , kusut tau fikiran kejap . mana nak kene buat preparation luxor , mana ada invitation munaqashah .. Last2 .. dapat tau bukan hari ni ,tapi besok . mula kol 2 . Advice of the day dari isteri ust jabal : Jangan lambat , Jangan ponteng , Perlu komitmen dan perlu Amanah :) ~ anw , bagi mereka2 yg kat sg pernah blaja nganust jabal , dia akan balik medan bulan april ni for good , jadi lau nak sambung blaja ngan dia boleh lah ke medan yee hee , ada sekolah mirath dan asramanya insya Allah , :D ~
2. Benda best yang jadi adalah , setelah sekian lamanya aku dok bertapa kat rumah , akhirnya ... pegi jugak syeikh iwadh . walaupun sibuk dengan kerja2 admin untuk rehlah luxor . yang ni bes gile gile la kan . Sebab belajar hadith . Sohih Muslim . Advice of the day dari syeikh iwadh ( kesimpulan hadith ) : Perkara yang paling disukai oleh Allah adalah ad dawam .. kene istiqamah la kan nak buat benda tu , and satu lagi yang paling menusuk ke kalbu : Husnul fi'il Nisful ilm . Syeikh kata , al fi'lu mu'thirun akthar minal qaul . Jadi kesimpulannya , ACTION IS THE BEST SERMON. Kalau kita dok buang air liur dok kata ini itu kat orang tapi kita tak buat pun tak guna . Kalau payah sangat orang nak dengar , hang pi buat sendiri amal ma'ruf tu , nanti bila orang tengok elook ja hang... nanti depa ikut la kan ...
For now macam takde dars lagik ... esok start mirath . lagik 3 hari rehlah . lagi 4 hari undangan munaqashah . lepastu ... Inni bariiu'n min ayyi baramij al lati la tuaddib nafsii ... Wallahul musta'an .
Tak tau lah kenapa , semalam rasa cergas jek bila pi dars . Mudah2an untuk hari2 yang akan datang ni pun lebih cergas lagik . Doakan :)
Posted by Fathiah at 2:49 PM 0 comments
Labels: Merindukan seorang murabbi


