CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, May 26, 2008

....Episod 87.... - Emotional Breakdown -

Allahumma Solli 'Ala sayyidina wa habiibina wa syafii'ina muhammad S.A.W

Bismillahil waduudur rahiim

Semenjak kebelakangan ini ... aku sendiri tak faham dengan apa yang sedang aku lalui. Kenapa perasaan - perasaan sebegini harus hadir di saat2 genting seperti sekarang ini. AKU TAK SEMANGAT NAK BELAJAR . That is so not me. Aku bukannya belajar subjek syariah . tapi aku belajar subjek lughah. Maddah yang paling aku cinta dan sayang . dan sekarang semangat dan cinta itu hilang dalam sekelip mata. Yang ada dalam diri ku hanya penat , lemah dan stress .

Aku dah hampir hilang kosa kata yang dapat mentasyji'kan jiwa . Dalam benakku kini hanya tawakkal... tawakkal dan tawakkal.... begitulah juga jawapan ust ahmad bila aku meminta nasihat dari beliau... tawakkalah... tawakkallah... dan tawakkallah...

Ilahi ... kun ma'i wa laa tatrukni....

Aku tak ada sesiapa di sini..... hanya kau pembela dan tempat aku meminta... :'(

.... Hapuskan Airmata itu .....

Ilahi … ku sampaikan sehelai demi sehelai doa ini ,

Kerana aku yakin doa ini akan terus menghangatkannya …

Jagalag ia seperti aku menjaga tangisanku..


Biarkan…biarkan saja dia menangis ketika dia diterpa kesedihan , biarkan airmatanya berurai jatuh ke bibir …

Tapi tolonglah kami ya Ilahi , habiskan kepedihan dan sakit dari dirinya . Buat ia tersenyum kembali dan mencintai hadirnya di bumi …


Tapi jika aku yang harus menangis ya Ilahi, aku akan tahan tangis itu jatuh dari kedua mataku , kerana aku takut lalu airmata ini menjadi kering, kerana tangis ini ku persiapkan untuk kubahagi kepada sahabat-sahabatku ketika mereka bersedih … dan aku akan menahan tangisanku , kerana aku takut kehilangan air mata , seperti aku takut kehilangan kebahagiaan sahabt-sahabatku . "


- Aku tak minta untuk kau menyayangiku .. cukuplah bagiku , aku tahu yang aku menyayangimu -

Saturday, May 17, 2008

- Ilahi ... Samihiini -

....Episod 85.... - Masihkah kau ingat -

Bismillahi waduudul ghafuur

Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad

Sekarang ni dah nak masuk jam 10 malam waktu mesir . Lusa ada tahriri quran . saya cuma sempat tulis juzu' satu sahaja lepastu melekat balik kat depan laptop ni . haiz . Exam macam tak exam jek . Banyak tol lagha yang saya dah buat . Payah nak fokus . Terlebih relax . Tapi takpelah , saya anggap masa sekarang ni masa rehat saya . Latest post saya pasti mengundang tanda tanya kan? ... sampaikan ada yang kata saya terjumpa fakhri , ish tidaklah , kalau saya jumpa fakhri , dah lama saya announce kat yahoogroup perkemas .. hehe .


Saya selalu keluarkan post2 pasal cinta kan , sampaikan ada seorang sahabat tu dia tak percaya yang itu memang hasil tulisan saya. Siap ada request untuk sambung maudhu' cinta ke maudhu ' pertunangan . Ish , saya ni bukan pandai bab2 cinta ni. cuma entah kenapa kali ni saya nak sambung fikrah tu tapi terus lompat ke maudhu' perkahwinan . :D

--------------------------------------------------------------------------------

" Awak, awak tau dukturah kita kata , kahwin mude ni mendewasakan dan mengislahkan syabab dan fatayat zaman sekarang ini " ... begitulah yang dikatakan oleh seorang teman dari syria. Hehe, yeke wak ? rasanya macam betol kot .. tapi tengok lah juga kan. Kahwin muda ni pun antara punca kelemahan dan keruntuhan institusi rumahtangga yang kian meningkat sekarang ni . Tapi , apa pun kita faham apa yang awak cuba nak sampaikan tu . Kahwin muda yang awak maksudkan adalah kahwin dengan orang yang thiqah dan berkemampuan la kan tentunya . Yang memang dah bersedia nak bina sebuah institusi Muzammil yang berkualiti .

Awak ingat lagi tak ? dulu - dulu time zaman sekolah , kitorg semua ada jek nak admire imam - imam and huffaz - huffaz yang kitorg kenal . hehehehe.... kiutkan . Kengkadang kan wak , kita terfikir jugak , kenapa kita asyik nak mengharapkan pasangan kita tu , yang hafiz lah , yang qari' lah , yang soleh lah , yang wasim lah ( hehe k ni optional kan ) yang thiqah lah dan macam-macam lagi . Kan Allah dah janji ... " Wal mu'miniin lil mu'minaat " , Jadinya , apa kata , kita ubah diri kita dulu , menjadi orang yang terbaik ... Insya Allah orang yang Allah hantar untuk jadi mursyid dan pembimbing hidup kita tu sama dengan kita dan insya Allah lebih baik lagi .

Ramai yang tanya kita wak termasuk awk sendiri kenapa nick kita kat msn ( poligami - satu keredhaan atau satu kenyataan yang pahit nak ditelan ) .. entahlah , tiba - tiba persoalan ni jadi satu tanda tanya untuk kita. Tapi , tak bermaksud kita tengah plan untuk berpoligami. ...tsk..tsk.. Sekadar nak cuba memahami kenapa ramai yang tidak sanggup mendengar perkataan itu .

Mungkin pada awak dan kita , bila nampak dua orang madu makan semangkuk dan bermesra , kita akan rasa benda tu kiut , excited kan ... Masya Allah sangat2 . Tapi tak ramai yang berkongsi perasaan yang sama dengan kita . Teringat lagi kata-kata mak kita , ' yelah kakak blum kahwin boleh lah cakap macam tu , cuba bila dah kahwin nanti , takde orang sanggup nak dimadu ' . Hmm .. ada betolnya jugak kan .. mungkin sebab kita belum dirikan rumahtangga ..

Daripada dulu , pendirian kita tetap sama , selagi dia mampu , kita tak rasa kenapa perlu tak setuju untuk izinakn dia berpoligami .. Kenyataan ni pasti tak dipersetujui ramai ... Ada yang kata , siapa yang boleh hidup damai bermadu tu orang-orang yang hebat sangat... hmm..


.... ( bersambung ).....Masih menyusun kata..

Wednesday, May 14, 2008

.... Episod 84 .... - Bila pandangan bertemu -




Dan kini kutemukan dia...

tapi kenapa mesti saat ini...

kenapa mesti di sini...



Bila dirinya telah hilang

dari mimpi malam..

Bila hadirnya telah lesap

dari kabus khayalan...

Sebuah mimpi ...

menjadi realiti ..



Hadirnya kini ...

menjadi satu igauan...

kenapa dia harus ada..

kenapa dia harus bernafas bersama

atas bumi kinanah ini..



Bila pandangan bertemu ...

aku terdiam kaku ..

hatiku menangis..

kerna semuanya...

telah terlewat ..


Monday, May 12, 2008

Happy birthday abah !

Mungkin.. selama ni , kakak tak pernah cakap happy birthday kat abah kan ? .. selalu terlupa . tk pernah nak teringat . Bila dah jauh ni baru nak ucap . Abah ... terima kasih ye , sebab sanggup bekerja memulas tenaga dan keringat untuk berikan kesenangan kat anak-anak abah. Terima kasih ye abah ... terima kasih sangat - sangat . Banyak benda dah terjadi kat sana kan abah , pengorbanan abah kerja sepanjang waktu tu tak terbalas rasanya . Penat lelah abah dan kesabaran abah teruskan kerja untuk lihat kita semua berjaya tak ternilai harganya :')

Semoga Allah balas semua amalan abah dengan sebaik-baik ganjaran ye abah . Semoga umur abah dipanjangkan oleh Rabbul Jaliil , biar lah sekurang-kurangnya abah dapat rasa duduk selesa dengan hasil kerja tangan anak-anak abah .

Terima kasih sekali lagi ye abah , kakak tak pernah lupa untuk doakan mak dan abah insya Allah .. Sayang abah ~! :') , Selamat Hari Jadi yang ke 49 Abah :)

....Episod 83.... - Sayang awak -

Salamullahi'alaykum..

Rasanya macam dah lama sangat tak update blog. Nak kata sibuk sangat sampai takde masa nak mengkhabarkan cerita macam tak jek . Masa tu ada cuma entah ... mood tak mengizinkan kot .

Sebenarnya , terlalu banyak sangat benda yang dah jadi . Banyak sangat yang saya nak bilang . Tapi , semuanya terhenti di hujung akal jek... saya tak dapat nak terjemahkan apa2 dalam bentuk tulisan.. Takpelah .. apa yang saya ingat dan terluah itulah yang akan saya cerita insya Allah . Baru beberapa hari lepas, saya menduduki oral pertama saya di Al-Azhar. Ya Rab , huru hara kami di buatnya. tak taulah macammana nak cakap . Yang penting huru hara. Daripada mencari lajnah , kami berasak2 dengan pelajar2 lain untuk cari kelas. lepas tu cari tingkat berapa. lepastu beberapa kali kami dikejutkan dengan berita2 yang sungguh mengecewakan . Seperti : oral balaghah saya sepatutnya 3 may bersama oral nahu . tepat jam 9 pagi , waktu saya tengah bersiap untuk ke kuliah , kawan saya call dan kata hari tu takde oral balaghah . 6 may pulak , saya datang kuliah untuk ambil oral qur'an . Sesampainya saya di kuliah mereka kata , lepas oral quran saya ada oral balaghah . Setau saya oral balaghah dah ditukar ke 7 atau 8 may . Haiz , Wallahul musta'an . Macam tu lah ragam sistem di Al-Azhar. Pening saya dibuatnya , tapi seronok la jugak . Satu pengalaman yang tak dapat nak dilupakan ..

Melihat kekalutan seorang teman yang gigih menghafal pelajaran2 yang ada kerana teramat takut dengan keputusan peperiksaan nanti membuatkan saya terfikir ... Mengapa saya tak rasa apa yang dia rasa. Perlukah ada perasaan itu? Apa kesannya ? Apa kepentingannya ? ..

Ramai antara teman2 rapat yang tahu saya memang tak pernah takut dengan imtihan . Yeke ? betol ke? Tipulah kalau saya kata saya tak takut sikit pun . Mestilah saya takut. Tapi bukan takut kerana kurang mampu membuktikan kehebatan akal saya menggarap maklumat , tapi kerana sebab2 luaran. Seperti mengecewakan harapan ibu bapa , meninggalkan kesan negatif kepada junior2 saya dengan kuliah yang saya pilih dan kerana saya takut bila saya ada perasaan takutkan imtihan . Ya , perasaan takut dengan imtihan mungkin satu lumrah bagi seorang pelajar , tapi ia menakutkan saya .

Belajar untuk satu keputusan yang cemerlang ? atau belajar kerana mengharap redha tuhan ? Kata orang : belajar untuk Allah adalah belajar untuk jadi cemerlang . Susah saya nak fahamkan diri saya yang saya perlu ada sikap competitive dalam belajar. Kerana saya pilih jalan ini kerana cinta saya pada ilmu ini . Saya tak akan menghafal perkara yang saya tak cinta . Saya perlu cari dahulu sumber cinta untuk subjek tersebut. Barulah saya mampu untuk tersenyum sepanjang waktu belajar.

Mesti ramai tak faham kan apa yang saya nak cakap ni? entahlah , saya sendiri pun tak faham ... bahasa hati.. kalau diterjemahkan jadi lafzi , beginilah jadinya .

Untuk teman2 di syria , lebih2 lagi atiqah , kita ingat lagi kata2 awak , " takpe la wak , kita akan ikat awak kuat2 dalam hati kita " :') . Awak , bukan awak sorang jek ada masaalah nak itqan n istiqamah belajar, kita pun sama wak ... awak... jangan takut dengan kegagalan k? sebab menuntut ilmu takde istilah gagal atau berjaya ... kita perlu terus dan terus menuntut ... sehingga redha Allah memayungi perjalanan .... dan ilmu yang kita ada diberkati :) . Hida , Mardhiyah n Atiqah.... korang tau tak selama ni korang sumber motivasi kita bila dah nak imtihan ni? kita masih ingat lagi rutin harian kitorg , sebelum pi tahfiz , buat notes and group study ... Ma'attaufiq wal imtiyaz ye korang.. kita sayang awak semua ... doakan kita juga...

Masih cuba mentafsir kata...