CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, December 19, 2010

....Episod 228..... - M.A.A.F -


" Tidak ramai insan yang berjiwa pemaaf di dunia ini . Dari itu didiklah diri supaya jadi pemaaf , bukan kerana dunia memerlukannya semata-mata tetapi kerana itulah yang diajarkan Allah dan Rasulnya . Nescaya hatimu akan menjadi lebih tenang dari yang pernah kamu alami " - Abu Raiyan

Apa yang saya ceritakan dalam blog ni memang tentang diri saya , kelemahan saya , kesedihan saya , apa yang saya fikirkan , apa yang membuat saya bahagia . Memang tentang saya . Kalau ada yang mampu nak baca shakhsiah saya menerusi blog saya , itu bukan sesuatu yang aneh bagi saya . Kerana tempat ini wadah saya meluah rasa . Kenapa ? Kerana satu hari nanti kalau saya tak ada lagi .. sekurang2nya ada yang saya tinggalkan untuk dikenang . Satu hari nanti kalau saya dah tk ada dan anak2 sedara saya nak tau siapa saya , blog ni ada untuk mereka berta'arruf dgn saya ~ huaaaa emo la pulak~ huhu ...

Saya sangat suka dengan perkataan maaf , maafkan , dimaafi , kerana saya perlu sering mengingatkan diri saya untuk sentiasa memaafkan orang . Saya yang orang kenal adalah saya yang tenang . Saya yang orang kenal adalah saya yang pendamai . Saya yang orang kenal adalah orang yang tak suka marah . Saya yang orang kenal adalah orang yang selalu tak kuasa nak layan orang . Saya yang orang kenal adalah orang yang mampu mendengarkan luahan rasa orang lain .

Saya yang sebenar , adalah orang yang lambat marahnya dan sangaaaat lambat redanya . kadangkala marah itu sampai menjadi dendam ... kadangkala marah itu berterusan sehingga terputus hubungan tu . Allah~ Kelemahan yang paling bahaya dalam diri saya adalah susah nak memaafkan orang sehingga hidup saya susah menjadi tenang . Hari ini mungkin saya mampu nak kata saya maafkan dia , bila esok mata bertentang mata , rasa marah dtg semula . Allah~ ...

4 tahun di Mesir baru setahun dua ni saya belajar erti maaf . Baru setahun dua ni saya kenal ni'matnya memaafkan orang . Baru setahun dua ni saya merasa diri saya bebas , mampu untuk memujuk diri saya kalau marah tu tak akan membawa saya ke mana2 . Baru sekarang saya mampu tersenyum . Baru sekarang saya sedar hati saya sebenarnya tidak dicipta untuk menyimpan dendam , tapi dicipta untuk menyimpan rasa cinta dan kasih sayang .

Atas sebab inilah kata2 sultanul 'asyikin sentiasa saya bawa ke mana2 , kerana kata2nya terlafaz dari hati yang penuh dengan cinta , dan saya selalu rasa kalau hati saya mudah menghadam kata2 cinta darinya . Siraman air cinta dari Rumi sentiasa mampu memadamkan api marah dalam hati ni .

Once you forget yourself, God remembers you: once you've become His slave, then you are free. ~ Jalaluddin Ar-Rumi

The tale of love must be heard from love itself. For like a mirror it is both mute and expressive. ~ Ar-Rumi ,
and so, how on earth can e tale of love be heard from an angered heart ? :S , e only direction i have is to renounce the love in me so that e tale of love could renounce its existence.. hmm ... Wallahul musta'an

~ Menjadi muslim yang kuat bukan mudah~

1 comments:

Anonymous said...

:')