CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, April 3, 2010

....Episod 199.... - Maaf Dipinta -

( Ikhwah bergambar bersama dr.ibrahim magdy , mas'ul hari itu untuk melayan kami )


Alhamdulillah , lawatan ke darul ifta' telah pun selesai .. syukran ye ketua kerana menjadi tulakang belakang program ni , mudah2an kita semua mendapat istifadah daripada lawatan ni .

Alhamdulillah , Capitalism a love story dah pun selesai dikupas , muhadharah syeikh imran hussein pun dah habis dibincangkan , sesi bersama wakil embassy pun dah kami jalankan , yang masih dalam pertimbangan hanya sesi bersama bro suhaib webb dan yang masih sedia berjalan adalah adalah Jiang Hua Yu , kelas mandarin . Kepada yang dah mengikuti program ta'lim , syukran , jazakumullahu khairal jaza' . Kepada yang sedang terbelit lidah belajar mandarin , jia you~ .. few more weeks to go ...~

Alhamdulillah , Allah beri saya ahli2 yang sangat amanah dalam menjalankan tugas , sangat memahami dan sangat ceria semuanya :D .. Thank you rudy , hadi , zaweer , huda , along and seri . Kepada ketua , saya minta maaf kalau segala beban kerja ada atas bahu awak dan saya tak banyak membantu . Syukran ye ust faritz~ awaklah penggerak ta'lim walaupun meeting2 kt tk pernah mula pada waktu yg ditetapkan :p . Jazakallah khairal jaza' .

Saya minta maaf kepada semua termasuk adik2 and kakak2 frathouse yang kadangkala terpaksa saya tinggalkan sewaktu program2 tertentu kerana tuntutan kelas2 . Mungkin ada yang akan kata saya pentingkan diri sendiri , ya waktu itu saya pentingkan diri saya . Saya rasa untuk beberapa keadaan ianya perlu . Bukan sengaja saya tinggalkan , tapi izinkanlah saya penuhi amanah ilmu yang tergalas atas bahu saya ni . Imtihan khat saya dah terlalu hampir . Saya dah cuba sedaya upaya korbankan bulan march saya untuk persatuan , walaupun saya tahu majlis penutup akhir april , saya minta izin untuk mengundurkan diri awal april . Khat saya perlukan masa saya , Afwan ye semua :)


(poster untuk kempen 99% passess Unit Akademik)

Ada lagi 40 hari kurang lebih sebelum imtihan al azhar bermula . Izinkan saya mulakan pertempuran dengan kitab kuliah ... kepada ahli frathouse " ingat hadaf kita ye ~ 99% passess - sama2 doakan k " Love every single one of u lillah ..... berkongsi tujuan yang sama , tekad yang sama dan kejayaan bersama ....kerana kita satu keluarga~ ...

Maaf dipinta kepada semua yang bekerja dengan saya , andai diri ini terleka dan lalai dalam menjalankan amanah yang diberikan ..... " Pernahkah kau bermimpi seketika berada di tempatku membayangkan pahit manis berlalu ntah siapa yang tahu "

* Sedang cuba memujuk diri * nak balik singaporeeeeee~~ huhu

1 comments:

Taman_Raudha said...

Jap k fatya...sikit je lagi :) <3