CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, June 12, 2009

....Episod 163.... - Back~ -



Kadang kadang ... Saya rasa letih sangat sangat nak pi kelas...
Kadang kadang .. Saya rasa lemah sangat.. tak bermaya nak terus melangkah ...
Tapi .. Ust kata , pi kelas insya Allah malaikat dan masyayikh akan doakan kesejahteraan n kesihatan kita ..
Selalunya .. Kata2 tu akan akan buat saya semangat nak pi kelas...
tapi .. Kadang kadang.. saya memang dah tak mampu ... Jadi kelas syeikh yusri tadi saya tak dapat nak pi ~ :'(


Pulang sahaja dari Mansoura petang khamis , saya tau saya perlu menghadiri kelas . Dan saya juga tahu kelas tersebut selepas asar . Tapi saya tak sangka saya akan jejak rumah jam 4.15 . Saya cuma ada kurang dari setengah jam untuk siap dan keluar semula . Pening dari dalam bas masih tersisa lagi . Tapi takpelah saya gagahkan juga diri . Sewaktu dars berlangsung , kaki saya dah mula menggeletar sebab terlalu letih . Perut pun dah mula nak masuk angin . Saya tau , makan dan minum sewaktu belajar tu qillatul adab , tapi kalau saya tak makan dan minum , risiko untuk saya kembali muntah2 sangat tinggi . Jadi dengan confidentnya saya pun makan laa.. huahua ..

Pulang dari kelas .. sy baru nak berangan tidur lena lepas solat maghrib , malangnya saya terlupa saya ada membuat janji dengan seorang teman untuk ke city stars . Maklumlah , orang2 dah nak balik singapore ni , merata tempat dia nak shopping . Sekali lagi saya cuba segarkan kaki ni untuk kuat berjalan . Akhirnya kaki ni dapat rehat jam 1 pagi . Haiz. Saya hanya dapat lelapkan mata selepas subuh dan jam 9 saya harus keluar lagi untuk hantar teman2 yang dah tak sabar2 nak jumpa family ni pi mataar . Andai kaki ini boleh berbicara... dah dimaki hamunnya saya ni..


--------------------------------------------------------------


Cuti empat hari di Mansoura tak akan saya lupakan . Walaupun dua hari yang pertama saya hanya bermalas malasan di rumah kerana migraine , hari ketiga dan keempat benar2 seronok . 3 hari ditemani rakan2 dari kedah cukup membuat lidah saya terasa sesuai bertutur dengan lahjah mereka.. huhu . Ditambah pula dengan kehadiran mama Amy yang sangat2 menceriakan suasana 'holiday' saya tu .


Malam terakhir saya di Mansoura saya isi dengan membantu teman2 yg lain membuat sate ( tolong cucuk jek pun ... kahkah ) . Kami pun ramai2 dok buat picnic kat sutuh . Dalam gelap malam atas sutuh tu kami hanya ditemani lampu kuning ( lampu bilik yang ala2 romantic tuh .. heh ) . Suasana malam di Mansoura pada saya sangat2 tenang. Malam adalah malam di mansoura. Malam yang sepatutnya menjadi malam.. paham tak ? . Takpe jek kalau tak paham . Saya pun carik laa corner2 yang best untuk menikmati malam di mansoura kat sutuh sambil minum jus mango dan sate .. tak lupa featuring mishmish dengan rojak mak bee hehe ... tiba tiba~ " Awat yang dok menung sorang tu... hai laa.. dok ingat kat orang mana pulak dah.. mai sini habaq kat mami sapa org tuh " huahuahua... tu diaa dah dapat offer dari mami tuh .


Untuk mengelakkan sebarang spekulasi2 yang tidak diingini saya pun join diorg balik . " ni fatya , balik nanti pi bilang kat mama dgn baba , mai la datang kedah , mai datang umah mami naa " . Hehe .. sekali lagi offer dari mami . " Insya Allah lah mami , kalau ada rezeki fatya mai laa kedah tu " :D . Sedang kami sibuk bergurau dan ketawa berdekah dekah...ahakz , salah seorang dari meraka mendapat berita kematian seorg ikhwah medic malaysia . Suasana terus bertukarmenjadi cemas . Sampailah habis berkemas ,masing2 masih dalam keadaan terkedu . Dan kami pun layanlaa perasaan sendiri .


Esok pagi sebelum balik ke cairo , saya join mami tengok movie.. hehe . Sang murobbi. Arwah ust rahmat abdullah mengingatkan saya kepada ust rohimuddin Indonesia . Sangat sama . Rindu sgt kat ust . " Kemiskinan yang paling bahaya adalah kemiskinan azam , bukan kemiskinan harta "


Lepas sang murobbi , masih berbaki 2 jam lagi sebelum saya berangkat keluar . Jadi saya pun amik kesempatan tengok laskar pelangi . Another good and inspiring indonesian movie . Thumbs up ! " Kita hidup untuk memberi sebanyak banyaknya... bukan untuk menerima sebanyak banyaknya .."

2 comments:

amu mejie said...

" Malam adalah malam di mansoura. Malam yang sepatutnya menjadi malam.. paham tak?"...x!..baca lak n3 ni malam2..rasa mata pon nk malam jugak..sbb x phm istilah malam yang membuatkan malam ku kelam..paham x?..xpaham xpe..he~ selamt pulang ke kota keserabutan..


by : lintang

Adrian said...

Jadikan tempoh 'uzlah' itu,1 sesi muhasabah diri.Insya Allah ia berikan 1 kekuatan utk meneruskan perjuangan...selamat beruzlah dental logo