CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, May 17, 2009

.....Episod 156..... - Bila matahari bersinar ..... -


Bahang mentari tengahari sabtu lebih dahsyat dari semalam , perjalanan ke muqattam untuk dars syeikh yusri selepas solat jumaat dipayungi terang matahari . Rimas . Cuaca panas membuat saya rimas . Tapi saya tak sangka , perjalanan untuk ke gami' azhar tak pulak ada perasaan rimas, tetapi perit . Kepala saya seperti dicucuk cucuk oleh terik matahari .

' Amu , nak berapa ? ' " Kau nak bayar berapa ? " ' hmm... 8 ' " ma fish haga bi tamaniah ya haggah " .. ' la ya ammu , wallahi 'adiy kida , aiwah khalas ' saya menunjukkan isyarat tangan yang saya tidak mahu . Perjalanan dari raba'ah adawiyah ke gami' al azhar sayyidina hussein seperti harga minyak sedunia sekarang ini , semakin hari semakin meningkat . Waktu saya mula2 sampai mesir , 6 geneh merupakan harga biasa . Setahu saya sekarang ni harga biasa 8 . Boleh jek nak dapat kan 8 ke 7 sebenarnya , cuma nak kene bagi alasan2 yang patut la kat ammu taxi tu .

Taxi kedua sampai ... Ammu yang ini mengulang semula kata2 amu taxi yang pertama . Ikutkan hati , saya nak tunggu taxi lain . Tapi , jasad saya rasa seperti digigit2 oleh bahang cuaca tengahari sabtu . Saya terus masuk taxi . Pedih sangat mata . Tak taulah kenapa . Mungkin sebab dah lama tak keluar selepas zohor semenjak dah bertukar musim ni . ' Hmm.. semalam pegi muqattam pun lepas zohor tak pulak rasa macam ni ' Saya merungut sendiri . ' Wallahi harrah innahardah ' Kata Amu taxi . Aku hanya mampu tersenyum di balik niqab , mengiyakan kata2 nya . Plan nya , lepas zohor dan lepas asar nak ikuti kelas syeikh ahmad , lepas maghrib nak tunggu syeikh syaltut pulak , dah lama sangat tak pegi kelas waraqat usul . Kitab yang complex tapi best . Air mineral sebotol dan roti sekeping dah pun sedia dalam beg , untuk bekalan sampai ke malam . Deep down saya sebenarnya masih ragu dengan plan saya untuk stay sampai malam . Takut tak larat .

Sampai je gami' , jumpa adik2 . ' Kak , hari ni ada syeikh ali jum'ah tau insya Allah ' . Kalau dapat masuk sekali kelas syeikh Ali memang rezeki hari ni la kan . Kelas selepas zohor berjalan seperti biasa . Sebelum keluar untuk solat asar syeikh ahmad kata , kalau takde apa2 kita sambung kitab Iqazul himam wal hikam , tapi kalau maulana ( panggilan syeikh ali ) datang , kita terus pergi . Selepas asar , syeikh ahmad tak masuk kelas . Syeikh ada kat luar atrak , mungkin nak tunggu kedatangan syeikh ali . Saya pun cuba isi masa dengan murajaah hafalan . Juzu' 28 . Dah lama ditinggalkan . Terasa sangat bila syeikh yusri tegur waktu dars kat muqattam " Orang yang lupa hafalannya adalah orang yang malas , malas mengulang . Murajaah perlukan mujahadah , bawak dalam solat hafalan kita " . Jadi misi bulan May ni, saya nak murajaah juzu' 28 . Mudah2an tak separuh jalan .

Sedang saya menghafal , teman dari indon pattani dan msia sedang diskusi kiab tajul usul yang baru diajar syeikh ahmad td , tentang wisal siyam. Saya hanya tersenyum mendengar diskusi tersebut . Nak join tapi taknak tinggalkan murajaah . Jadi saya cuma tumpang dengar saja . Jam dah pun menunjukkan pukul 6.30 . Saya dah mula resah . Dah mula rasa rimas . Saya buat keputusan untuk pulang . Sedih sangat sebab tak dapat nak bertahan sampai kelas syeikh syaltut . ' Takpelah ... lain kali datang lagi k ' Saya cuba pujuk hati saya untuk beranjak pergi dari gami ' .

Selesai bersalaman dengan teman2 yang sedang sibuk diskusi , saya terus keluar mencari taxi untuk pulang . Ingatkan nak naik bas .. tapi sekali lagi cuaca tak mengizinkan . Saya pasrah . Terbang lagi lah 10 geneh saya . ' Takpe2 lain kali naik bas jeklah pegi balik ' . Banyak betul ' lain kali ' saya hari itu . Terik dan bahang nya matahari mengingatkan saya pada perbualan bersama seorang adik " kak , bila ah cuaca nak jadi panas sampai boleh pengsan macam fahri ? " , " Sekarang ni baru nak masuk 30 lebih , dah masuk 40 lebih nanti kot , tapi fahri tu sebab active keluar2 time musim panas , kalau taknak pengsan duduk la rumah bila tengah panas tu ... nak jugak ikut fahri .. " heh , hebat kan kesan novel ayat2 cinta ni .. ?

0 comments: