CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, May 13, 2009

.....Episod 155 ..... - Now i get it -


Last few days was quite chaotic . Ada oral nahu . Lepastu i was not at home the night before . Kenapa ? Sebab kene baby sit budak kecik ni . Ameerah muthmainnah . Emotional breakdown tol . Sib baik la budak kecik ni boleh jadi penceria suasana . Mula2 tu , rasa pelik la jugak . Every single minute mata ni tak lepas dari kena monitor budak ni . Nasib baik dia tak merengek ke meraung ke sampai tahap yang boleh membingitkan . So far , ni kali ketiga saya buat keje ni . After vikram , i hve never baby sit any other babies . Lain baby lain kerenah n perangainya .

Puas saya ingat balik lagu2 budak2 yang boleh menghiburkan ameerah . " Fakya , aku tak pernah nampak ko macam gini hehe .. " Adus.. malu la jugak ngan kawan time tu sebab maklumlah , watak saya selama ni serius , pendiam , pemalu . Jadi bila tiba2 tukar watak jadi hyper orang pun terkejut . Siap buat muka2 lagi ,( yelah , komunikasi dengan baby ni takkan nak buat muka toya kan ) bahasa pun lebih kurang yang digunakan oleh baby tu jugaklah .

Daripada menyambut senyuman pertama dia bila dia celik jek mata sampai lah ke mandikan , bersihkan , pakaikan baju , buatkan susu , tidurkan dia , pujuk dia setiap kali dia merengek .... saya sendiri tak percaya saya buat semua kerja tu sendiri . Walaupun cuma beberapa hari sahaja , tapi rutin yang saya lakukan buat saya rasa sayang sangat kat budak kecik ni . Mesti ada yang nak tanya , kemanakah ibunya ? Ibunya sedang sarat dengan 2nd pregnancy .

" Manja betul dia dengan fakya .. " Her dad commented . Saya tak pernah tau saya mampu nak layan baby . huhu . Tiba2 saya rasa rindu kat dia . Semalam jumpa sekejap , tapi rasa tak puas pulak . Saya suka sangat bila tengok dia lena atas pangkuan saya . Saya suka sangat tengok die habiskan susu sebotol bila saya bagi kat dia . Saya suka sangat tengok senyum dan tawa ameerah bila saya timang dia . Tapi saya mampu bantu jaga beberapa hari saja . Sebab saya perlu pulang dan habiskan nota . However , saya tak nafikan yang menjaga budak ni perlukan stamina yang baik . Sebab saya penaaat sangat. Lagipun Ameerah ni termasuk dalam kategori kanak2 yang sangat aktif.. Dia hanya akan diam bila tidur . haii.... Seronok sebenarnya jaga baby ni .... lagi2 bila kita nampak dia membesar depan mata kita kan ...

Ni baru orang yang takde kene mengena punya rindu . Tak terbayang rasanya kalau itu anak sendiri . Tiba2 teringat airmata mak sebelum saya datang sini . Kenapa berat sangat mak nak lepaskan . Kenapa susah sangat . Hatta dalam surat pun mak tulis " Sebenarnya mak berat nak lepaskan kakak pergi , tapi kerana ilmu , mak redha " .... Status saya sekarang : Sangat sayu bila teringat mata dan pandangan mak waktu saya palingkan wajah saya untuk kali terakhir sebelum saya check in ...

~ Di saat kita berjauhan rasa ingin ku berlari .. mendakapimu penuh girang.. bak si kecil kehilangan~

2 comments:

amu mejie said...

selamat hari bu fatya.. entry yang tepat pd masanya..he~

Adrian said...

walaupun kekadang kita merasakan kita jujur dengan diri dan tidak menipu, namun hampir tiap ketika kita tertipu dengan diri sendiri. berhati2 dengan hati dan diri.
dental logo design