CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, March 27, 2009

........ Rajuk di hati ..........



Bismillahil waduudul ghafuur ..

Untuk beberapa ketika ni , saya akan berhenti dari blogging . Ramai sangat yang bertanya saya kenapa . Jawapannya , saya sedang merajuk . Tak perlu pujuk diri saya ni . Biar masa yang memujuk . Teringat kata2 ust hairulnizam yang menukil kata2 Allahyarham ust khairul tentang putus asa orang yang berjuang , ' merajuk itu biasa , tapi memujuk orang yang merajuk itu buang masa ' . Insya Allah saya tak akan sampai tahap menutup blog ni . Kerana saya tahu kepentingan dan keperluan jihad dengan qalam . Cuma ingin saya nyatakan di sini , saya bukan merajuk dengan mana2 pihak , tapi merajuk dengan diri sendiri . Merajuk nak memberikan fikrah mentah saya yang kurang ranum untuk dibaca dan dikongsi . Perjalanan saya untuk tatapan semua terhenti seketika di sini :) . Alfu salam untuk semua ..



Wal 'asr ! .. Berapa banyak kitab yang telah kau baca wahai diri ? :| ... n the clock is ticking ..

Tuesday, March 24, 2009

...... Should i say goodbye .........

Bismillahirrahmaanirrahiim ..

Terlalu banyak rasanya perasaan yang saya pendam yang sangat2 hendak diluahkan ., Tapi tak terluah . Takut apa yang saya kata terlalu sensitif untuk dibaca. Kalau dulu , saya tak pernah risau dengan isi kandungan blog ni . Kerana asalnya , ia hanya untuk tatapan rakan2 pre-u yang akan berpisah . Tapi saya terlupa , semakin hari semakin ramai orang yang menyinggah . Semakin ramai kenalan saya . Semakin ramai yang mengikuti . Sehingga kadang2 saya rasa agak sempit . semakin hari tulisan2 saya lebih pada , takut orang yang baca ada yang tak puas hati . Takut orang yang baca ada yang terasa . Saya sedang mempertimbangkan untuk membuat satu keputusan ..... berhenti menulis .........

Monday, March 23, 2009

....Episod 141.... - ...dan ini yang aku pilih -




Bismillahirrahmaanirrahim ....


Allahumma Solli 'Ala Sayyidinal Habiib

Silence is the hardest arguments to refute . Satu ungkapan yang tak boleh nak saya sangkal kebenarannya . Dalam keadaan mental yang sangat letih buat masa sekarang ini , saya terpaksa berdepan dengan topik2 perbincangan yang dah agak lapuk pada saya untuk dibahaskan lagi . Penat penat dan penat .

Isu azhari yang sering dikupas oleh azhari sendiri membuat saya mual dan terasa nak muntah mendengarkannya . Entah dah berapa banyak kali saya dengar . Mereka yang beria-ia nak mengislahkan keadaan sama ramai jumlahnya dengan mereka yang terus terusan dibuai kesilapan lama yang tak pernah ada penghujungnya .

Beria-ia . Rasanya itu ke perkataan yang paling sesuai ?? Bersungguh2 nak mengupas , nak islahkan , seolah-olah mereka yang terdahulu tak pernah nak cuba untuk lakukan harakah amar ma'ruf nahi mungkar ni . Perbincangan tu tak perlu nak diadakan lagik . Yang perlu dibuat sekarang ni adalah pergerakan . Cakap banyak2 pun tak guna . Bincang berjam2 pun takde manfaatnya . Kalau diri sendiri tak gerak untuk first and foremost , islahkan diri sendiri dulu . Kalau diri sendiri masih bertatih , jangan sibuk nak Menyuruh orang berjalan . Kalau diri sendiri masih bertatih tak perlu sibuk nak menghukum orang lain lumpuh . Jangan sampai satu hari nanti dia yang berjalan dan kita pula yang lumpuh . Paham tak analogi ni ? Kalau tak paham takpe jek .

Kalau Amar ma'ruf dah susah nak buat , nahi mungkar jangan kata lah kan . Lagi tak terbuat . Agak ironi bila seseorang tu dengat semangatnya berkata , ' nak nasihat orang kena lah berhikmah sikit ', tapi pada hakikatnya , setiap apa yang cuba dilakukan adalah penentangan . Macam... apa eh maksudnyaa.. ??!! Tak mengerti makna ayat atau... tersalah faham maksud ayat ??

Saya tak tau dah nak cakap apa . Saya pilih untuk diam diam dan terus diam . Bukan nak berlepas diri , tapi nak memberi masa pada mereka2 untuk duduk dan berfikir . Nak mencari satu solusi perlu pada ilmu yang cukup dan akal yang naadhij dan bernas . Bukan dengan kata2 berapi dan semangat yang meluap2 . Tegur menegur tu perlu pada tadrij . Bukan sekali harung datang menghukum sesama kita ..... ( post ni tak perlu pada sambungan lagi ... biarlah sambungannya ditentukan oleh jalan hidup kita masing2 )


Saturday, March 21, 2009

.... Episod 140.... - Merindukan Seorang Murabbi ( 6 ) - Blessed

Bismillahirrahmaanirrahiim

Sekarang ni tengah agak emosi sikit . Nak abah!!! :'( , abah.. kaki kakak terseliuh lagik ... sakit~~ .. huhu . Esok ada tahfiz nampak gaya tk p la . Baru ingat malam ni nak pi syeikh yusof , tapi sebab urat kaki dah terpeleot ke mana ntah , nak solat pun dah payah , jadi lupakan jeklah niat murni tu . Ni maknanya , Allah nak suruh duk umah baca buku kuliah .. heee :) .

Kelas syeikh nur dah pun habis . Hari terakhir tu , sangat sangat sedih . Tak tau kenapa . Jangan tanya . Tetiba rasa nak nangis bila majlis khatam dah nak habis . Ada perasaan yang tak pernah dirasa hadir tiba2 . Rasa macam nak cakap kat syeikh , janganlah pi dulu syeikh . Duduk la lama lagi sikit. Haiz Entah lah . Sekarang ni pun rasa cam nak nangis ni teringatkan kelas syeikh .

The next day , kalau selalu pepagi sibuk buat kerja rumah pastu petang kelam kabut pi syeikh nur , tetiba aku rasa macam buntu . Tak tau nak buat apa . Before that punyalah rasa lega kelas syeikh dah habis , kononnya nak rehat la kan . Tapi yang jadi lain pulak . Rasa resah bila sesuatu yang dah selalu buat tiba2 terhenti . Badan memang dah macam nak mintak ampun dah . Tapi entah kenapa aku buat keputusan untuk keluar pi gami' azhar untuk dars2 yang ada . So lepas asar aku pi kelas sohih muslim dengan syeikh ahmad hajin . Tengah2 kelas tu , syeikh Ahmad hentikan pengajian sebab syeikh ali jum'ah dah datang . So kitorg pun beramai2 lah pi duduk dengan syeikh ali jum'ah . Belajar surah al-maidah . Bila dapat tengok syeikh depan mata tu rasa tak percaya pun ada . Dekat la jugak kan . Selalu nampak kat dalam suratkhabar jek . Kelas dengan syeikh ali habis sebelum solat isya ' . Habis jek syeikh ali , teros masuk atrak ada kelas syeikh shaltut , waraqaat usul . Kitab usul fiqh . Mula2 ingatkan kalau masuk confirm pening ni . Tapi kebetulan tengah cakap pasal syarhul kalam . So paham alhamdulillah .

Malamnya gi jumpa Nenek Edah . Nenek sedara yang datang nun jauh dari perak . Mula2 ingat taknak pi , sebab masa suntuk . 4 hari jek nenek kat sini pastu nak terbang gi madinah nak buat umrah . Tapi sebab kali pertama aku jumpa nenek time umur 3,4 tahun terus tak jumpa lagi . Mak sungguh2 suruh aku jumpa . Alhamdulillah , berkat dengar cakap mak .. hehe , sekurang2nya dapat lah mengeratkan silaturrahim dengan sedara dan jalinkan silaturrahim baru dengan kawan nenek edah . Kitorang panggil tokma . hehe . Cute lah duduk berbual dengan warga emas yang tak kenal erti lelah demi nak jejakkan kaki kat Bumi Haram . Bila nenek edah ceritakan kembali saat2 akhir tok dasuki meninggal dunia ( Antara favourite atok ) rasa rindu sangat2 kat atok . Takde rezeki lagi nak ziarah kubur atok kat perak . Macam nak cakap kat atok , tok , lepas belajar nanti kalau umur panjang , insya Allah fathiah sambung belajar tarannum ye :'( .

Esok kelas ust aidil start . Bestnyee!! , rindu ni saat2 lepas subuh pi rumah jiran tengok siaran online reramai. ( Di sini saya ambil peluang untuk mengucapkan terima kasih pada jiran sebelah n saya minta maaf sangat2 sebab selalu ganggu korg pepagi .. heeee ) . Tapi.... esok tak pegi kot ... haiz . Maklumlah , kaki tak mengizinkan .. Nampaknya tgk online lagik lah nii ... :)

_____________________________________________

Sesungguhnya , saya dah tau siapa pemilik suara qasidah syeikh nur . ( Malu gile ok !!! ) . Yang penting , qasidah2 kat kelas syeikh nur , tak kesahlah siapa pun yang bawak , semuanya best2 belaka .

Allahummaj 'alna minas su'adaaa'il maqbuuliin ... wa laa taj'alna minal asyqiyaa'il marduudiin . Allahumma Aameen .

Wednesday, March 18, 2009

....Episod 139.... - Di balik tabir itu ada senyuman :> -



Bismillahil waduudul ghafuur

Saya sendiri tak tahu kenapa , saya gembira sangat . Setiap senyuman saya dibalas dengan senyuman juga . Sewaktu saya berada di kota Singa selama sebulan , itulah yang saya rasa . Sana sini saya pergi , saya tak mampu nak sembunyikan senyuman saya kalau saya terasa nak tersenyum . Tindak balas dari orang ramai yang saya terima di singapura berlainan dengan di Mesir . Di sini hanya orang2 yang mengenali saya saja yang akan menyambut senyuman tadi . Kenapa ye.. ??

.. Kerana senyuman saya terhias di sebalik tabir hitam yang menutupi wajah saya . Tak ramai yang tahu dan dapat mengagak, bila , orang2 macam saya ni ( yang berniqab ) akan tersenyum pada mereka . Lucu juga bila difikir2kan . Kadang2 saya rasa bosan , bila senyuman saya tak pernah dibalas . hehe . Saya sering terlupa keadaan saya pada waktu itu .

Semenjak berniqab , ramai yang sangka kami semakin berani untuk jalan bersendirian dan tak rasa malu semalu mereka yang tidak berniqab ketika berhadapan dengan lelaki . Pada mulanya , saya berkongsi pemikiran yang sama . Kalau disentuh bab berani , memang lagi berani dari kalau tidak berniqab dan lebih selamat insya Allah . Tapi kalau tentang rasa malu , hmm ... rasanya saya makin tak malu kee..??

Secara peribadi , saya rasa sebaliknya . Sekarang , Nak angkat muka waktu muamalah dengan ikhwah adalah saat yang paling sukar rasanya . Hanya sekilas pandangan yang boleh diberikan . Kerana sekarang , hanya mata yang ada untuk dilihat , kalau berbalas pandang dengan ikhwah , pasti ikhwah hanya akan melihat mata kan ? Sedikit demi sedikit , kelantangan saya bila berhadapan dengan ikhwah terhakis . Itu antara plus point berniqab ni pada saya. Lagi satu , kadang2 rasa marah geram dan bingit dapat kita redakan sendiri . Sebabnya ? walau macamana kita merungut dengan orang yang kt marah , kita cebikkan muka , kita ejek ke apa2 lah , orang tu tak tau. nak ketawa pun tak perlu nak risau orang nampak gelagat muka kita yang macam2. hehe . Bukan nak kata saya selalu cebik2kan muka , cuma saya rasa , perkara2 yang saya sebut kat atas tu secara spontan boleh berlaku pada waktu2 darah tinggi tiba2 naik mendadak . Bila terbuat nanti kang ada je pihak2 yang terasa ke terambik hati ke , jadinya tabir tu boleh jadi penghalang orang nampak raut wajah kita, pada waktu yang sama dia beri kita masa untuk redakan perasaan kita .


Nak cerita pasal senyum ni sebenarnya , yang mendorong saya tulis tentang senyuman di balik tabir ni after satu peristiwa ni jadi waktu saya pi kelas syeikh nur baru2 ni . Baru beberapa minit yang lepas , saya sibuk duduk berkenalan dengan seorang kakak msia ni , kakak kelantan . Sesi perkenalan kami tu diiringi senyuman dan tawa .Akak tu pun rancak bertukar2 cerita . Lepas jek solat maghrib , waktu tengah rehat2 , tetiba je ada announcement kecik , " akhawat , ada ustaz nak masuk " . Saya pun sarung lah niqab . pastu saya terpandang kakak tu . Saya pun senyum lah kat dia :D . Pastu dia pandang saya serius jek .sangat serius sampai saya rasa tak sedap . Rupanya , dia pandang saya macam tu sebab saya pandang dia dan dia tak nampak lah yang saya tengah tersenyum dengan senyuman yang paling lebar saya boleh offer . hehe . Lepas kejadian tu saya tak bole nak stop senyum sebab terasa kelakar sangat benda yang jadi tadi .

Kalau nak cerita pasal niqab ni , sebenarnya banyak sangat sangat plus point dia cuma saya tak rasa lah nak cerita sekarang ni . So ppl , kalau fathiah ade jumpa korang kat luar , do not hesitate to smile if u wanna smile ok! Sebab saya akan balas senyuman tu :D insya Allah .

______________________________________________

( Psst... i wonder... i wonder.... siapa kah pemilik suara qasidah kat kelas syeikh nur sebelum mula kelas selepas isya' tu .... hmmm ....)

Friday, March 13, 2009

....Episod 138..... - Merindukan seorang murabbi ( 5 ) - Masyayikh





بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صلى وسلم على سيدنا الحبيب

9 feb

ish berdebar ni .. berdebar sangat2 . Aku duk "diam2" jek kat maktabah markaz row paling belakang sekali . Kerana berdebar yg teramat sgt , aku dah takley nak dok betol2 sopan2 skit . sibuk bergurau ngan kengkawan . sampailah bila tabir dibuka , kelibat syeikh usamah pun jelas kelihatan . Isteri syeikh pun dah masuk , krew2 nye pun dah ready, baru aku mampu nak duduk diam2 sikit . Tak pernah aku rasa tenang nya duduk di markaz macam tenangnya hari tu . Seolah2 ada bau harum sepanjang majlis dijalankan . Raihah yang ada sangat cantik , sangat menyegarkan . Kata2 syeikh bak lagu yang dialun kemas dengan lirik yang penuh berisi . Memuji Allah dan rasulnya .


Sekali lagi , soalan itu terdetik di hati , ' kenapa aku bukan yang terpilih untuk hidup berjumpa dengan dia Insan Utama , Insan Pilihan , kenapa aku ada sekarang ... ' . Ketakutan melihat cahaya risalah kelam sentiasa menghantui diri . Takut mutiara yang dicari takkan pernah di temui ..

10 Feb

Esoknya , aku mula pergi ke kelas syeikh nuruddin . Setelah segala aral melintang memereng dan menegak dapat di langkah .hehe . Alhamdulillah , Allah sembuhkan cepat2 . So , terlepas pi kelas syeikh 5 hari .Tapi takpelah , yang penting dah sihat :D dan yang paling penting aku sangat3 happy . Kelas syeikh nuruddin macam very addictive . I'm so addicted to it . Burdah2 yang didendangkan para ikhwah sebelum mula kelas selepas isya' macam me'relax'kan otak yang penuh diisi dengan pengajian waktu petang .

Dah tak tau nak kata apa dah ... speechless . mudah2an perjalanan yang tak dicatat ni saya tak lupa . Hopefully , saya akan terus ingat sampai bila2 :D

Kelas Syeikh sampai hari sabtu ni jek . Kelas syeikh Usamah pulak ada lagik 3 minggu . Lepas ni dah boleh resume kelas syeikh yusoff hari minggu dan khamis dan kelas sohih muslim syeikh iwadh . Dan lepas ni jugak dah kena mula notes marathon .

Kata orang , tak kenal maka tak cinta kan . Selalunya burdah ni budk2 kita baca waktu maulud jek n mungkin other special occasions lah , tapi sekarang ni macam tiap2 hari dengar time pegi kelas syeikh nur . Dah jadi habit dan habit tu mcm addiction jugak lah kan . Nak kene buat n ada selalu . Thx to sorang ikhwah msia ni sebab sudi pinjamkan thumbdrive untuk kongsi segala burdah2 yang dia ada . Thx alot .

Thursday, March 12, 2009

Renung Sejenak

Wednesday, March 11, 2009

....Episod 137.... - Kaligrafi cinta -



Islamic Arts Museum Malaysia . Satu tempat yang meninggalkan sejarah yang tersangat manis buat saya . Di tempat itulah tertanamnya benih cinta saya pada Kaligrafi .. Tahun 2003 bermula perjalanan saya melatih tangan saya untuk sentiasa lembut melakar huruf2 hija'ie pelbagai jenis . Riq'ah , Diwani , Thuluh , Nasakh dan Kufi . Yang sedihnya , ada nama guru yang saya dah tak ingat . Saya sangat sedih . Riq'ah dan thuluth yang mengajarnya Ust Syed ( Nama penuhnya saya tak ingat ) . Diwani , Ust Yusof ( YDP persatuan khat malaysia ) . Nasakah , ust Zainurrahman ( kalau tak salah) . Kufi pulak ust Asrak . Haa ust yang ni saya ingat sangat . Sebab dialah yang beri kata2 semangat untuk saya ke mesir dan ambil kursus khat kat sini :) syukran ust . Dia jugalah tenaga pengajar kelas khat advance . Pening kepala saya cuba nak menulis khat dalam bentuk2 yang ada . Ada seorang lagi ust yang mengajar illumination ,antara kelas yang paling saya suka sebabnya kena bermain dengan warna .

6 tahun dah berlalu . Semenjak tahun 2004 , saya mula berlatih tanpa guru . Hanya buku2 menjadi panduan . Olehkerana kekurangan bahan rujukan untuk bentuk2 khat , saya cuba memanfaatkan apa2 nota dan buku yang saya dapat sewaktu menghadiri kursus intensif dulu . Semakin lama saya mendampingi ilmu khat ni , semakin suka saya nak menulis . Alhamdulillah , syahidah travel memulakan langkah mengasah ketajaman ilmu khat saya dengan menjadikan saya dan beberapa teman yang lain penulis untuk certificate jemaah haji . Beratus nama perlu kami habiskan dalam masa 2 hari . Tangan saya sangat letih . Tapi , saya rasa gembira , puas kerana kursus yang saya hadiri tak sia2 .

Teringat lagi pengalaman pertama ditegur secara langsung oleh ust zainur " ust , jangan lah tengok ! " kelam kabut saya cuba menutup kertas latihan saya . " Saya nak kene tengok , kalau tak macamana saya nak tau apa yang salah . Sekejap jek , kasilah saya tengok . Saya nak tengok mcmana anti pegang batang resam tu ... " . Subjek yang paling susah bagi kami pada waktu itu adalah khat kufi murabba' . Khat kufi segi empat . Terasa macam buat maths pun ada . pening . Dahlah pening ada homework pulak tu . Sampailah hari terkahir kami di IAMM homework masih belum siap lagi . " haa , mana kerja rumah yang ust suruh buat tu " . Tegur ust Asrak bila ternampak kami cuba mengelakkan diri darinya sambil tersengih2 macam kerang busuk " Ust , saya bukan taknak buat ust , tapi bila bukak jek graph book tu ust terus tertidur . Susah betul ust . Asik tertidur jek " . " Ahh , dah agak dah , biasalah tu , ana biasa dengar ni.. "

Saya pulang ke Singapura dengan fikiran yang kosong . Tak tau nak buat apa dengan ilmu ni . Tak tau sejauh mana minat ini akan pergi . Hinggalah tahun berikutnya , ust Asrak dijemput untuk mengajar kami peringkat advance . Waktu itu bibit2 untuk belajar lebih serius dalam bidang ni sudah pun kelihatan . Saya dah mula rasa seronok setiap kali saya dapat habiskan satu karya Khat dalam bentuk canvas atau arcrylic sheet atau styrofoam atau apa2 sahaja yang boleh ditulis . Walaupun saya terpaksa duduk berjam2 , adakalanya memakan 7-8 jam sehari , saya tak terasa rugi menghabiskan masa yang banyak untuk nya . Karya pertama saya yang rasmi diberikan kepada Dr Yaacob Ibrahim , menteri alam sekitar dan sumber air merangkap menteri hal ehwal masyarakat Islam . Karya kedua saya diberikan kepada mufti singapura Sahibussahamah Ust Syed Isa Semait . ( catatan ni untuk ingatan saya sahaja . kalau tak dicatat di sini saya mungkin akan terlupa perjalanan saya ni ) .

Dua tahun kemudian , saya bertemu lagi dengan ust Asrak . " Ah Fathiah , Ust yusof ada plan nak buka Akademi khat restu , rasanya dah rasmi . " " Yeke ust , bestnya , macam nak masuk jek . Boleh tak ? Ust rasa mcmana ? " "Anti ada rancang nak ke Mesir ke ? " " Ada ust . Tapi macam nak masuk RESTU pulak bila ust dah kata macamni " . " Ah , kalau macam tu , teruskan kat Mesir . Ana dulu pun ambil kat mesir . Sampai habis takhassus . Tapi 6 tahun . Kalau anti sanggup , habiskan lah sampai 6 tahun . Setakat ni kalau akhawat ana dengar ada sorang ukhti kelantan ni die dapat habiskan takhassus . Sambung je kat sana fathiah , ust kasi contact nya " .

Akhirnya , di sinilah saya sekarang. Di bumi Kinanah . Bukan semata2 untuk jami'ah Al-Azhar dan ilmu2 masyayikh yang ada di sini . Tapi juga untuk teruskan minat saya pada Kaligrafi Islam . Tahun lepas saya cuba untuk daftar , setapak sebelum imtihan qabul , saya terpaksa pulang ke Singapura . Hanya Allah sahaja yang tau betapa kecewa nya saya waktu itu . Lepas tu saya tak pandang pun buku2 khat sampailah saya nak balik ke mesir semula . " Adik , imtihan qabul kene tangguh lagik . Akak pun tak tau mcamana ni . Tak pernah jadi macam ni . Dik, akak rasa adik balik jeklah sg , dah lama sangat ni adik tunggu . Takde rezeki kot " . Yang termampu saya ucapkan waktu itu hanyalah .. " Yelah kak , fathiah akan confirmkan tiket lepas ni " . Haiz . Waktu itu , aku hanya ingin termenung kosong . Letih . Letih menunggu sesuatu yang tak pasti .

Sekarang , fikiran saya dah kembali tenang . Saya ingin menjadi pejuang kaligrafi ni . Teringat cerita Kaligrafi cinta yang disiarkan di rtm1 sepanjang ramadhan ( macam tau2 jek org tengah tawar hati dgn khat . entah macamana boleh tertengok crite ni ) " Nyawa bangsa adalah tulisan . Hilang tulisan , matilah bangsa " . Semoga tahun ini Allah mudahkan urusan saya untuk mendalami kaligrafi di bumi kinanah ni . Allahumma Aameen .

* Psst... Mubarak kepada Lajnah Kerohanian . Program Tafaqquh fiddeen dengan jemputan syeikh usamah Al-Azhariy sangat2 best. Tetiba markaz dah jadi markazku syurgaku buat seketika. hehehe ... Good Job ppl ! buat lah banyak2 prog tafaqquh ok!

يا رسول الله أنت حي في قلوبنا .... مداد يا حبيب الله

Sunday, March 8, 2009

....Episod 135.... - Jangan pisahkan -



Bismillahil ghafuurur rahiim

Manusia, makhluk Allah yang dikurnia akal dan jiwa untuk berfikir dan merasa . Memikirkan setiap inci kejadian Allah yang ada di muka bumi ini . Merasakan setiap getaran halus yang digerakkan Allah S.W.T . Akal yang sentiasa cuba mencabar kemampuannya sendiri dan jiwa yang sentiasa tenggelam dengan khayalan dan perasaan semata .

Ramai yang tertipu . Tertipu dengan kewujudan dua elemen penting yang membentuk seorang manusia . Akal dan jiwa harus sentiasa bersama . Perlu sentiasa sedar menyedarkan . Cukup mencukupi . Kemudian digagahkan dengan bukti2 naqli yang terpampang jelas depan mata sebagai satu sumber ujian betapa hebatnya akal dan jiwa yang kita ada . Sejauh mana kita dapat memanfaatkan dua elemen penting tadi untuk kesesuain dan keperluan kehidupan makhluk yang bernama insan .

Yang terjadi , malah sebaliknya . Manusia yang mendewakan akal semakin menjadi jadi jumlahnya . Manusia yang terperangkap dengan pergolakan jiwa sehingga mempertaruhkan nyawa juga tidak kurang ramainya ........

Infijar yang berlaku baru-baru ini di mesir buat kedua kalinya di tempat yang sama @ Depan gami' sayyidina hussein menunjukkan natijah manusia yang kalah dengan ideologi ekstrim yang berpandukan hawa nafsu semata . Tidak berdasarkan landasan pemikiran dan ihsas yang lurus . Berapa ramai pengebom nekad yang mati dengan tujuan menegakkan agama . Berapa ramai pengebom nekad yang mati berpanjikan islam di atas kepala . Mereka Mati meninggalkan mereka yang masih hidup untuk menerima hukuman perbuatan mereka . Mereka Mati meninggalkan nama Islam tercalar berdarah angkara terpedaya dengan hawa nafsu mereka .

Kurang Ilmu . Itu jawapan untuk mereka yang membiarkan diri mereka hanyut di bawa arus perasaan yang disalut bisikan syaitan . Kafir zimmi dibunuh tanpa rasa belas ihsan sedangkan kafir harbi masih meluas melata di atas muka bumi tuhan . Si Kafir Harbi mungkin tersenyum dengan perbuatan pendek akal tadi . Tak perlu mereka bersusah payah keluar menghitamkan wajah islam , orang Islam sendiri yang sebenarnya terkejar2 untuk menconteng arang ke wajah agama kita ini . Akhirnya, kerana kurang ilmu, kita termakan umpan ' mereka ' untuk menjadi boneka harakah mereka menghancurkan agama ini .

Bila akal yang Allah berikan tidak digunakan semaksima mungkin untuk mencari kebenaran dan bila hati tidak ditarbiyah dengan tarbiyah sunnah yang telah Rasulullah tinggalkan , samalah kita dengan mayat bergerak yang hanya mengikut godaan syaitan . Dan kalau kita ikuti akal dan membiarkan jiwa kita dangkal , hukum syariah pasti akan kita persoalkan . Kalau kita ikuti hati dan meninggalkan akal berteka teki sendiri , kabur dengan arah jalan mana yang harus dipilih , samalah kita dengan orang gila yang tak dapat membezakan baik buruk sesuatu keadaan . Wallahu'alam ..

* psst... ppl , syeikh nuruddin dah sampai mesir 2 days ago tau . for those in sg , boleh tengok online @ www.mymkkk.tv/live.php , pukul 10 pm ( sg ) & 2 am ( sg ) . Yang ada kat mesir , kalau takde aral melintang pi laa talaqqi live kat rumah kedah baru hayyu sabi' after asar n after isya' k ;) .

Friday, March 6, 2009

....Episod 134.... - Merindukan seorang murabbi (4) - Bingung -

بسم الله السميع العليم
اللهم صلى وسلم وبارك على سيدنا محمد

( " Anti ni macam syadidah jek " " mana anta tau " " dari blog anti lah " - saya sering menerima komen2 seperti ini dari mereka yang saya kenal menerusi blog dan ruang siber umunya . Baik lelaki atau perempuan . Sekali lagi saya katakan di sini , segala catatan di blog ini adalah tahdid untuk diri saya semata2 . Hanya satu peringatan untuk diri saya sendiri . Blog ini adalah wadah muhasabah diri saya . Saya tak bermaksud nak mentaklifkan sesiapa untuk ikut pendapat yang saya taqdimkan . Hanya perkongsian semata2 . )

Tanggal 3 haribulan march merupakan tanggal yang akan saya ingat selalu . Kerana saya tak pernah kebingungan dan kepenatan seperti hari selasa kelmaren . Jadual saya sangat penuh sehingga saya tak tau nak dahulukan yang mana .

Pagi Jam 9.30 - 2.00 : Kelas intensif kitab al-ihathah karangan syeikh Nuruddin . Diajar oleh ust syed abdul kadir bertempat di hayyu sabie' Markaz Singapura .

2.30 - 4.30 : Kelas mirath advance pertama . Bertempat di hayyu 'Asyir rumah ust Jabal .

5.00 - 8.30 : Kelas Tasawwuf kitab madkhal fit tasawwuf karangan ust rohim bertempat di hayyu 'asyir rumah ust rohim .

Sehari sebelum itu , saya sebenarnya dah mula bingung . Kerana pada hari yang sama , rombongan ust TM fauzy juga akan hadir untuk bertemu dengan pelajar2 singapura selepas asar . Sebelum ust syed kadir menutup kelas pengajiannya ,... " ana ada iklan sikit ni , petang ni lepas asar kat rumah terengganu ada diskusi kitab maulidun nabi , lepas isya' pulak ada majlis sambutan maulidurrasul kat dataran , antara jemputan panel adalah syeikh yusri al hasani yang mengajar sohih bukhari di gami' al azhar tu ............ " Aduih , pening le pulak . Sebabnya , semuanya best . Tapi diskusi kitab dan sambutan maulid ni betul2 menguji tahap thabitnya keputusan saya untuk pergi kelas ust rohim . Runsing dan tak tentu arah sekejap . Mana terkejar2 nak ke kelas nak ke dars tambahan .

Akhirnya, saya tau saya perlu membuat keputusan . Perjumpaan dengan ust TM fauzy saya wakilkan adik2 untuk pergi . Diskusi kitab dan majlis maulid juga saya korbankan kerana syeikh yusri insya Allah darsnya ada setiap sabtu . Kalau tak dapat mutiara kata2nya malam itu , masih ada lagi hari2 sabtu yang lain . Diskusi pula... hmm .... rakan2 msia memang selalu saya dengar membuat diskusi kitab itu dan ini , mungkin bukan rezeki saya untuk hadir dalam diskusi kitab maulud tapi insya Allah musim panas nanti mesti banyak kan program2 macam ni . Saya pilih untuk pergi ust rohim , kerana beliau akan berangkat pulang ke indonesia 6/3 .

Kebingungan saya tamat dengan selesainya kelas ust rohim . Masih sempat sebenarnya untuk ke dataran , cuma jasad dah tak larat nak ikutkan kehendak hati dan jiwa .

Marathon hari selasa saya berakhir lebih kurang jam 10.30 . Saya dah mula sakit tekak ... jengjengjeng... saya dapat rasakan kehadirannya hampir tiba , saya cuba untuk menahannya ketika exam fasl awwal berlangsung dan saya perlu menahannya sekali lagi ... tapi badan saya yang keletihan kalah dengan virus yang dibawanya ... flu kembali menemani hidup saya .. mudah2an datangnya kali ini tak lama .

فلو جن هذا الليل وامتد سرمدا فمن غير ربي يرجع الصبح ثانيا