CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, February 13, 2009

....Episod 132 .... - Bila siang jadi malam ... -

( Setiap kali tengok gambar ni rasa cam nak hibernateeee jeek .. ) haiz...

9 Feb

Jam 8 malam

Kalau ikutkan time yang sebenar2nya , kol 8 ni dah nak kene sampai markaz , tapi aku masih kat rumah lagi . Maklumlah , orang2 tak sihat ni pergerakan lambat sikit ( heh , dah mcm sakit tua plak ) . " Cepat lee siap , nanti kalau yg lain dah sampai cmana ??..... " bebelan aku kat jiran sebelah yg juga ajk rehlah mcm tak boleh nk stop pulak . Bezanya dia dan aku , dia ke luxor dan aku tidak hehe .. Bak kata beitna .. " hosni mubarak suruh tolong jaga cairo huahua " . Aku bukan taknak pegi , tapi takley nak pegi . Walaupun aku tak pegi , aku bukan goyang kaki kat cairo ni , .. haiz . Souvenier perlu dihabiskan dan aku perlukan kekuatan tangan dan jasad semuanya untuk buat souvenier tu .

Sampai jek markaz , tak sangka kita orang pertama :D . Selesai semua urusan yang melibatkan aku dalam lebih kurang jam 1 pagi . Bila peserta rehlah mula kami panggil untuk briefing aku pun dengan selamba dan confident nya pi masuk bilik markaz bentang tilam amik bantal dan terus dibuai mimpi sampai lah waktu betul2 diorang tinggal nak keluar dari markaz nak berangkat . Time tu Jam 3 pagi .

___________________________________________

10 feb

Kol 4 pagi aku sampai rumah . Penat semalam dan semalam nye semalam dan kemaren dah sampai tahap maha lah . Baru dua jam aku dapat lelapkan mata .. jadi .... 6 more hours to go .. heee .

Janji dengan kak nazirah kol 8.30 nak kene ade kat rumah dia . Ada soalan tak ?? kol 10.30 aru ku sampai . Time orang2 lain semua dah nak siap keluar pi Uni American Maftuh , aru laa muka dan kelibat aku muncul . Tak kesahlah , yang penting sempat. Munaqashah master kak nazirah akan bermula jam 12 tengahari . kol 11 kitorg sampai dewan , prepare apa yang patut . belum kol 12 orang dah start datang . Atlast , start munaqashah lepas solat zohor .

Seram . Memang seram . munaqish pertama kak nazirah sangat2 seram . Tapi best . dah macam munazarah pun ada suasanya . Kesian kak nazirah asik kena " marah " jek . hehe. berpeluh2 dia menerima berbagai kritikan dari para munaqish . Berita gembira untuk hari tu , kak nazirah lulus master dengan taqdir Mumtaz . Rasanya semua yng hadir tumpang gembira dengan kejayaan kak nazirah . Mabruk ye kak . Habis jek urusan kat dewan , semua ( yg menolong ) nak pi makan dgn kak nazirah kat restoran indon . Lagi setapak jek aku hampir ikut . Di saat diorang sibuk tahan bas nak pi bawabah thalithah , aku sibuk tahan taxi nak balik raba'ah. Sebelum bendaa2 yg tidak diingini berlaku seperti pitam dan sebagainya , baik aku balik . Lagipun kerja2 rehlah masih blum habis .

Sampai jek rumah , lepas dah rehat 1,2 jam aku mula membelek nama2 peserta dan ajk yang harus aku tulis utk souvenier . Aku pun mula menulis beberapa nama dengan tulisan kufi fatimi di graph paper sampailah malam menjelma... aku pun tak sadar bila.. aku dah pun beralih ke alam yang lain .

________________________________________________



11 feb

Aku tersadar jam 3 pagi , entah kenapa aku mati2 ingat diorang akan balik luxor malam tu . Aku pun terus capai pensel dan graph book dan teruskan menulis . Allah jek tahu macammana cramp nye tangan time tu . Aku rehat sebentar dari jam 11 hingga 4 petang ( hantar teman pulang sg pastu jejalan ngan jiran sebelah n beitna ) . Siang dah berganti malam dan aku masih di posisi duduk yang sama . Kepala terus tunduk menulis . Haiz . Nasib baik laa aku memang suka benda khat ni. Kalau tak memang dah give up dah . Bukan saja tengkuk tapi tangan bahu belikat , kaki semuanya dah mula merengek minta rehat . Sib baik ada teman2 lain membantu , ( * ehem .. credits to jiran sebelah n beitna ) thanx eh sebab kuasa nak temankan sampai 3,4 pagi untuk cuba selesaikan nama2 tu .

___________________________________________

12 feb

Malam ni mereka akan pulang dari luxor . Aku cuma ada 12 jam untuk habiskan semuanya . Entah sempat entah tidak . Letih . Kalau bukan kerana tanggungjawab , memang aku dah manjakan tangan aku dengan rehat yang secukupnya . ligament bahu ke tangan ni dah mcm nak putus pun ada . Hari ni , bukan aku sahja yang all out tapi kawan2 yang lain juga . Banyak betol proses nak transfer kan tulisan khat tu ke kain . Tulisan di graph paper aku yang buat . sebab kalau nak minta tolong yang lain diorang tak tahu . Proses kedua , guna carbon paper untuk trace tulisan dari graph paper ke kain . proses ketiga , warnakan tulisan tu . Proses ke empat , Bold kan outline tulisan dengan marker . Proses terakhir , kerawang untuk tulisan kufi fatimi .

Jam 9 malam . " Fatya , kitorg dah sampai cairo , lagi 20 min kitorang sampai " . Sewaktu aku menerima msg tu , gulungan terakhir souvenier baru sahaja kami ikat dengan reben . Alhamdulillah jam 9.10 minit , aku dah habiskan 45 nama peserta . Ada 14 yang belum dibuat ( tkpe jek, ni nama2 ajk , lain kali pun boleh ) .


Dari 9 feb hingga 12 feb , hidup aku agak huru hara dibuatnya . Siang dan malam sama sahaja bagi aku . Hall dan bilik dah takde bezanya . Dua2 aku manfaatkan untuk keselesaan ber'khat' . Bilik pun tak tau lah waktu tu nak jadi apa . Dari hujung pintu ke hujung balcony , bersepah dengan alat2 khat . mana pen nya , mana oil pastel nye , mana kain2 nya , mana carbon paper nya . Dah macam bilik tadika pun ada period art n craft . penuh dengan warna . Bila siang dah jadi malam dan malam dah jadi siang , badan rasa letih tak terhingga . Qala ta'ala fi kitabihil 'aziz " Wa ja'alnaa lailakum libasaa . wa ja'alnan nahaara ma'aashaa " . Sekarang ni saya betol2 letih . Dah tahap maksima dah ni . lepas ni saya uzlah yeeeeee , haiz :s

0 comments: