CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, July 8, 2008

.... Episod 100 .... - Sabar yee -




Bismillahil waduudul ghafuur
Allhumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad

' Ad - dunya darul balaa' mush gannah ' Kata - kata syeikh redha membuat aku tersentak .. tersedar daripada satu kekalutan yang sentiasa menghantui diri ini . Ujian yang datang bertimpa - timpa sering membuat aku lemah.. Sedangkan hakikatnye , itu hanya satu ujian biasa yang kalau dibandingkan dengan mereka yang berdepan dengan peperangan dan kemiskinan , itu jauh lebih menguji .

Kalau dunia itu darul balaa' , segala ujian yang ada hanyalah satu kebiasaan yang tak perlu nak dikecohkan , yang tak perlu nak ditakutkan , yang tak perlu nak disingkirkan . Kerana ia tak akan pernah tersingkir . Tetapi , ia akan sentiasa menemani .

Kalau dunia itu darul balaa' maka sabar adalah isinya . Munajat adalah penghiasnya . Menangis ? adakah ia satu keperluan kerana sedih diuji atau ia satu kemuliaan kerana meminta diri diredhai tuhan .

Kalau dunia darul balaa ' , aku harus terus tersenyum ... tanda syukur atas ni'mat yang diberikan dan terus menangis .... tanda kesal kerana sering mengeluh bila diuji :'(

" Seorang mukmin , terasa ramai dalam seorang , terasa kenyang dalam lapar , terasa lulus dalam gagal "

0 comments: