CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, March 22, 2008

....Episod 78 .... - Salam Maulidurrasul -

يا رسول الله أنت حي فى قلوبنا


بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صلى على سيدنا محمد و على آله و أصحابه أجمعين



Pertemuan bersama ust Hamzah pada malam maulidurrasul seolah-olah menjadi satu muqaddimah menyambut maulid pada keesokan harinya . Malam tu terkejut lah jugak , entah macammana boleh tertimbul persoalan ni. Tapi takpe jek , bagus jugak .. sekurang2 nya dapat dengar pendapat ust tentang benda lain .. selalunya ust cuma ajar subjek lughah jek. Daripada apa yang kita kongsi bersama , baru ana sedar yang pengetahuan ana tentang Rasulullah tu sikit sgt . Thx ye ust , tak sabar nak balik sg n jumpa ust lagi :)


Program Maulid di Markaz esok harinya lagi lah seronok. Pertama kali ana rasa maulid yang sebenar-benarnya... Ceramah dari syeikh suhaib webb tentang shakhshiah Rasulullah , sketsa tentang semangat jihad seorang muallaf demi Allah dan Rasulnya dan macam2 lagi . Teringat pulak zaman-zaman sekolah .. Maulid yang ditemani nasi briyani ... hehe . Rindu plak nasi briyani . Rindu jugak dengan persembahan2 dari kumpulan2 nasyid .. entah dari mana ana pun tak tau , yang penting persembahan tu mesti ada! ...

Yang paling penting ana nak sampaikan kat sini adalah , Sambutan Maulid kat Mesir ni best sangat ... best sangat-sangat ... kata2 dr ust hamzah n program2 di markaz mcm satu tamparan untuk ana... dah lama ana tak tadabbur kembali perjuangan Rasulullah ... rasa kecewa sangat... kecewa dengan diri sendiri .. kenapa bila maulid dtg baru nak terfikir? cahaya Islam yang Rasul tinggalkan 1400 tahun yang lalu seolah-olah malap dalam diri ana .. dan sekarang baru ana nak nyalakan ia semula..

Sepanjang pertemuan dengan ust dan program maulid , ana rasa hiba sangat-sangat .. rasa malu dengan diri sendiri .... ana terpaksa tahan tangisan ana... kenapa ? mesti mereka yang kenal ana akan heran .. macammana ana boleh tak nangis, padahal ana antara yang senang menangis... jawapannya .. kerana .. ana rasa tangisan bukan satu penyeleaian ... tangisan bukan cara menebus ketidak adilan yang dah ana lakukan pada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam.. ana lupa nak hidupkan akhlak beliau dalam diri ana ... ana leka dengan kelalaian ana dengan hidup ana ... ana biarkan setiap majlis ilmu berlalu pergi , tanpa teringat untuk hadirkan beliau dalam kalam dan fikiran ana... Madad Ya Rasulallah ..

Ilahi .. sampaikan salamku kepada kekasihmu :')

يا رسول الله خذ بيدي

1 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum,

sis u're an intelligent person, by now u would knw that maulid is not from the sunnah. no im not wanting to pick up a fight with u. juz want to tell u that.

wasallam.