CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, February 28, 2008

....Episod 73.... - Pesan Mak n Abah -

Salamullahi'alaykum ..

Sekarang ni tepat jam 1.15 pagi waktu mesir. Mata ni masih belum nak terlelap.. entahlah kenapa.. padahal .. waktu tidur saya selalunya jam 9-10 . Sambil2 tak boleh nak tidur ni , lepas baca kalamullah tadi , tgk2 lah sikit cerita senario kat tv3 , walaupun pada hakikatnya saya tak suka tengok tv, kadang-kadang terasa perlu pulak untuk release kan ketensionan yang ada.

Termasuk hari ni , genap 3 minggu saya tak contact mak . Rasa rindu sangat kat mak ngan Abah . entah apa yang terjadi kat singapura ye. Semenjak dua menjak ni.. rasanya terlalu banyak yang mereka rahsiakan.. apa yang terjadi sebenarnya kat sana? entahlah.. saya pun tak tau . Saya faham .. mungkin mak taknak saya risau .. tapi.. kan saya berhak untuk tau.. kalau susah.. biarlah saya kongsi bersama . Alhamdulillah.. sejauh ni , saya belum pernah nangis bila bebual dengan mak dan abah di telefon . Setiap kali dengar suara mereka.. saya rasa hiba sangat.. kadang-kadang tu bergetar suara ni .. tapi saje je saya ceriakan suara.. saya selalu cakap dengan mak.. jangan risau.. kat sini semua ada mak.. semua cukup insya Allah .. dalam hati saya sambung kata2 tu.. ' cuma keluarga jek yang tak ada .. senyuman dan tawa saya tak lengkap tanpa senyuman mak...dan hilai tawa abah... tanpa meriah suara adik dan lawak2 abg :') .

Tiba-tiba tergerak hati ni nak tatap sungguh2 surat dari mak dan abah " Anakku ! walaupun berat untuk mak dan abah lepaskan kakak, tapi mak tetap kuatkan semangat . Mak harap semangat kakak pun begitu juga . Mak harap semangat kakak untuk mencari ilmu sentiasa membara ....... .... Kesiankan abah dan mak ye kak ... ikut contoh orang2 yang berjaya... mak akan sentiasa doakan "- Saya hampir terlupa mukaddimah pesanan mak , saya perlu kuatkan semangat , demi menebus pengorbanan mak dan abah.. yang pada mulanya tak benarkan saya langkahkan kaki ke bumi mesir ni .. tapi akhirnya.. mereka ketepikan kerisauan dan segala masaalah yang mendatang... dan sanggup relakan pemergian ini...

Betul2 kat sebelah surat mak n abah .. tertampal kemas pesanan dari kak long ".... Ingat Adikku , pengorbanan ayahmu bekerja saban hari.. pengorbanan bondamu memberi kau peluang ini.. Pengorbanan kami melepaskan dirimu ... Ya Rabb Jagalah adikku di rantauan ,kukuhkanlah imannya,bantulah dia.. Jikalau kau sedih ngadu padanya kerana sedihmu akan sampai kepadaku Jikalau kau gembira kau sujud padanya .. Kerana aku bisa merasakan nikmatnya :') .. "


' Aku masih di sini terus mendaki puncak tertinggi hidupku..
dan aku.. masih menanti .. saat yang manis akan berulang kembali :) '

0 comments: