CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, March 22, 2007

....Episod 22....- Kalimatul Hubb -

1- Berimanlah , kerana iman boleh menghilangkan keresahan , dan melenyapkan kegundahan . Keimanan adalah penyejuk mata hati orang-orang yang mengesakan Allah dan hiburan bagi orang-orang yang suka beribadah .

2- Jangan sekali-kali mengharapkan ucapan terima kasih dari orang lain . Cukuplah pahala dari dzat tempat bergantung segala makhluk . Anda tidak perlu takut dengan orang yang kufur , pendendam dan iri hati .

3- Biarkan masa depan itu datang dengan sendirinya , dan jangan terlalu cemas dengan hari esok . Kerana jika anda melakukan terbaik di hari ini , pastilah hari esok akan baik pula.

4- Buku adalah sahabat yang terbaik . Bergaullah dengan buku . Bersahabatlah dengan ilmu , dan bertemanlah dengan ma'rifah (pengetahuan)

5- Hiduplah bersama Al-Quran , baik dengan menghafalnya, membacanya , mendengarkannya , atau merenungkan kandungan ayat-ayatnya , kerana Al-Quran adlaah merupakan penawar yang paling mujarab bagi menghilangkan kesedihan dan kedukaan.

,
6-Maafkanlah orang yang menzalimi anda, dan sambungkanlah tali silaturrahim orang yang memutuskannya dengan anda. Berilah orang yang tidak pernah memberi kepada anda , dan berlembutlah terhadap orang yang berbuat jahat kepada anda. Jika anda mampu melakukan semua ini, nescaya anda akan memperolehi kebahagiaan dan ketenangan .

7- Optimislah dan jangan berputus asa . Dan janganlah pula menyerah kalah tanpa berusaha, dan selalulah berbaik sangka kepada tuhan anda . Dan, tunggulah segala kebaikan dan keindahan yang akan segera Dia berikan .

8-Ketahuilah , bahawa ujian itu akan mendekatkan diri anda dengan Allah , mengajar agar anda berdoa,dan menghilangkan sifat takabbur , ujub dan segala kesombongan dari diri anda.

9- Yakinlah anda ,bahawa dunia ini merupakan tempat yang penug dengan cubaan, bala' kesulitan dan kesedihan . Oleh kerana itu , terimalah ia seadanya dan sellulah minta pertolongan Allah.

10- Ketahuilah, bahawa kesulitan itu dapat membuka pendengaran dan penglihatan , menghidupkan hati, mengawal nafsu , mengingatkan hamba kepada tuhannya, dan dapat menambah pahala.

0 comments: