CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 26, 2007

....Episod kesembilan.... - Langkah pertama -

Date : 25 jan 2007
Venue : Proficient Language Centre
Time : 4.40 p.m

Jam 4.38 p.m : aku dan farna sampai di markaz ta'lim kami( berhadapan masjid Kassim ). seperti biasa, kami datang lambat ( tak pernah datang cepat walau marrah wahidah ) hee . Kedatangan kami disambut dengan senyuman dari Ust Hamzah dan Ust Hassan . Alhamdulillah tak kene bebel bisik hatiku . Kemudian kami terus ke kelas mengikut ust Hamzah untuk mula belajar.. tak sabar rasanya nak mulakan ta'lim dengan mawad baru . " antum turid al-murajaah au al-isti'dad li sanah ula fi jami'ah " tanye ust .Kami pun seperti biase.. tersengih2 sambil berpandangan.. " erm al-murajaah wal-ist'dad ah ust " jawab farna. Haiz, seronok pulak tetiba ust gunakan bahasa arab sepenuhnya dengan kami hingga membuatkan kami segan nak menjawab dgn b.melayu .

Perkara pertama yang Ust terangkan adalah Mawad ra'isiyyah dan mawad tambahan yang kami akan belajar di jami'ah. Andai kata benar kami akan mengambil kuliyah lughah maka berikut adalah subjek-subjek nya : Mawad raisiyah - 1- Nahu 2- Saraf 3- Balaghah 4- Tarikh Adab 5- Nusus. Mawad idhafiy - 1- 'Arudh 2- 'lmul lughah 3-'ilmul aswath 5- 'ilmut tajwid 6- al-qiraat 7- al-lahjaat 8- al-ma'ajim 9- fann kitabah al-maqaal 10- 'ilmud dilalah 11- al-bahthu 12- fiqhul lughah .

Terpinga-pinga kami dibuatnya . ' tak faham ah ' itulah reaksi pertama kami . ' ish takut pulak aku' kataku pada farna. ' laa takhaf , al mawaad kullu sha'ubah walakin la takhaf ' pantas ust menjawab . Haiz , takpe lah farna.. nampaknya kita kene pelan2 kayuh .. u haf me i haf u.. nak kata kita kiasu sebab dah mula belajar skrg rasanya tak lah kan sebab takut bila dah sampai sana otak dah jumud.. aihh takkan time tu baru nak asah , mesti kelam kabut . Ghairah tak terhingga rasanya nak mula belajar semula , subjek pertama yang kita akan belajar adalah Nahu.. ingatkan cuma nak mura'jaah taudhih nahu Ibn 'Aqil , rupanya kene pakai buku berjilid Syarh Alfiah Ibn Malik dari Ibn Hisyam.. haiz.. lepas tu nak kene start baca maudhu' al-qasr under ilmu'ma'aanii .. and nak kene pegi maktabah skolah untuk dapatkan info tarikh al-adab al-jahiliy..

Buat masa ni.. kami menanti tarikh 30 jan untuk pelajaran pertama kami dengan penuh kesbaran.. dan apa yang boleh ku ungkapkan adalah.. all the best to Farna n Fatya . Hopefully apa ust ajar boleh masuk otak.. maklumlah kita ni bukan budak-budak elite :)

Laa takhaf wa laa tahzan Innallaha Ma'ana. " kebanyakan manusia yang gagal bukan kerana mereka tidak mampu mengatasi cabaran tetapi kerana manusia itu takut dan lari daripada menghadapi cabaran ."

0 comments: