CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 19, 2007

....Episod Kelima.... - Ahlan bika Ya syahrul kareem -

Ahlan Bika ya Muharram ...

Akhirnya.. Muharram kembali lagi. Bulan pertama dalam Islam.. bulan yang membawa seribu makna yang sangat dekat di hati Ummat Islam seluruhnya .. Datangnya Muharram sekaligus mengingatkan kita tentang Hijrah Rasulullah s.a.w yang memberi cahaya dalam kehidupan setiap ummatnya.. Allahumma Salli 'Ala Sayyidina Muhammad.. Ya Rasulullah Khuz Bi Aiidiina.. !!

HIJRAH DAN SEJARAH
Jika kita menghimbau sejenak, Hijrah adalah satu peristiwa besar dalam sejarah Islam.
Hijrah bermula dengan penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. dari Makkah ke Madinah.
Ia merupakan satu titik mula yang merintis era pentadbiran sebuah negara Islam yang
sempurna.Penghijrahan itu menghasilkan perpaduan: antara puak Aus dan Khazraj di
Madinah,antara masyarakat Ansar (puak Aus dan Khazraj) dengan masyarakat Muhajirin
(yang berpindahdari Makkah ke Madinah).


Di samping itu, masyarakat Islam juga mengikat perjanjian damai untuk hidup harmoni
dengan kaum Yahudi yang berada di Madinah ketika itu. Ini sekaligus menggambarkan
bahawa Islam bukan sahaja agama yang condong pada kedamaian, malah sejak awal lagi
telah menganjurkan kehidupan harmoni dengan bangsa dan agama lain.


MAKNA HIJRAH DALAM KEHIDUPAN
Hijrah bermakna pindah. Proses hidup manusia itu sentiasa berpindah randah. Hidup
tidak kekal, tetapi berubah-ubah. Kehidupan kita sendiri adalah satu proses hijrah. Kita
berhijrah dari alam roh, ke alam kandungan, dan kini ke alam kehidupan. Semasa dalam
kehidupan ini, kita umumnya berpindah dari alam bayi, ke alam kanak-kanak, ke alam
remaja, kemudian ke alam dewasa sebelum ke alam tua.Dan selepas kehidupan ini, akan
berhijrah lagi, ke alam alam kubur (barzakh) sebelum ke destinasi terakhir iaitu ke alam akhirat.

IKTIBAR HIJRAH
Terdapat pengajaran besar daripada peristiwa Hijrah nabi?

· Menguji kesabaran.
Bayangkan kita terpaksa berjalan kaki dari Singapura ke Kuala Lumpur. Perjalanannya
sukar siangnya di bawah terik matahari, dan malam dicengkam kedinginan malam, tidur
bertilamkan bumi, beratapkan langit. Lebih buruk lagi, anda diburu musuh yang bersungguh-
sungguh untuk membunuh. Bagaimana rasanya? Termampukah kita?

· Pengorbanan dan keimanan.
Ia juga memaparkan kesanggupan untuk berkorban demi cinta kepada Allah. Nabi sanggup
meninggalkan tanah tumpah darahnya, dan meninggalkan apa jua yang bererti dalam
hidupnya, demi cintanya kepada Allah. Begitu juga sahabat yang menemaninya dalam
perjalanan, dan para sahabat yang lain, yang meninggalkan segala apa yang mereka
miliki demi agama menegakkan agama suci ini.

· Undur tidak bererti kalah.
Setelah menerima tekanan hebat di Makkah, Nabi terpaksa berundur ke Madinah.
Tetapi undur tidak bererti kalah. Semasa di Madinah, Nabi bangkit semula, memperkukuh
barisan, menghasilkan perpaduan, menyusun pentadbiran, dan kembali menyebarkan
dakwah Islam, bukan sahaja di Makkah, tetapi juga ke beberapa negara lain di zamannya.
Pengunduran atau penghijrahan Nabi itu ternyata membawa kemenangan.

HIJRAH DAN KITA
Ternyata kehidupan umat Islam di zaman Nabi terus bertambah baik, terutama selepas
penghijrahan. Ia sejajar dengan anjuran nabi supaya kita berusaha menjadikan
“hari ini lebih baik daripada semalam dan esok menjadi lebih baik daripada hari ini"


Hanya jika kita benar-benar berusaha meningkatkan pencapaian, menjadikan hari ini
lebih baik daripada semalam dan esok menjadi lebih baik lagi, baru kita boleh menjadi
masyarakat yang lebih berjaya, mencapai kecemerlangan dan dihormati.

Bagaimana dengan kita? Adakah kita mengambil pengajaran daripada peristiwa ini?

0 comments: