CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 25, 2007

....Episod kelapan.... - Rahsiamu Al-Qur'an -



KEKUATAN MANUSIA PADA AL-QUR'AN

Kekurangan kita ialah banyak membaca Al-Quran tanpa mengetahui maknanya . Kelemahan kita ialah mengetahui maknanya tetapi tidak mengetahui tafsirannya . Kelemahan kita yang bertimpa-timpa ialah mengetahui tafsirannya tetapi tidak mengetahui rahsianya. Kelemahan kita yang tertinggi ialah mengetahui rahsianya tetapi tidak mempercayainya . Kelemahan kita yang paling tinggi adalah tidak mempercayainya lalu meninggalkannya .


Dr Tariq al-swaidan , dalam penelitiannya mendapati beberapa perkara yang disebut dalam Al-Quran mempunyai persamaan dengan satu benda lain yang juga disebut dalam Al-Quran. Umpamanya perkataan lelaki sebanyak 24 kali, disebut dalam surah-surah tertentu dan sebanyak 24 kali juga perkataan wanita muncul dalam keseluruhan Al-Quran.


Seterusnya dalam penelitian beliau, perkara-perkara lain juga didapati berjumlah sama . Beliau mengatakan 'Dunia' disebut sebanyak 115 kali dan 'Akhirat' juga 115 kali. Perkataan 'Malaikat' 88 kali manakala 'Syaitan juga 88 kali. 'Hidup' 145 kali manakala 'Mati' 145 kali. 'Zakat' 32 kali , 'Barakah' juga 32 , 'Berfikir' 49, 'Nur' juga 49 dan 'Penderitaan ' 114, 'Kesabaran' juga 44 kali .

Apakah ini kebetulan ?

Dan lebih menakjubkan perkataan solat muncul sebanyak lima kali, hari bulan sebanyak 12 kali dan hari sebanyak 365 kali. Penemuan ini telah disebarkan melalui internet secara meluas untuk dikongsi manfaatnya oleh seluruh manusia, tanpa mengira pegangan agama mereka.

Sememangnya , otak beku akan tetap menolak, tapi akal yang sihat akan mengatakan, tidak mungkin ia satu kebetulan bahkan satu perancangan jitu yang menjadikan alam ini sebegini rupa, sebegitu tepat dan sebegitu hebat.
Akal yang tajam akan mengakui kewujudan Allah yang maha berkuasa menetapkan semuanya itu. Tidak mungkin Rasulullah S.A.W melakukan sendiri tanpa bimbingan penuh atau wahyu yang diturunkan. Sememangnya semua perkara berada dalam perancangan dan pengetahuan Allah semata-mata . Dia menurunkannya kepada manusia-manusia pilihannya?


Kekurangan kita ialah banyak membaca al-Quran tanpa mengetahui maknanya. Kelemahan kita ialah mengetahui maknanya tetapi tidak mengetahui tafsirannya. Kelemahan kita yang bertimpa-timpa adalah mengetahui tafsirannya tetapi tidak mengetahui rahsianya .

Rahsia Al-Quran keseluruhannya sudah tentu hanya ada di sisi Allah, namun manusia perlu terus berusaha memahami rahsia-rahsia ini setakat yang terdaya , kerana nilai iman dapat ditingkatkan jika rahsia demi rahsia dapat diungkai terus, selari dengan bertambahnya usia manusia yang menghuni alam ini. Bukan sahaja nilai iman mereka yang sudah beragama Islam, malah mereka yang ingkar selama ini pun tidak mustahil menerima Nur hidayah.

0 comments: