CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 11, 2007

....Episod Kedua.... - Cinta Adam & Hawa -

ADA APA DENGAN CINTA ??

Cinta adalah isu lama , selama kewujudan Nabi Adam a.s. Melihat sepasang burung yang bercinta , tumbuhlah perasaan itu di dalam hati baginda . Allah S.W.T menciptakan Siti Haw a.s untuk melengkapkan perasaan tersebut.

Malangnya cinta kepada makanan ( buah khuldi ) dalam taman larangan yang menjadi lambang nafsu kehidupan duniawi menyebabkan baginda dicampakkan ke dunia .

Dan cinta juga yang menaikkan semangat Nabi Adam a.s untuk menyeberangi Titian Adam ( Adam's bridge ) dari puncak pergunungan Sri Lanka ke benua kecil India . Lantas Baginda mengharungi hutan belantara , melangkahi banjaran gunung ganang, menapak padang pasir dan merentas benua .

Kesusahan ini melambangkan korban percintaan semata-mata untuk bertemu kekasihnya Siti Hawa di Padang Arafah . Sedangkan Siti Hawa cuma berkorban kesusahan penderitaan perjalanan dari Jeddah ( di mana Siti Hawa di turunkan dari syurga ) ke Padang Arafah. Padang Arafah merupakan simbol penyatuan umat seluruh dunia . Di situ jugalah Rasulullah menyampaikan khutbatul wida' ( khutbah terakhir) sebelum wafat.

Cinta bertemu di Padang Arafah . Kecintaan kepada Allah berhimpun di Padang Arafah . Dan Rasulullah menyimpulkan kecintaan baginda kepada ummatnya juga di Padang Arafah.

Mungkin kita masih ragu dengan kekuatan cinta... ADA APA DENGAN CINTA? Ada diantara kita yang mungkin terlupa nafas pertama kita wujud kerana cinta... cinta Tuhan kepada Hamba dan cinta dua insan dari Adam dan Hawa ...

Betapa agung dan sucinya cinta yang diberikan kepada kita... tapi ramai yang alpa, keindahan cinta suci yang kekal Abadi tak pernah berbekas di ingatan dan hati.. sebaliknya, cinta dunia yang kita kejar.. cinta murahan yang tak akan pernah membahagiakan... cinta yang tak berperaturan, cinta yang dicabuli oleh umat akhir zaman dengan perlakuan murahan .. cinta akhir zaman yang bercampur baur dengan nafsu kehaiwanan dan syaitan sebagai panduan ..! layakkah cinta suci dipermainkan sebegini..? Masih adakah lagi yang dinamakan cinta suci di akhir zaman ini...??

Ya , cinta suci tetap ujud. Selagi bulan dan matahari bersinar cahaya , selagi matahari belum terbit di ufuk barat , pertembungan sifat malaikat dan syaitan ini akan bertarung di median dunia Syahadah..
Orang yang berjaya mengawal nafsunya akan dikalungkan dengan mahkota cinta suci . Tetapi orang yang tewas hanya mendapat cinta murahan dan nikmat sementara yang tetap akan dipersoal Allah S.W.T di akhirat kelak.

0 comments: